Showing posts with label 2018. Show all posts
Showing posts with label 2018. Show all posts

Wednesday, 25 April 2018

VIRAL REVIEW JUJUR : Sarapan Pagi Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi 2018




Assalamualaikum geng. Halili kembali sekali lagi menghantui hidup anda. yeya. Alhdulillah. Jadi, secara singkatnya, aku baru sahaja pergi Langkawi bulan march haritu. Disebabkan entri trip ke langkawi dah ada pelbagai edisi kat blog aku, aku nak buat entri yang khusus je untuk satu satu tempat. Untuk pengetahuan korang, bagi family aku , langkawi ni memang bucket list untuk pergi bercuti setiap tahun. Kalau fulus mencukupi, tahun tu on pi langkawi. Kalau takde, pergi melaka je. Simple. Dua negeri ni je yang memang menjadi pilihan kalau nak pergi berjalan. 

Trip langkawi 2018 ni merupakan kali ke4 aku. Last time aku pergi langkawi , tahun 2015. Jadi hampir 3 tahun aku tak jejak kaki kat sini. Trip kali ni aku ditugaskan untuk menentukan kemana, di mana, apa nak buat kat langkawi. Bahasa ringkasnya tentatif la (nnti kalau aku free, aku share kat korang)  Ewah semenjak dua menjak ni nak pakai tentatif tentatif bagai tau. Menyampah. Bila aku google memang raamaai yang recommend tempat ni. 

Memula memang aku tak tertarik pun nak pergi. Sebab kami satu family memang tak makan nasi dagang. Sebab nasi dagang biasanya dengan ikan tongkol kan?Ikan tongkol nampak besar, tebal dan menyeramkan. Lagi satu, nasi dia pulut. Pulut ni boleh mendatangkan angin angin yang ta sepatutnya dalam diri korang (macam mak mak siuts). Kesimpulannya mudahnya, kami bukanlah orang kelantan, makanan kelantan bukan makanan kami. Kitaorang makan sambal belacan je( rasa rasanya keturunan apa?jeng jeng jeng)

Tapi bila consider permandangan dia yang macam UWOW  viewers blog aku yang akan meningkat dan atas alasan alasan yang lain, aku pun bersetuju untuk try nasi dagang yang terlalu viral ini. Apa salahnya try something new gituew.




KAT MANA

Hadapan Masjid Bukit Temin, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

Nasi dagang pak malau ni terletak dekat area makam mahsuri. Depan kedai makan ni ada masjid kaler pink. memang tepi jalan betul. Korang boleh je waze. Sekarang dah mudah gais. 

NO TELEFON
012-271 1977

WAKTU OPERASI 
8 a.m. - 2 p.m.
(cuti: isnin)




Jadi, ini permandangan kedai nasi dagang yang viral ini.  Nampak dah lama sebab nasi dagang pak malau ni dah beroperasi dari tahun 2013. Tapi overall kebersihan tiptop. Sentiasa ada pekerja yang bersihkan walaupun pengunjung datang dan pergi tanpa henti.






Siapa nampak pak malau?




Korang datang datang terus kena pergi beratur pilih makanan sebab kedai ini berkonsepkan layan diri ye anak  anak. Dia nak ajar korang berdikari. Banyak pilihan lauk, dan pastinya aku tak nampak dan tak akan pilih ikan tongkol.

Harga Nasi Dagang Pak Malau 2018 

Ayam kampung RM10
Ayam goreng berempah RM9
Ayam gulai RM 8
Ikan gulai RM 8
Daging kerutub RM3



Lepas korang amik makanan, korang boleh pilih sendiri tempat yang korang nak duduk. Kawasan tu luas, sampai ke bawah, nak tepi sawah, nak berendam kat sawah pun boleh la gais. Sebab aku pergi bukan time cuti sekolah, memang tak ramai orang dan tak perlu rebut tempat duduk. Untung dapat duduk kat pondok tepi sawah ni.




Kami bertiga, aku, abang, ayah makan ayam gulai. Mama je ayam kampung. Ada lagi daging kerutub, ayam berempah, tapi haritu aku pergi dah habis. Padahal baru pukul 9 masa tu. Laris teruk gais.




