Showing posts with label Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Raya Aidilfitri. Show all posts

Thursday, 28 May 2020

Norma baru, PKP: Raya aidilfitri versi 2020







Assalamualaikum. Wah rasa macam tengah memberi salam dalam keadaan yang penuh keayuan dan ketatasusilaan. Walaupun biasanya aku manusia yang tidak dikenali sebagai seorang yang sopan, tapi percayalah saat bersukan ataupun dipaksa bersukan, aku lah manusia yang paling baik dan menolak dengan sopan ajakan sahabat saya. Random kan aku ni tiba tiba bangkitkan isu bersukan. Manusia mungkin tertanya ;apakah relationnya di antara entry kali ini dengan bersukan? 

Okay jom straight to the point, sebenarnya aku hampir 3 bulan mereput di rumah. Ye betul, korang jangan pandang aku hina. Aku tahu, aku adalah mangsa pereputan di rumah kalau cuti yang panjang. Tapi at least, sekurang kurangnya, aku masih keluar berjalan jalan menghabiskan duit abang aku dengan gembira. Sekarang ni isu dia kau kena kurung, suruh duduk elok elok kat rumah. Penantian yang panjang,  untuk keadaan menjadi normal. Nak jumpa kawan pun kena guna whatsapp. Ngam ngam pulak aku tak berapa minat nak vidcall manusia manusia. *ottoke ottoke qosingelaquesingel motto detected* Siapa genk, angkat ketiak sekarang! 

Boleh imagine kan betapa aku rasa duduk dalam gua, seakan bergema tapi tidak terlihat suaranya. Gitchueww. euw. aku pulak geli dengan diri sendiri. Oh ye aku jumpa hari hari parents aku, abang aku dan seekor kucing:) Alhamdulillah nikmat jugak hiuhiu. 



Ni sebenarnya first time pergi keluar pergi supermarket. Rasa macam terkejut betul kena beratur macam ni panjang panjang (saya bukan seorang yang mampu menunggu sebegini ye). Dekat 45 min tunggu turn nak masuk padahal dah pergi awal sangat dah rasanya. Rasa sesak nafas berdiri lama lama begitu. Dah dapat masuk SOP kena follow jugak tau, setiap kedai kadang up to 3 people je boleh masuk kalau dah lebih, kena tunggu turn lagi. Berasap rasap spec, sama macam aku yang berasap kepanasan. Elok aku berkobar kobar nak keluar rumah terus jadi; takpela baik aku sambung sesi pereputan. Itula kali pertama dan terakhir aku berkobar nak keluar pergi supermarket.


To be frank, aku takpernah lagi puasa selain di tempat yang bernama rumah. Dari dulu takpernah duduk asrama dan masa asasi pulak masuk ngam ngam lepas raya. Ye akulah anak paling manja, dikasihi, disayangi ha apa lagi. Nak dengki pun aku tak kesah wek. Rasa sedih jugak mengenang tahun ni tahun pertama kali aku tak puasa dengan famili. Alhamdulillah tak jadi sendu tahun ni ehek. Saya diberi nikmat sekali lagi berpuasa bersama famili. Daripada sibuk pandang apa yang kita ada, baik kita pandang apa yang kita ada kan?

Aku boleh consider 2020 tahun berpuasa paling banyak benda baru yang aku nak buat untuk improve diri aku. Mungkin baiki hubungan dengan pencipta, people around me and also for the sake of myself. diri aku. Tahun ni kami satu famili dapat tadarus sama sama, alhamdulillah khatam malam 25 pulak. Solat terawih tak lobang lobang, solat berjemaah paling kerap aku buat, sebelum puasa lagi(itupun lepas kena ceramah). Tidak dilupakan sesi memasak menu menu baru, baking, membaiki apa yang boleh dibaiki, bersihkan rumah selagi boleh. Rasa macam nak tukar cita cita jadi housewife berjaya. 

 Alhamdulillah. Aku pulak dapat khatam untuk diri aku sendiri right before ramadhan ends. Aku sebenarnya selaluuuu gila berangan nak khatam sendiri setiap kali ramadhan bermula, tapi biasala selalu kecundang. But this time alhamdulillah dah umur duapuloh baru impian tercapai hoho. Mungkin nampak ez bagi sebahagian manusia, tapi bagi aku sendiri, it is one of my biggest achievement tau. Alhamdulillah semoga next year Allah bagi peluang lagi. Amminn.




ft meow
Kalau kanak kanak selalu buat onar ketika solat. Aku punya kes kucing aku ni dok memanjat telekung je time solat. Rasa macam kena serang tau tak. Emosi je kalau solat, kucing aku ni tengah mengganas. Dia fikir dia sorang je ke ada mood halamak. Lepas kena marah buat muka gitu. Apa dia fikir dia cute ke. gr.






