Monday 8 December 2014

#KAAUNITE Jamuan Akhir Tahun KAA'00

Assalamualaikum


Lets say hai to me. Hye. Hye. Hye awak. Dan awak juga. Wah awak juga, hye. Riak betul aku ni kenkadang. Kahkahkah. Lagak ramai fans. Padahal aku sedar siapa diri sendiri ni.Terlalu tidak sempurna untuk menjadi kesukaan orang. Ya, aku sedar.

Nampak macam lansung tiada kaitan dengan tajuk besar yang terpampang kat depan kemain besar tu kan? Hahaha jadi, maafkan hamba itu semua angkara cuti sekolah yang berpanjangan. Ia lebih kepada kevangangan malah kebuduhan melampau. Sapa je yang mampu pegang buku, cecuti sekolah ni? Rasa macam azam kemain melangit, sebelum cuti sekolah nak studi for pt3 sia sia macamtu je tau. Bila KR drama dah lambai kat kau, ko cakap la buku terbang, piring terbang jatuh, bunyi dumdumdum petir ke, mak ko buat konsert suruh berhenti ke , anakmu tetap buat pekak tak pekak. Angau dah.

Rasa mungkin sudah semakin meraban. So, haritu ada jamuan akhir tahun KAA'00 . Wooooo. Bangga sikit, hidung kembannggg sikit weh. Ye, kena bangga sikit sebab aku salah sorang uruskan jamuan kali ni. AJK kehormat, atau panggilan yang disegani : Very Important Person. Tambah dalam kurungan sangat. GAAH.



Overall,jujur dari hati gwa tak berapa bersih ni kurang berpuas hati dengan majlis. Dia macam lari gaung. Ajk dia macam keghik keghik. Entah pebenda yang dia cakap pun tak bapa dengar. Serupa syok sendiri. Ye, ajk ni hah,,,

Nampak macam menghina diri sendiri eh. Aku hina diri sendiri je tau, kawan aku yang lagi dua orang ni okay je. Memang layak bagi job lagi tahun depan. Lepas ni, for sure dah taknk terima job AJK lagi, sebab aku ni tak reti nak handle majlis. Heh bengang aku, tertangguh KR drama aku semata nak uruskan benda ni tau. Hah gitu tak nak berpisah nya aku dengan bae aku ni. Tapi takpe la kawan, sesungguhnya kawan kawan saya telah beri sepenuhnya keprcayaan dan kasih sayang kepada saya.
Terima kasih la korang semua sebab dah bagi saya pengalaman menjadi ajk buat pertama kali dalam hidup. Ewah.


First of all, mesti isi perut buat tenaga. Makanan tempah dari cg. faridah. Sedap gilo woi western food dia. Pergh betul. Umphhh gitu. Makanan untuk 32orang tapi yang datangnya tak sampai 20orang. Dia macam berlambak lambak dan berlaku pembaziran kalau makanan tidak ditapau.




perhati belakang. kan. perempuan dalam kelas aku semua pelahap sebab yang rasmikan memang perempuan kalau sebut pasal makan. time ni la baru nak kata 'girl first, dude.'



Main gusti lengan ni game ke dua, tapi gambar takde. So, lanjutkan je game kedua ni. Ko tengok tu sengit tau. Hape ko ingat pempuan cemeh cemeh je ko boleh pandang.

Jangan kau sangka kecil kecil itu tetap kecil cili padi.  ewah.






selfie jap bruh.

ko pernah tengok tak suasana begini? hah betul lah. cerita kedai kopi pakcik pakcik tengah gaduh pasal malam tadi malaysia kalah ngan singapore.  GAAH.



Lepastu solat zohor berjemaah. Orang kata, apa apa pun yang berlaku utamakan solat. Kawan-kawan, solat itu tiang agama bukan? (gambar macam tiada unsur kaitan)


over excited punya face.

celahan.

wht are you doing?

minah ni. ratu selfie.



our mc.






Pastu main game yang nama dia home run . Game ni memang tiru pastu tampal running man punya game. Game dia macamni, sorang perlu volunteer jerit homerun tanpa putus nafas. Selagi nafas itu belum putus, maka berkeliaranlah ahli ahli lain mencari barang tersembunyi di celah celah pelusuk kelas yang bertanda KU. As know as KAA UNITE. Kalau putus nafas, makan terputus lah hayat kumpulan itu. Wah epic bukan?


Makin epic jalan cerita jamuan KAA kali ni, bila ada la sorang acik guard ni marah kat kitaorang sebab buat bising. Wah terharu betul aku. Kami sangat berterima kasih kepada makcik guard kerana telah memantapkan jalan cerita  yang terlakar di dalam belog sayaa. Lebiuuu acik guard.


Bila tercetusnya peristiwa hitam ini, semua buat macam kebuluq nak mampuih makan apa lagi yang tinggal. Act like 'ade apa apa berlaku kah tadi' . 



 Kami ajk yang memang merah muka kena marah terpaksa ceriakan mereka, Wah tanggungjawab kami berat awaaa

maka, jeng jeng jengggg

muka termenung sebab takut gerun mungkin



game ni memang disediakan buat ikon ikon malang antarabangsa. hah gitu.

ouch.





siapakah gerangan ikon malang iniii. wakakkaaka.


ye, telur mentaah sudah pecah. haaha actually, kelas ni esok nya masih digunakan buat periksa. then, kelas ni dah bau telur. hahaha komfem dak yang guna kelas maki hamun kitaorg. mianeh mianeh hajimaaa~





  bola datang, tapi dia hanya membenamkan muka. Ewah. komfem melekat bola tu kat muka kan.

sesaat

bola datang

nadiah menepis. hah gitu.


macam kanak kanak riang ya mereka
cover ayu tak kesah la kau ada kat mana

Game last paling semua suka. Mungkin aku je dah tak suka. Weh penat la


Apa pun, saia nak ucapkan jutaan terima kasih kamsahamida semua kat korang semua. Walaupun agak kelam kabut tapi akhirnya semua berpuas hati. Game last paling membantu. Maaf dipinta sekiranya majlis tidak menepati citarasa anda. Terima kasih lagi, sebab korang sporting. 

So, bye. Assalamualaikum!





4 comments: