Showing posts with label Form4life. Show all posts
Showing posts with label Form4life. Show all posts

Saturday, 3 December 2016

Last Day School of 2k16


Assalamualaikum! Hye awaks. Like srsly dah lama gilo aku tak update blog. Cikgu aku selalu pesan: kita ni hidup mesti buat apa yang kita cenderung. Maksudnya , kalau kau nak jadi doktor, bersabarlah tengok darah memancut mancut. Nak jadi mekanik, rajin kan lah pegang spanar. Nak jadi pilot, cuba pegang buku lama lama sikit sebab yela kalau pegang buku tak boleh, macam mana nak pegang stereng kapal terbang lama lama. 

Kalau aku pulak kecenderungan; seharian layan drama. Aku rasa kecenderungan aku ke arah menjadi pelakon. Kau rasa oky tak? Aku tak harapkan apa apa selain sinar harapan daripada kau. Sebab aku ni stok stok manusia yang tiada kelihatan harapannya.

Semalam last day sekolah. Macam biasa, aku ni muka pelajar bermasalah. Mampu datang sekolah bila dah nak penutup, minggu sebelum-sebelum tu memang kejap ghaib kejap termuncul. Percayalah, kalau termuncul kat sekolah tu mungkin ada seruan dari malaikat ma u t. Kau imagine la eh, sekolah kitaorang tahun ni sangat advance. Exam sebulan setengah, sebab aku amik 12subjek. Lepas kau ber mati matian baca buku, kau ada lagi 3 weeks untuk menunggu hari yang dinamakan hari terakhir persekolahan. Kalau datang buat muka toya je takpe tau. Ni kitaorang kena hadap paper PAT. Paper PAT yang penuh kenagan pahit. 

Aku sentiasa percaya istilah sejarah lama jangan dikenang, tapi berita sesi persekolahan berbaki lagi 3 minggu menidakkan segalanya! 

Kesimpulan yang aku boleh buat: datang sekolah + hadap kenangan pahit + kena marah dengan cikgu + merayu markah naik gred + cikgu tak bagi + cuba bertahan dengan kehidupan +  buat pembetulan daripada kenangan pahit yang telah terlakar 


Adakah anda fikir 3 minggu yang kami lalui ini semudah yang anda sangka?


Setelah selasai mengenang kisah yang lama, kami kena belajar syllabus form5.  Trust me, aku rasa moving foward gila belajar awal daripada member sekolah lain. Kalau hidung aku ni dah mancung tak ada la pipi tersorong sorong macam sekarang ni. Eh.

Walaupun kau sedar hakikat hidup kau untuk 3minggu ; tidur dalam kelas + rehat + makan + sambung tidur + eh dah balik?

Percayalah cakap aku, hari terakhir ni merupakan hari penantian kami. Orang yang kata form4 honeymoon year tu boleh la solat taubat ke hajat ke tahajjud ke. Hidayah kan Allah bagi. Jangan risau, dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil.




Our class next year! Ok, saja nak cakap kelas 4KAA sebelah kelas 5KAA. Biasala kami special sikit, kelas pun mesti asing dengan kelas lain. Tinggal tunggu cikgu sebaris kan kelas KAA ni dari form 1 sampai form 5. Kami sangat sangat diberi kasih sayang secukupnya oleh semua guru. Terima kasih kerana menyayangi kami. lebiu cikgu. ikhlas tau ni.


Ternampak crush lalu kat bawah be like;

Tiba tiba tertangkap dengan cikgu. Phew hancur harapan.


Selain diberi kasih sayang melimpah ruah, kelas kami juga  diletakkan di ceruk sekolah. Ala bahasa simplenya, kalau dunia dipanggil ; hujung dunia. Kalau sekolah dipanggil ; hujung sekolah. Simple kan bahasa aku? Populasi manusia kat kawasan kelas 4KAA juga sangat sedikit. Jadi, aku yang sentiasa positif ni menganggap , cikgu sangat mengasihi kami. Mereka mahu kami focus 100% untuk menghadapi SPM.

Pernah sekali tu, ada latihan kebakaran kat sekolah. Cikgu dah maklumkan awal awal kat perhimpunan pagi cuma cikgu nak surprise katanya, so tak inform specific time. Kitaorang pun dah bersedia dengan jayanya. Weh, dapat skip belajar gilo tak best. Harapan aku setiap cikgu sub masuk tu bilaaaaa loceng nak berdering. Harapan aku tinggi.........

Guess what? Dah nak habis waktu persekolahan aku jadi sakit hati bila tak dengar lagi dengar bunyi loceng. Cikgu sub pun tertanya tanya. Bila ada member check, NICE kawasan sek dah bersih. Wahaaha gelabah kitaorang keluar kelas pergi padang. Sampai padang, SEMUA buat muka tak puas hati. Aku syak diorang tuduh aku pekak. Yang pelik tu , satu kelas dengan cikgu cikgu sekali pekak.

Adakah mereka mengetahui, bahawa kami ditindas?





Nak cerita, gambar yang diambil ni sangat berharga. Sebab nak amik gambar ni memang berbekalkan motivasi yang kuat bagi mulut tu diam sebab blok sebelah betul betul exam SPM sedang berjalan. Suara kitaorang ni dahlah species beruk. Kang terjerit mahu kena kecam dengan cikgu.  3 weeks sesi persekolahan ni memang nampak la senior senior kami menjalani SPM. Boleh imagine tau nanti next year aku pulak yang ambil SPM. Pergh bayang je dah cukup menyeramkan.



Ok, masuk dalam kelas baru boleh buat bising. Last day normal la cikgu takde. Banyak event last day tu so pew lagi kemain la semua. 








 Sebagaimana yang aku janji, sesiapa yang menawarkan diri untuk bergambar, akan dimasukkan wajah nya ke dalam blog aku. Aku sangat bersyukur muka farwizah tak ada dalam gambar ni. Sebab biasanya farwizah mendominasi gambar dalam blog. Allahuakbar, Allah sangat pengasih Alhamdulillah!





Sempena last day persekolahan dan meraikan kejayaan kami bersekolah selama 3 minggu disamping meraikan pembukaan domino baru di kawasan baru kami, kami berpakat menghabiskan saki baki duit belanja sekolah dengan membeli domino. Alhamdulillah konyang la juga. ( padahal balik rumah makan nasi lagi)

Terima kasih kepada farah, penolong kehormat and ulfah yang dah menawarkan diri untuk membeli makanan. Selain ketinggalan untuk bergambar semasa kami berpesta, mereka juga telah membazirkan peluh mereka untuk membeli makanan untuk kami yang merupakan mangsa kelaparan.



 Lapar ni, tapi kita ni hidup kena chill je.



Maafkan aisyah, aisyah lapar lagi. Tu la muka tak puas hati lagi tu.



Our new member of KAA's family. Omg sangat diperlukan bila panas. Disamping menyejukkan badan, ia juga dapat menyejukkan mata. Subhanallah!


Aisyah chill syah, nak baca surah yaaasin tak. Untuk awak semua boleh.



This is hawa. Student baru lagi ni tapi percayalah, dia ni dah macam dengan kitaorang sepuluh tahun lamanya. Teruskan mengecohkan kelas, kerana aku sebagai pelajar mithali tidak mampu membuat kerja yang tidak dianggap releven sebegitu. Come on gurl!



Memang jarang ni dapat bergambar depan kawasan pejabat, tapak perhimpunan, bilik guru ni. Memandangkan aku pengawas yang sangat berkaliber, selamat phone semua aku rampas. Tapi takpe la last day sekolah bagi chance la! 

Tak rasa ke dari tadi aku puji diri sendiri. Ke aku sorang je yang perasan? 










 Favourite duo in class.








Harapan aku next year, ukhuwah kami terus kekal utuh dan masyarakat 5KAA tahun hadapan masyarkat yang harmoni dan diterima masyarakat setempat. Harapan aku tak banyak la, minta semua  matang dan jangan fikir ikut kepala sendiri je sebab orang lain pun ada kepala. What you give you get back. Harini kita baik kat orang, berganda ganda Allah balas. Yakin pada Allah, Allah yang bagi kau peluang bernafas lagi.

