Tuesday 16 December 2014

Dunia semakin maju dan maruah semakin dipijak?

Assalamualaikum.


Lihat zaman sekarang. Maju bukan?  Istilah maju mungkin dah boleh didefinisikan dengan hanya berdasarkan televisyen yang sudah mempunyai reka bentuk melengkung, wah bergegar gegar melihat, bergetar lagi hati bila lihat harga terpampang. Disertakan UHD sampai tersasul sasul tersebut gam UHU. Gigih aku buat review tak berbayar,

Berdasarkan kisah nenek moyang, mak bapak, sungguh sukar orang dahulu menjalankan kehidupan seharian. Tiada handphone, tiada komputer, tiada internet, tv hitam putih sudah sujud syukur. Sekarang? Internet boleh dibawa kemana mana. Internet takde rasa macam dah terputus bekalan hidup, dah macam rasa kena tinggal kat gua. Gajet tiada disebelah dah rupa orang kemaruk bayang.

Aku tak cakap kau, aku cakap kat diri sendiri ni hah. Kat rumah kalau ayah tak bayar wifi,  dah boleh tergolong dalam ciri ciri orang meroyan. Mungkin zaman sekarang yang sudah terlalu maju ini yang telah mengajar anak muda hidup sebegini. Hah salahkan orang lain lagi.

Disebabkan zaman sudah terlalu membangun ni lah, anak muda sekarang tidak pandai menjaga maruah. Kita boleh cakap, yang orang dulu ketinggalan dari segala aspek.  Tv dahla hitam putih gegar gegar ketuk tv tebal tu biar siaran tak mati macamtu aje. Dahtu nak bagi surat cinta kat awek pun pakai posmen uolls, even tho rumah actually bertentangan sahaja. Letak bedak sikit biar wangi. Pastu last last future mak mertua yang rasmi dulu surat tu. Aku tahu jugak lah sikit sikit cerita cheennta orang dulu sebab mak aku ni memang spesies sama dengan aku, mulut tak reti diam.

Sekarang:

A: "awak, saya rindu kat awak"

B: "hiks me too"


A:"awak awak  kat mana?"

B: "dalam hati awak la"


--halili mencelah, T to the A to the H to the I

Nah timba berserta gayung, buat muntah secara berjemaah. Weh , ayat jiwang jiwang nak pegi mana?


Kita sendiri dah boleh bezakan cara orang dulu bercinta dengan sekarang. Dulu, tunggu dua minggu nak sampai surat.Dah tu mak dia dah baca dulu. Alhamdulillah la kalau surat tu sampai kat cik empunya, sebab mak dah bagi green light. Sekarang 24hours berwhtsapp. Mak bapak pun tak reti nak bagi green light, yellow light atau red light. Handphone anak anak sekarang pun mesti letak password. Password dia pun kemain putar belitkan. Biar mak bapak tak tahu yang dia dah ada makwe rupanya.

Dan mak aku paling pantang seribu kali pantang anak nya letak password kat phone memasing. Phone tu mama yang beli ke ko yang beli? Kalau nak berpanjangan, buatlah ye nakk. Letak gambar pcy buat lock screen tak hape tau. Wakakakka. Aku tak pernah terfikir pun nak bubuh password, kang sekali lupa, lanjan phone kau kena baling sebab dah marah sangat tak boleh bukak.

ter ha ru nya saya awaaaaaa. wakakaakakakaaka.
Lagipun dalam phone aku hanya ada kau dan aku. Istilah 'kau' tu hanyalah semata mata pcy. Parah memang parah, die hard fan sangat dah aku ni.

Betul la orang kata, mungkin orang dulu tak punya cukup ilmu agama, tudung pun tudung ala ala yang dia tahu jela, tak banyak ibadah dilakukan sebab dulu ceramah agama dia pun tentang laksanakan solat fardhu, cara nak amik wudhu' sempurna, tuje. Tapi seteruk teruk orang dulu, ada kita dengar masalah berzina seteruk sekarang? Masalah buang anak seteruk sekarang? Tudung itik dorang tu pun masih lagi bagus dari orang yang berpakaian sendat, ketat, jarang seperti sekarang tau. Sejahil jahil orang dulu pun masih tinggi akhlaknya, masih sopan akidahnya.

Nak bahas apa lagi kalau itu semua hakikat, malah ia fakta. Dear girls, tolong jaga awak punya maruah. Bukan cakap boiboiboy sekarang takde maruah, cuma sekarang ni maruah perempuan semakin dipijak pijak. Bukan laki aje tau nak pijak, aku pun kenkadang terhengen nak pijak. Maafmaaf.

Disebabkan terlalu terbuka, di media sosial semua benda bagai nak buat press conference. Upload gambar kat instagram bagai mahu bukak aib diri sendri. Dedah sana sini. Jaga tolong lah jaga, saya mohon jaga la aurat awak tu, jaga maruha diri sendri, keluarga awak, agama KITA.( terpaksa dibesarkan)

Yang couple kat luar sana, tolong jaga ikhtilat. Mohon la. Fikir hebat ke awak berpegangan tangan ke hulu hilir tu. Even tho, hakikat sebanarnya couple itu haram. Terus cakap ku pinang kau dengan bismillah kan senang. Dah tahu, lama lagi la weh, masih belajar. Sekolah menengah lagi ni haaah. Hamboi, dah tahu  masih menengah dah yokyok bercinta buat apa woi. Banyak lagi zaman memuda ni yang kau boleh buat tau. Contoh; pergi kelas tution, pergi belajar taranum, pergi pengajian kat masjid, masuk pertandingan hafazan. Jap, ko nak suruh aku list to do untuk ko semua ke pe?

Bukan takde benda nak buat, cuma kau lebih suka buat kerja yang mengikut hawa nafsu ko, citer dia ikut nafsu remaja lah. Dik, mati tak kira bila dik. Kalau Allah kata kau mati masa tengah dating, matilah dik time tu. Cuma Allah masih terlalu bermurah hati kat kita, Dia masih bagi peluang kat kita. Baik sangat Tuhan kat kita kan cuma kita je tak sedar selama ni.

Cuma nak cakap jangan sampai satu detik, penganut agama Islam, tidak lagi beragama Islam. Negara kita tidak lagi seperti agama Islam. Penganut lain seronok mentertawakan kebodohan penganut agama islam sendiri sekali gus, agama Islam dipandang hina. Bahkan dahulu, zaman Rasulullah, agama Islam terlalu dimartabatkan oleh semua. Pemimpin pemimpin yang hebat semua dari agama Islam, orang orang yang ternama semua beragama Islam. Sekarang? Pa citaaaa?

Kadang kita kena tepuk dada tanya diri sendiri. Jangan sebab sikap bodoh, jiwa remaja yang disanjung sanjung itu membuatkan maruah diri sendiri tercalar, maruah keluarga rosak, agama kita dihina. Maaf kalau terasa hati, terguris kena hiris dengan kata kata aku. Aku pun nak tepuk pipi kuat kuat, biar diri sendiri sedar sekiranya buat khilaf yang dinyatakan. Sekadar menegur diri sendri dan kawan kawan yang baca entri kali ni. Yang nama manusia memang tak kan lari dari kelalaian.

Ingat, dunia sekarang dah akhir zaman. Zaman kita ni zaman akhir zaman. Dunia ni hiasan semata mata. Cuma yang mebezakan nya adalah cara hambaNya menggunakan perhiasan yang dimiliki itu sama ada makin mahu mendekatkan diri kepada Allah atau sebaliknya.

InsyaAllah kita boleh berubah bersama sama. Ameen.



Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment