Showing posts with label JOM JALAN. Show all posts
Showing posts with label JOM JALAN. Show all posts

Thursday, 10 September 2020

Jom Jalan: Pengalaman naik Mossy Forest, Cameron Highlands 2020


Assalamualaikum. Hye teman teman. Kembali kita dalam entry jom jalan? Awal tahun 2020 aku pergi pulang ke kampung halaman lagi sekali. Eh tibeh kampung. Disebabkan kekerapan aku holiday CH ni melampau lampau, aku rasa macam dah tak tau dah nak pergi mana bila ke sini.

"Eh senah, tak tau ka ada mossy forest ni?"


"Tau je diknon ui cuma selalu tak berani sebab orang kata kena hiking hiking?"

Aku tak sure korang ada dengar tak gossip gossip begini. Tapi inilah yang berlaku bila korang tak rajin membaca. Disebabkan kali ni aku macam nak jadi bijak sikit, aku search la tentang mossy forest dan terhasillah entry ini wuho!




Harini aku buat Q&A jela. Ye inilah soalan yang aku cipta sendiri, aku jawab sendiri. Korang ada?
Takpe, senang sikit untuk orang orang yang malas membaca (ye macam  aku, siapa lagi) Jom start!

Q: Betul ke kena hiking untuk naik mossy forest?

A: Tidak sama sekali ye (correct me if im wrong). Berdasarkan research aku, cuma ada dua option je untuk naik.



Option 1: Naik dengan tour operator naik 4WD. Biasanya korang boleh book awal awal, cari la kat online ke ataupun jalan jalan sekitar CH tu banyak nau iklan. Dorang boleh pickup dari hotel atapun dekat area BOH tu.

Option 2: Naik sendiri. Salam takziah kalau nak berdikari sendiri, naik kereta mercedes bersinar sinar korang tu. 


NOTE: jalan naik atas tu dah macam belacan. teruk sangat sangat tau. so aku sangat sangat sarankan korang guna option 1. sayangilah kereta anda, walaupun terpaksa mengorbankan sedikit wang.

   

Q: Betul betul la ni takde hiking?




A: Nak naik mossy forest tu tak perlu hiking. Biasanya traveller naik mossy forest untuk hiking Gunung Irau. Aku tak naik pun gunung irau sebab datang sini pakai seluar slack, kasut converse tapak kopak diknon ui. Memang takde niat pun nak hiking, pakai baju pun rilek rilek nak berjalan bukan nak memanjat. Next time boleh repeat hiking Gunung Irau!


Q: Nak masuk kena bayar ke? Berapa tu entrance fee masuk Mossy Forest?


Masuk masuk lagi dah ada pondok ni. Nak buat buat tak faham letew.



A: Okay aku sempat snap harga nak masuk. Bayar la ye teman teman. Masuk rumah orang jangan buat macam rumah sendiri okai.


Q: Ada apa je kat situ, kalau taknak hiking Gunug Irau? Nak buat apa je?

A: Mesti korang terfikir kan, kenapa nak naik Mossy Forest kalau taknak hiking? Baik shopping strawberry, tangkap rama-rama ke, petik daun teh ke. Jangan risau, kat situ ada boardwalk yang mostly sangat cantik dan well - maintained. InsyaAllah nak berjalan tu selamat la takde la kopak kopak ke apa. Ambil gambar pun lawaaa sangat ui rasa taknak balik tau.

Boardwalk tu panjang dan aku personally taktau penghujung kat mana. Cam bengap sikit padahal ada je peta. Yang paling penting aku puas bergambar dan menghayati keidahan Allah bagi. Agak agak rasa penat berjalan sambil bergambar tu, aku patah balik la hohi.






Entrance Mossy Forest



Boardwalk yang bertangga tangga tangga seperti tiada penghujung.





Sesi bergambar adalah sesi yang memenatkan lagi sesia kalau tak reti ambil gambar semart semart.




Kawasan area luar boardwalk ni biasanya akan ada warning macamni. So korang jangann nak mengada pijak dengan alasan nak ambil gambar eh. Masuk rumah orang ni tau, cubit kang.




The view fuh. 



Smol little flower


Tak sentuh tak sentuh. Kita imagine je sentuh.



Korang boleh jugak scan QR code ni, kalau nak kenal dengan tumbuhan tumbuhan kat sini. Sambil melawat, sambil menambah ilmu gitue.









Kat sini pun ada tower yang korang boleh panjat sampai ke atas. View dia Subhanallah lawa banget.