Oke, satu benda yang korang kena tau, kalau korang perasan kat belakang kedai pak malau ni tengah ada pembinaan. Pekerja kat situ kata mungkin buat homestay (bukan pak malau punya project ok, orang luar maybe). Aku rasa macam ralat gile, kedai yang sepatutnya ada view lawa, dah kena block dengan pembangunan. Habis separuh view sawah padi di block. Siapa yang pernah pergi sini sebelum ni, mungkin akan kecewa sikit la, view dah tak secantik dulu. Time aku pergi haritu, pembinaan tu baru 20%. Mungkin akan datang lagi banyak. Apapun, kita sangka yang baik baik oke.



Angsa pun nak makan gais



Qyott kan kereta ni gez.




Pak Malau juga juru duit ye anak anak. Sibuk layan cust tu asyik telefon berdering je.



SEBAB KENAPA KORANG KENA PERGI NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI
(nampak macam marah kan? jangan salah faham, saya sekadar menegaskan)

1.Permandangan menabjubkan!







Maaf kat bandar memang takde gunung ganang , bukit bukau, sawah padi, angsa main air. Permandangan tu sendiri memang tak wujud kat tempat aku. Semak je ada. Korang boleh imagine tak, makan bertemankan angin sayup sayup bertiupan, angsa berkejaran, gunung ganang keliling, sawah padi terbentang luas.  Memang luar biasa. Permandangan yang disajikan memang menybabkan korang akan bertukar jadi manusia bersyukur. Subhanallah, lawa bangettttt.

Ramai orang datang sini kadanng bukan tujuan utama dia nak makan nasi dagang pun , dorang nak tengok permandangan yang WoowZZ je. Macam aku. Terjebak.


2. Kenakkan yang melampau


Macam aku cakap awal tadi, famili aku memang tak reti makan nasi dagang. Tapi kitaorang makan licinn sebab sumpah sedap. Pilihan lauk dia pun pelbagai, aku rasa takde ikan tongkol kot(fobia gais dengar ikan tongkol)  Orang kata, mungkin sebab permandangan dia yang luar biasa jadikan hidangan tu sedap. Kalau orang kata begitu, saya rasa apa salahnya, mamak mamak kat KL pi tukar environment. Bukak kat sebalah gunung ganang. kotkot viral, masuk blog saya. 


3. Harga Berpatutan

Harga Nasi Dagang Pak Malau 2018 

Ayam kampung RM10
Ayam goreng berempah RM9
Ayam gulai RM 8
Ikan gulai RM 8
Daging kerutub RM3

Yes, harga dia berpatutan.Sangat berpatutan. Mungkin tak semurah mamak yang selalu korang singgah. Kalau korang fikir balik. Bagi permandangan yang melampau macamni tambah dengan rasa yang sedap, memang releven harga dia. Aku rasa murah sangat kut nak dibandingkan dengan kedai yang gempak je lebih, servis hampeh, rasa ke laut.


4. TripAdvisor sendiri luluskan!

Nasi Dagang Pak Malau ni sendiri dapat certificate of excellence dari tripadvisor. Nampak tak? nampak tak apa yang aku nampak? Korang boleh pergi TripAdvisor sendiri kalau tak caye.


5. UNESCO Geopark 


"Warung Nasi Dagang Pak Malau has been used as the official food stall of the UNESCO Geopark."

Saturday, 31 March 2018

TOUR CAMPUS 2.0 (POA PEPINGAT 2018)




Assalamualaikum geng! Akhirnya sis menepati janji. Biasala janji Melayu kini kian diragui. Saya sebagai wakil melayu yang sah, ingin menegaskan bahawasanya, kami tidak lah seperti  yang kalian semua sangkakan. Mungkin disebabkan terdapat sedikit keraguan dalam aspek trait kami, ia telah bercampur baur dan akhirnya tertokok lah sedikit sisi sisi negatif yang merosakkan identiti Melayu itu sendiri. Sejujurnya , saya juga ada sedikit darah jawa jadi mungkin disebabkan pencampuran itu,  kesembangan saya mampu melepasi 7 petala langit. Hekhek.