Selepas sebulan berpuasa, maka bermulalah sesi raya aidilfitri. Seperti yang digembar-gemburkan, kita kena biasakan norma baru dalam kehidupan walaupun sewaktu raya. Nak merentas negeri tidak dibenarkan, raya boleh satu hari je (walhal baju raya aku berpasang pasang), raya kena pakai mask, tidak dibenarkan bersalaman, harus social distancing, satu rumah max 20 orang! Otak aku ni sampai dah terngiang ngiang suara dorang membebel kat tv tau.

Nikmat selanjutnya, nenek atok aku dua dua belah duduk selangor. Ihiks. Sepupu sepapat semua pun majoriti duduk selangor, ramai satu daerah pulak. Thats why you shouldnt take granted mom's advice to find someone from selangor. Rasa nanti nak puji nenek aku lepas ni sebab semua anak anaknya mendengar nasihat dengan taat sekali. Raya aku berjalan dengan baik walaupun ada SOP yang harus dipatuhi. Contohnya, beraya kalini macam tengah buat marathon sebab kena pergi dua dua kampung dalam sehari. Kalau cengkelat sikit sikit takpe hehe.



gen ketinggian kami hahaa semua 170 plus okeh

Selalu kitaorang shooting tepi pantai. Well, only cucu cucu laut can do that. Tahun ni definitely not a good idea la kau nak berposing kat situ. Dah la polis area kampung aku selalu buat gerak gempur mengganas, pakai drone zass zass je saman orang. Untuk masa depan yang lebih terjamin, kitaorang redo je la posing kat tepi kebun kelapa sawit. Well, only cucu cucu kelapa sawit can do that. tibeh.



Rasa kehilangan tahun ni sebab first raya, atok sebelah bapak aku dah takde. Sayu je bila fikir aku tak dapat spend time beraya dengan arwah lagi tahun seterusnya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Apapun moga korang spend time sedekahkan al- fatihah untuk atok aku.

 laut takde takpe tepi lebuhraya kebanggaan kebun baru pun takpe yang penting nampak swag

Maka, gambar aku mengepak ngepak kan sebelah tangan secara sopan ini menunjukkan pengakhiran kepada entry kalini. Selamat hari raya maaf zahir batin gais. Semoga kita diberikan peluang lagi di tahun tahun seterusnya menikmati keindahan ramadan dan hari raya aidilfitri bersama orang tersayang.  

p/s: Kelas online aku start 1 jun ni. Doakan aku dan rakan-rakan biar cekap dan cekal sikit otak belajar tanpa bersua ni tau.

Monday, 25 June 2018

RAYA EDISI 2018: KENAPA GIRLS TAK SUKA RAYA LAMA LAMA


Assalamualaikum.

Ye hari raya ni kan kalau tak ucap Selamat Hari Raya kan rasa macam tak raya. So lets prepare for jeritan*ehemehem betulkan suara* SO GAISSSSSS, MATRIYEEEE. MAAF ZAHIR BATIN.  Rasa tak jeritan aku sampai menusuk ke hati korang? zasss gitue

I got so much time for eid this year sebab aku sambung study lepas raya ni. Lebih tepat, rabu inii. Sesapa baca entri ni time aku dah masuk u, sila amik tisu prepare untuk nangis teresak esak. uhuk. Alhamdulillah aku ditakdirkan dapat uni yang dekat, aku cuma berharap takde drama air mata teresak esak rabu ni. Well 17 tahun tak pernah berpisah. 

Dahlah tak nak sedih sedih uhuk. Sempatlah aku merasa untuk berhari raya dalam beberapa hari. Bersyukurlah, gile ke apa taknak bersyukur sebab member matrik aku raya 4 hari je. Aku memang berhari hari tau sampai rasa berdosa nak post gambar raya mengenangkan nasib kawan kawan hang yang dah sambung belajar.

Puasa kali ni aku rasa sangat extra sebab aku memang dari dulu  berharap untuk dapat rasa cuti yang panjang tiap kali ramadhan. Kalau boleh sebulan straight cuti. Aku memang teringin nak rasa fokus beribadah time ramadhan.^ewah. Taknaklah sibuk fikir study, fikir nak siapkan hw, fikir penat belajar masa bulan ramadhan. Rasa macam dunnnyaaa je Finally, doa termakbul. Alhamdulillah. Tak cakap yang puasa kali ni perfect, tapi alhamdulillah lah much much better from the previous year. Nikmat apa lagi yang saya nak dustakan.


Oklah jom aku share raya 2018 buat aku yang sudah berumur 18 tahun( tapi nanti bulan 10)


First Eid


hari first raya ni biasanya aku akan beraya kat kampung belah ayah aku dekat Jenjarom. Tema tahun ni biru sebab biru ni sekali tengok penuh kemenangan dan kekalahan. Kemenangan kita berpuasa sebulan dan kekalahan aku untuk diet di hari raya. Eh tapi kenapa macam ada double meaning? HIDUPMALAYSIABARU. tiberrr.