Guru kelas kami, cikgu Faizal Redza dah tak ajar kami lagi next year. Sebab kalau ikut kebiasaannya cikgu akan jadi guru kelas untuk 2 tahun berturut turut. Tapi, bingo tahun ni tak boleh. Walaupun dah macam confirm, harapan aku masih nak cikgu jadi guru kelas kami next year dan ajar fizik dengan cara paling cool. Macam aku cakap, dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil. Kalau bernasib baik, why not en?




Apa yang  boleh cakap, 2016 yang aku lalui ni paling power la selama aku hidup ni. Selain susah nak cekalkan hati study and prepare exam next year, macam macam juga benda jadi 2016. Susah mana pun hidup ni, hebat mana pun hidup ni, jangan lupa yang Maha Esa. Allah bagi nikmat melimpah ruah kat kita. Mungkin nikmat tu kau tak nampak sekarang, Merungut sana sini, memberontak tak puas hati, hasad kat orang lain. Tunggu sampai satu saat nanti kau baru perasan. Perasan bila nikmat tu dah hilang. WAH rupanya aku dalam nikmat.

Assalamualaikum. Thank you. Bbye.
-AUNI HALILI-

Friday, 29 January 2016

16

Assalamualaikum.

Hye korang! Long time no see. Rindu aku tak? Taknak rindu tak pela. Tak kezza pun. Aku rindu diri sendiri je. Sebab masih merindui halili yang berkeyakinan dulu. Ceh.

Sekarang aku ambil kelas KAA which is something yang aku takkan lepaskan. Dia macam sains tulen tu boleh nyah kau, bahasa arab,pqs,psi jangan pergi. Dan kat smktpg takde pakej tu ye anak anak. Kau KAA pandai sikit so ambil sains terus. Tahun depan baru boleh ambil KAA yang  tak sains. I was like; kenapa, aku tak lahir lambat je sikit?

Hidup tak semudah disangka. Tengok result terus insecure. Haih. Itula aku merindui diriku yang lama. Terlalu berkeyakinan sampai result ranap. Lews. Tapi takpela, hidup kena cekal. Kau percaya takdir kan. Allah bukan reka kisah hidup kita saja saja tanpa sebab, mesti ada sebab. Tunggu nanti bila kau nampak sendiri hikmahnya.

Ye aku mmg stay smktpg. Dah cakap kan kelayakan aku takkan  dapat membawa  ke sek yang power. Tak kecewa, sebab aku dah biasa kecewa. Ala apa la sangat, tak mati pun aku kena rempuh pelajar India hari hari. Belum lagi kot. Eheh.

Tak dapat masuk  sekolah agama,  ambil KAA pun jadi la. Bila aku sedih, aku cakap la kat diri sendiri, sekurang kurangnya aku belajar ilmu akhirat yang takkan bawa rugi satu sen pun kat aku. Sekurang kurangnya.

Dan dan aku masih jadi pengawas. Waddehek. Haha kawan aku semua dah bersara jadi pengawas. Kau imagine la aku jadi pengawas dari sek rendah. Dari darjah tiga sampai enam, sesi pagi dan petang. Sekolah men dah empat tahu. Campur kan la betapa tinggi nya jawatan aku hiuhiu. Call me sunbae pls. Im senior okai. Dan selama empat tahun ni, aku masih bertahan dgn student smktpg yang perangai dia dari spesies bawah tanah, merentasi laut dalam, ke darat dan seterusnya ke langit. Nak cerita dia punya perangai tu macam macam jenis ada, hanya di smktpg.

16thn nombor yang agak  awkward buat aku. Dah sedekad enam tahun aku hidup. Tak tahulah berguna ke tak. Lagi dua tahun tinggalkan sek. Hhuhuhhuh malas nak fikir future ah..

Bbye.
Assalamualaikum.

Saturday, 2 January 2016

third


Assalamualikum. Harini 3/1/2016. Dah tiga hari rasa tahun baru. Aku? terasa hati sebab aku lahir bulan 10 pastu dorang tuduh aku dah 16tahun. Aku baru rasa 15 tahun tiga bulan lepas, tuptup dah ade orang cakap centu. Mane aci kan? Hmm keadilan memang susah ditegakkan , semua penuh dusta. Cis aku terlalu menjiwai sangat la rasanya.