Oklah, haritu baru berlangsungnya, TOCA 2.0. Agak agak korang sebut TOKA ke TOCA? Siapa sangka dari situ je korang sendiri boleh sedar korang ni melayu asli ataupun jawa toktok. Lol. 
TOCA ni singkatan untuk Tour Campus which is  -fuh nama acah swag siot. Sekali lagi, saya ingin tegaskan, saya memang dilahirkan untuk menjadi swag. Takdelah, gurau. 


Kalau 2.0 mesti ada 1.0. Jadi program ni memang dah wujud sebelum ini. Cuma, this year nak buat comeback dengan pimpinan yang lain. Okay dia bermula daripada program PMGS 18  (Perkampungan Menara Gading Selangor) yang dianjurkan oleh PEPIAS (Persatuan Pelajar Islam Selangor). Pepias ni ada banyak caw seluruh selangor. Macam Pepisang ( caw ampang), Pepaya (caw PJ), Pepingat (caw kuala langat) Sampai sekarang aku terhibur dengan nama dia. Kreatif kan?

Peserta yang join PMGS ni pulak kena buat POA  (plan of action) selepas selesai pmgs, ikut caw masing masing. TOCA ni kiranya POA untuk Pepingat ( caw kuala langat) Lengkap tak penerangan aku?

Kalau korang semua nak tau lebih lanjut korang boleh tekan laman web sebelah ni--- PEPIAS . Google ada function kut. Wah aku rasa first time in ma life tulis entry yang berilmiah macam ni. pls bangga dengan halili. Rasa nak puji diri sendiri sepanjang hari.

And fakta yang korang kena tahu, aku bukan peserta PMGS. Tapi tersesat dalam POA ini sebab member aku pengerusi program ni memerlukan Ajk. Caw Pepingat kekurangan ahli. Jadi aku sebagai orang kuala langat yang sejati, terpaksa lah mengorbankan masa dan tenaga untuk ini. Ewah poyo betul. Aku onz je, takat tolong member kan memang takde hal kot. Lagi lagi kat rumah aku duk goyang kaki je, apa salahnya buat something yang boleh tambah pengalaman. Ha gitu. Nak masuk PLKN dok mampu. Mampu yang kecik kecik jelah.

sibuk meeting

First thing yang aku fikir pasal program ni : hek eleh bende kecik je. Sebab memang kat sekolah tu kalau program kelas memang aku yang handle. Contohnya trip kelas. Tujelah contohnya, pastu nak riak. Lol. Tapi time handle benda ni bukan main banyak kerenah dia. Padahal aku handle ajk makanan je tau. Kalau boleh nak meeting tiap hari. Pastu bila member ajak keluar, balas cani - weh sorry aku ada meeting, busy. Terasa macam pembesar siuts. Kelakar gak ah aku bagi alasan.

Paling best pasal program ni bila dia buat lepas result spm keluar. Memang seminggu sebelum keluar result sibuk uruskan benda ni. Bila member kabut fikir result bape. Aku kabut fikir program ni. Bila member kabut sampai tak tidur malam, aku tidur nyenyak level tak nak langsung gerak sebab habis meeting lewatt malam. Aku mcam kecewa jugak la sebab  nanti tak boleh la nak citer kat cucu aku nanti perasaan nervous nak amik result Spm tu cane. hm. 




Objektif program :
2.1 mendidik dan membangunkan pelajar lepasan spm,stpm dan STAM dengan memberi pendedahan serta ilmu tentang alam kampus
2.2 menjalinkan ukhuwah sesama generasi muda

2.3 menyempurnakan kehidupan remaja dengan perkara bermanfaat

2.4 mencari kaderisasi untuk Perkampungan Menara Gading Selangor '19







Tentatif program :

 Jumaat 
4.00ptg/8.00-9.00 mlm:  
 •pendaftaran ajk di DU:AT Batu 8 sijangkang  
•makan malam
9.00-11.00 mlm :
•taklimat persediaan 
11.00-11.30 mlm:
•al-mulk dan urusan kendiri