Sec Eid




Sec eid masih biru. This year kami satu famili belah mak sepakat nak pakai kaler sama. Kampung belah mak aku kat Banting je. So kitaorang takde la nak struggle kat kete berjam jam. Sangat bersyukur tau dapat dekat dekat ni. Shopping malam raya, pagi raya memang takdehal bro.



ft my bff forevah 




Third Eid



Raya ketiga dan aku pakai kaler merah. Kalau korang perasan baju aku semua corak batik kan? Ha credit to my mom yang shopping kat indon. Tak tau nak cari mana kalau kat sini. Memang every year jarang beli baju siap. Sebab mak aku kata aku ni keturunan kingkong. Nampak je cam kurus tau. Tapi hakikatnya, bila beli siap je mesti ada yang tak kena. Kadang dah muat tetiba tangan pendek. Kadang tangan dah ngam tiber baju goboh. Semua tak kena lah tau. So aku memang kena ada personal tailor gitueeeee. ( which is my one and only onee mom)




BONUS



Raya ke berapa tak ingat dah, tapi ni aktiviti wajib buat keluarga KAA, kalau tak buat rasa berdosa. Kalau last year kitaorang beraya dengan beberapa orang naik kereta tapi this year secara berjemaah naik kereta. Zasss dari pagi sampai malam kami beraya. 11 rumah wokeh kami beraya rasa macam tak percaya kat diri sendiri sebab boleh survive raya berjam jam, makan bertan tan.

Information tambahan untuk korang yang aku nak highlight kan, kenapa girls tak suka beraya lama lama. Aku rasa aku kena terangkan benda ni in details sebab kalau tak terangkan, nanti orang takkan faham dan akan lepu selama lamanya

1.  Kitaorang ada muka, muka tu takleh biaq pi suka hati korang tanpa jaga dengan baik. Raya berjam jam ni takkan la tak solat kan? Kitaorang kena amik wuduk untuk solat. Lepas solat, kitaorang kenaaaa pakai balik toner, moisturizer, cc cream, sunblock. (ni belum masuk makeup) 

Kalau tak jaga kang naik jerawat, breakout terok pastu boys tuduh, cakap girls muka berjerawat ni sebab sumpahan selalu cakap men are trash! Berjerawat atau tidak, aku tetap takkan boleh sangkal, lelaki adalah sampah.

2. Makeup, aku tak makeup tapi aku tengok jee member aku bermakeup. Kau boleh imagine tak kalau beraya berjam jam pastu bila nak solat, kena pakai makeup remover dulu bfr wudhu pastu dah habis solat, pakai balik makeup tu. 

Nak tanya ni, solat bape kali eh sehari? Ha dah boleh kira kut bape kali girls bermakeup tiap kali beraya seharian ni. Susah tak jadi perempuan? Tu.la pelik jugak kenapa ada jantann tiberrr nak pakai makeup. tiberrr ada lipstick merah kat mulut. tiberrrr.

Aku taknak makeup ke? Nope tenks sebab aku nak focus kat jerawat aku yang meriah dan sentiasa istiqomah. Nanti kalau dah clear muka boleh la pertimbangkan. eh.

3. Tudung bawal / shawl tuuuu kau fikir senang nak pakai? Sekali lagi fesyen tudung zaman now ni memang selalu buat aku sendiri takjub dengan ke-kreatifan kakak kakak yang cipta style pelik pelik ni. Trust me, nampak macam simple tapi hakikat dia nak pakai tu kadang boleh buat kau broken sekejap. 1 jam malah kadang lebih daripada itu. Tak caye, search tutorial shawl/bawal kat youtube. Di situlah korang boleh jumpa beberapa keajaiban dunia. zass.

Okelah aku buat kiraan simple girls bila hari raya.



Mandi: 1jam

Pilih baju/tudung sesuai : 1 jam

Gosok baju : 1 jam (orang yang nak tumpang mintak tolongg gosokkan buat kenduri)

Makeup: 1 jam 

Pakai tudung : 1 jam


EH TIBERR TUDUNG TAK MATCHING DENGAN BAJU

DIA. AKAN. CARI. TUDUNG. BARU. GOSOK. TUDUNG. BARU. PAKAI. LAGI. SEKALI.

(YE, SETENGAH JAM LAGI DIPERLUKAN)


-Ye, saya jugak setuju girls are complicatedddd. 



 KAA'S FAMILI




cousie. Percaya atau tidak, kami beraya di jalanan untuk mendapatkan ootd raya terbaik. Ikut perangai sapa entah. Pening aku nak layan.



  MOOD FOR EID 2018 : HEARTLESS.
                     ke broken(?)

Sumpah time ni cahaya matahari dia nokharom terang sampai rasa macam saje nak bakar kulit sendiri, haba dia memang tengah meriah terok. Tapi usaha tangga kejayaan gaiss. OOTD yang lawa daripada orang yang berusaha gigih seperti kami. gg.





Okelah korang. Sampai disini jelah entry kalini. Aku akan sangat busy lepas ni dalam dunia tamhidi. Of cos struggle sebab aku kalau boleh nak daboom untuk diri sendiri, untuk parents, famili. Nanti korang jangan rindu aku pulak. Setahun je oke, takmo rindu rindu. Doakan halili terus sukses, berjaya dunia akhirat. amiin.

SMHRMZB. zas.

Assalamualaikum.