Esok sesi persekolahan sudah bermula. Tahun ni guru besar baru pastu semua dia nak rombak. Dari cun cun balik kol 12:30, tahun ni balik pukul 2:30. Aku oky je, tapi aku syak hari pertama mesti perut aku buat konsert gegar vaganza. Hang gila ka? Dah biasa makan sharp pukul 12tgh, sekarang pukul 2:30 baru makan. Tu pun kalau rumah kau depan sekolah lah . Kalau jarak rumah macam dah rasa nak redah hutan, belum jammed nya haaa meraung perut. Aku boleh agak masuk pukul satu ptg je semua benda cikgu ajar dah tak boleh brain. fuuh,

Jadi , aku harap esok semua berjalan lancar. oh ye aku sekarang tengah train lari, yela kot kot menang merentas desa. Tak menang besar, takpe asalkan dapat la aku rentas geng yang lari laju pelesup sana pelesup sini.Tak tak tipu je aku saje jogging semenjak nak start sekolah ni  untuk train badan jadi kuat. Yelaa sekolah sekarang 7jam, tu belum campur tuition lepas sekolah. Takde stamina kang susah , asik demam je. Okylah bbye.

Assalamualaikum.

Thursday, 31 December 2015

2016



Assalamualaikum. Salam barakah. Salam satu malaysia. Salam penghujung 2015. Apa lagi aku nak cakap kalau bukan cerita pasal tahun baru dalam beberapa jam lagi yang bakal berkunjung. Subhanallah cepat kan masa berlalu? Ada tak rasanya orang cakap lambatnya masa berlalu? Takpernah dengar lagi sepanjang aku hidup ni, nak tahun baru orang buat statement ; Apahal aku terasa tahun 2015 ni begitu lambat  eh?  Dah pejam berkali kali tak laju juga.

Buat masa ni belum pernah dengar lagi lah. Mungkin ada dan mungkin orang yang mengalami kesukaran  sepanjang tahun ni. Semoga yang mengalami kesukaran dan yang merasa tahun ni tahun paling tough, bila tiba tahun 2016 bakal menjadi suatu permulaan yang indah dan insyaAllah berkekalan hingga ke penghujungnya. Amin. Tak salah mendoakan orang kan? Bila tengah merasa kesenangan, ajar diri lihat orang yang lebih sukar. Dengan itu, lebih mudah kita berasa syukur. Allah suka orang yang bersyukur.

Banyak aku belajar sepanjang 2015. Banyak, tak bererti sempurna. Masih banyak lagi yang kena dipelajari. (contohnya ;addmath, bio, fiz, kimia) fuhhh. Bagi aku dunia ni tak pernah ada yang sempurna. Yang jadi doktor perlukan pembantu rumah untuk mengemas rumah akibat kekangan masa. Yang namanya pemimpin, perlukan pembantu untuk mengurus waktunya. Peniaga memerlukan pembekal untuk berjual. Aku pula, sebagai pelajar, memerlukan seorang guru untuk belajar. Kita saling memerlukan dan tidak pernah berhenti untuk bergantung sesama sendiri. Nak kata sempurna? Memang takk ah.

Tahun baru bukan sesuatu yang istimewa pun buat aku. Dia macam; oh ye esok 2016 dan angka umur semakin bertambah. Itu jela aku rasa. Tak kezzaaa pun. Cuma selalu bila fikir tahun baru, maka bermulalah sesi persekolahan. Hmmm. Malaz dia masyaAllah tabarakaallah. Dah terbiasa kan lepak 2bulan dekat rumah, tengok kdrama, pergi kelas ngaji, join ceramah sampai tengah malam semua. Dah sek bukan tak boleh buat, cuma kekangan tu banyak ah.

Goals aku apa? Jadi seseorang yang lebih baik dari segala aspek. Bukan mahu yang sempurna, tapi cukup la mereka tidak membenci aku sebab sikap aku. Yang paling penting, lebih dekat dengan Dia, bukan makin jauh. Semoga tahun 2016 yang bakal kita tempuhi dipermudahkan segala urusan dan merupakam satu lembaran baru yang membuatkan kita lebih mencintai pencipta kita. InsyaAllah. Amin.

Assalamualaikum.

Selamat datang,
2016❤