 Sabtu 
6.30-7.00 pg : peserta dan ajk  berkumpul
7.15  pg    : bertolak ke ukm
8.30pg      : tiba di ukm
 -Forum mahasiswa
 -lawatan perpustakaan
 -bertemu dengan bekas presiden ABIM,Dr.razak idris
12.00 tghari:bertolak ke KDH
1.00ptg     :Makan tghari
1.30ptg     :solat zohor
2.00-2.45 ptg : Campus Explorace 
-Taklimat checkpoint
-(ajk bersedia dan set utk check point masing2)
2.45 ptg- Campus Explorace bermula
4.15 ptg- berkumpul semula 
-Makan petang /rehat
-Persediaan utk majlis penutup (ajk)
4.30 ptg: solat asar
5.00 ptg-majlis penutup
6.00 ptg- bertolak pulang ke DU:AT



Jadi, inilah dia tujuan dan tentatif program TOCA 2.0. Kalau ada yang kelabu asap lagi tu, aku harap dah cukup terang la. Kalau tak terang jugak, pi makan mentol. Tak pun lampu kalimantang terus.



And yes, kami semua turun padang mintak sponsor. Aku rasa pengalaman ni paling best la. Sebab apa? Sebab aku baru sedar yang muka aku ni ada jugaklah pembawa rezeki. Lol. Ada tak mak mak kat luar sana, yang nak cari menantu? Ni ada yang bawak rezeki ni. hekhek.  Gurau gurau.


Ajk dan beberapa peserta yang tinggal jauh menginap kat Duat sebab nak kena prepare awal. Macam dalam tentatif, kitaorang gerak pagiii iler iler sampai mata rasa nak terkatup tu dah takleh nak control. Bukan sebab biasa bangun lambat tau. Sebab malam tu meeting sampai 2 pagi. Pastu tidur pukul 3. Bangun pukul 5. Aku memang rasa nak hempuk je semua orang.

Dorang tak sedar ke , aku ni anak yang baik yang takleh tidur lebih pukul 12 malam. Apa apapun , aku sebagai ajk marhaen terpaksa berdiam diri untuk menunggu meeting habis( ceh padahal sebenarnya takot nak bersuara). Banyak plan yang tetiba cancel  so terpaksa la berkerah. Walaupun aku ajk makanan je tapi kena join jugak. Aku pun nak rasa berguna jugak. Apela korang. Tak sensitif. Benci ah.




First uni yang kitaorg singgah adalah UKM. Yes inilah uni idaman saya. Yes inilah juga uni yang saya tak layak masuk tu. Dorang nak yg genius je. Cuba bagi peluang kat pelajar marhaen macam saya. *maroh maroh . Pengisian program kat UKM ni dikendalikan oleh Abang zul. Yang senior maybe dah kenal sangat kut. Sorry la aku level junior pun belum sampai lagi.


Sudah pasti, satu kerugian buat aku dan juga orang lain kalau tak round ukm ni. Tak dapat masuk sini pun tkpelah, at least kami dapat pijak lantai ukm. Dapat la masuk beberapa fakulti kat situ.





Kitaorang pi library ukm yang bapak punya besar. Agak agak ada tak buku yang tak pernah dibukak langsung sepanjang kewujudan library ni?


yeay  ni kak anne.Kak anne ni yang bawak kami round UKM. Rasa macam kanak kanak pulak lawat UKM ni ramai ramai. Jap, orang yang nampak tu mampu nampak je. Kitaorang yang untung dapat pijak lantai UKM. Nak tunggu masuk sini time asasi gigit jari jetau.


Pergi library dia semata masuk amik gambar, pegang buku syariah, post kat ig, bubuh caption -ye inilah perpustakaan uni yang saya tak layak masuk #sadlife 




Pengisian seterusnya adalah forum. Berdosa kalau korang kata korang akan jadi GEMBIIRA + EKSAITED bila korang join forum, melainkan penceramah tu hensem. Lol. Saya gurau kali ke seribu. Jangan serious sangat kak.




