Wednesday 31 December 2014

The End of 2014


Assalamualaikum. 



Yawww. Muka surat kisah suka duka dua ribu empat belas sudah mahu ke pengakhiran dalam beberapa jam sahaja lagi dan kini dua ribu lima belas sudah mahu menunjukkan siang.  Subhanallah pantas masa berlalu. Terasa baru haritu aku duduk di kerusi kayu lama sekolah rendah. Hingusan. Tidak fikir apa kesah dunia. Cuma mahu straight A upsr. Entah. Itu rasanya pengalaman hidup aku sewaktu sekolah rendah. Sekrang pejam celik sudah mahu menginjak 15 tahun. Percaya tak, dalam tiga tahun selepas itu, aku jadi lepasan sekolah menengah, pastu aku pergi universiti lepas universiti aku kerja. Sekelip mata aku jadi tua. Tambahan, kalau aku panjang umur, kalau Tuhan masih bagi perbetulkan kesilapan mungkin hingga ke anak cucu. Terlalu fikir future mungkin aku ni.

Berita banjir yang gempar diperkatakan sangat menyedihkan. Walaupun banjir sudah surut, tapi kerosakan harta benda berleluasa. Alhamdulillah rakyat malaysia mempunyai kesedaran kemanusian yang masih tinggi. Banyak pertolongan dihulurkan. Takpayah cakap NGO je, sek rendah aku pun buat sumbangan, pergi naik kereta konvoi sendiri. Alhamdulillah, esok lusa orang lain pula tolong kita kan. Bukan diduga dengan hanya banjir, kapal terbang pula menyusul. Yelah, walaupun kat surabaya, tapi ia masih airasia. Lepas ni orang luar hilang kepercayaan dah nak naik kapal terbang kita. MAS tolak AirAsia tolak. Dahtu naik garuda. Garuda lagi keindonan terserlah katanya. Tiga kapal terbang tahun ni. Sejarah tak sejarah la kan orang kata.  

Pembukaan tahun 2015 ni mari kita berdoa. Doa agar malaysia diselamatkan, dilindungi musibah. Dikurniakan pemimpin pemimpin warak, jujur, amanah. Dan rakyat nya juga patuh. Bukan buat konsert, pasang bunga api juta juta. Tak perlu rasanya aku nak cakap, ulang juta kali. Nanti kau kata aku cuma pandai membebel. Cuma fikir, muhasabah diri. Sebelum tuding jari. Dan ingat setiap apa benda yang berlaku kat dalam hidup kita, mesti ada hikmah. Buku kisah suka duka 2015 sudah mahu dibuka lembarannya. Wah masih bersih suci. Mari kita hiasi perkara yang baik sahaja pada lembaran baru ni.

Mungkin ini last post? dalam kurungan yekeniii ? Tahun depan periksa besar. Dan disini saya hanya menaip dan menaip. Tak kesah pasal periksa. Yela, bila dah nak dekat baru terkontang kanting. Pemalas masyaAllah. Tak tahulah aku ni dah kena sawan apa sampai tak mampu nak genggam buku langsung. Dah pukul pukul dah tangan tu tapi dia macam cramp. Dugaan pelajar syaitan banyak. Padahal dah tahu syaitan itu musuh tapi masih mengiyakan setiap kata kata. Hape nak jaddiiiiiiiiii. Eden pun taktau laaaa.




aku baling pakai batu bata sekali sekala nak?


Assalamualaikum. bbye 2014.

Yang benar,
Halili .
(11:30 p.m. 31/12/2014)



And Assalamualaikum
2015
(dalam setengah jam lagi la bruh, sabar)



No comments:

Post a Comment