Lepas makan , makanan yang sedappp (well, saya ajk makanan. korang lupa ke?) kami terus gerak KDH. Ramai orang rungsing lepas dengar nama KDH ni. Sebab orang ingat nak pi Kedah. Hati hati la kak berfikir tu. Sebab kalau nak pi Kedah saya hantar akak kat bus stop pastu saya tinggal akak tak toleh toleh dah.

KDH atau dipanggil Kolej Darul Hikmah ni terletak kat Kajang. Dekat je dari UKM tak sampai 30minit kut. KDH ini kolej swasta yang korang kena bayar. (Lol bodh gak aku punya penerangan) Dah swasta mmg kene bayarlah cuma harga dia mesra mesra gituew. Sebab bagi sebuah  kolej, KDH ni salah satu kolej yang murah bayaran dia. Aku memang recommend kat korang KDH ni kalau nak sambung kolej. Disamping murah, dia punya environment bagus. Dorang terapkan kehidupan Islam dalam diri student yang jarang kolej zaman sekarang ni ada.  Dunia dan akhirat ada kat sini. Apa lagi yang korang nak kejar?






Kalau nak tau lebih lanjut boleh tekan link ni ---Kolej Darul Hikmah . Yes, Google memang ada function untuk korang.

Pengisian aktiviti kat sini yang pertama tu ada la sikit sikit penerangan tentang KDH. Apa yang aku terangkan kat korang la tadi. Mesti prof yang terangkan tu bangga kat aku kan? Lol. Sebenarnya banyak lagi penerangan dia. Tapi macam biasalah, saya hanya insan biasa. Ngantok gais ngantok. Aktiviti last ialah explore race. Memandangkan ajk tak ramai, kami semua kena kerjasama la jaga check point. Ada peribahasa melayu mengatakan; bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. On x on.



Check point aku pun melibatkan pengurusan kewangan. -Ooh nilah check point yang macam nak ajar addmth tu. *getus seorang peserta yang kebengangan



 with my ummmii *nyanyi lagi ummi




And finally its a wrapp. Alhamdulillah. Aku bangga dengan diri sendiri sebab jadi ajk makanan yang berjaya. Lol. Puji diri sendiri sebab kalau nak tunggu korang puji aku memang tak lah.

Handle pogram ni dengan pimpinan yang dah pro memang salah satu pengalaman yang bagi aku tak rugi la. Banyak benda baru yang aku belajar. Mungkin sebelum ni handle program yang informal, yang tak libatkan sangat masyarakat besar. Tapi kali ni,  program formal yang libatkan masyarakat yang lebih besar. Buktinya, saya berjaya jumpa guru besar haritu. Releven tak bukti aku?

Terima kasih kepada  penasihat penasihat berkaliber, abang kembar dua  yang  banyak mengarah tak habis habis dah conduct kami ke jalan yang benar. Naib presiden pepias juga turun padang tolong handle. Pengerusi dan naib pengerusi yang paling struggle time program. Member yang ajak aku join handle program ni pun tidak dilupakan. Lain kali boleh ajak lagi. Dan ajk yang lain , yang turut bekerjasama untuk menjayakan program ni.

Last but not least, takkan dilupakan buat peserta yang banyak tolerate dengan kami. Maaf kan salah silap kami, kekurangan kami.



Maaf kalau ada information yang sesat ke apa sebab aku pun bukan dari pmgs. Kalau ada yang sesat tu boleh la call call. Taknak eh cakap belakang sebab saya ni tinggi orangnya takut bayang pun tak perasan, last last aku pijak je.

Tujuan utama aku buat entry bukan nak acah ke apa tau(saya nak terangkan terlebih dahulu utk mengelakkan salah faham). Sebenarnya nak bubuh content je kat blog ni. Sebelum saya start busy balik ni, apa salahnya bubuh content bebanyak. Ayuh kita bersangka baik!

Harap entry kali ni bermanfaat kat korang sebab srsly mmg jarang sangat ye halili ni nak buat entry yang banyak fakta ni. InsyaAllah, tak banyak, sikit pun jadilah tambah sikit input dalam kepala korang. Sekali lagi, tolong bangga kat saya.

Assalamualaikum. Jumpa lagi!