Bapak aku sampai besila sila kat lantai sebab nervous tinggi nau. Aku tak sure keadaan time cuti sekolah. Mesti ramai sampai tak leh naik tower ni kan?

 View dari atas tower tadi.





Okay, tujela entry aku untuk kali ni. Overall, aku sangat recommend korang naik Mossy Forest ni sebab uncle yang bawak kitaorang kata, ramai Malaysian sendiri tak tertarik pun nak naik sini. Mostly yang naik sini, semua foreigner. Berbanggalah dengan khazanah alam yang kita ada tau. Memang berbaloi sangat datang sini.

 

balik tu sempat singgah BOH lepak lepak sambil minum teh gitu

Friday, 28 June 2019

Jom Jalan : Cameron Highlands 2019



Assalamualaikum geng. Disebabkan aku ni banyak je dalam kepala nak bubuh content kat blog ni tapi tula malas gile weh nak update. Laptop aku pun dah naik berhabuk sebab terbiar sepi kat almari. Lihatlah kawan kawan,  laptop sahaja sudah diisytiharkan loner apatah lagi pemiliknya. okay jom tukar topik.

Last week, aku pergi CH, setelah hampir 7 tahun aku tak melawat kampung asal usul aku. Kenapa asal usul? sebab dulu kecik kecik, parents aku akan bawa kami sekeluarga, secara tahunan ye anak anak pergi sini. Pastu biasalah aku dulu kuat merengek, pastu rugi la tak merengek, show off perangai sepanjang perjalanan nak ke atas tu, kenapa kena pergi sini, tak suka tak suka ! Pastu mak aku kata; kita ni kena kenal asal usul, dulu mama kutip adik kat tepi jalan tau tak. tula kena pergi selalu, kot kot jumpa ke mama adik.  Maka tangisan si kecil halili pun bertambah kuat.

Bila aku dah besar sikit, dah boleh guna akal sikit sikit tu, aku sanggup tau buka balik sijil lahir. Nak check lahir kat mana. Fuh sebaik lahir kat selangor, hospital razif! Tak lahir tepi jalan alhamdulillah alhamdulillah. Debo tau. Korang jangan memain eh bab asal usul ni. Dia boleh membuatkan seseorang tu murung sepanjang kehidupan kanak kanak dia tau.


berdebu cermin



Bila aku dah besar ni (ceh) Aku dah tak berapa suka sangat nak berjalan yang lama dan yang jauh. Macam orang tua tua en tak suka keluar rumah. Okay gais korang kena berlapang dada sikit, ish. Asyik nak kaitkan aku dengan orang tua je. Nyampah. Aku bukan apa, bila dah masuk uni ni, kalau cuti tu baik melepak kat rumah tau. Lepak kat katil, main kucing, tengok tv. Dengan waktu waktu aku yang terbuang  terisi dengan assignment, kerja berlambak menjadikan aku sangat menghargai waktu aku di rumah.

Tiba tiba je mak aku ajak pergi CH sehari sebelum pergi CH. Ko tengok dia punya rilek ajak tetiba. Sebab ketiba tibaan mak aku, jadinya abang aku takleh la ikut sebab macam mana nak apply cuti tiba tiba macam tu, melainkan tu syarikat mak bapak kau. Bapak aku, tak tau bila dia apply cuti, mungkin dia pemilik bank caw seremban. lol\\



Sebelum sampai CH tu kitaorang singgah lata iskandar jap. Seronok weh tengok ada bebudak sekolah kecik kecik dok berenang macam takde masalah. Aku syak dia sekolah sesi petang la kot (husnuzon bukan ponteng) tapi kalau ponteng sebab nak mandi kat sungai berbaloi apa. Dia tengah menghayati ciptaan Allah tu.





Aku stay kat Casa Loma CH. ye, book hotel dalam perjalanan je weh. Rate dia per night kitaorang dapat tak sampai rm200 pun! Tapi kitaorang pergi masa weekdays hehe. Kalau weekend, harga per night dia almost rm400. Beza gila kan? Kalau korang takde adik adik yang bersekolah lagi, aku memang srs sarankan pergi time weekdays sebab jimat gila. Orang pun kuranggg sangat.


This place is superrrrrrrr recommended sebab lawa gile. Cantik, tersorok daripada orang, tapi still dekat bandar. Korang boleh imagine tak? takpe jangan gelabah sangat, nanti aku buat entry yang sangat detail untuk hotel ni okei?
 Entry dah siap : Review Casa Loma

busy check wassap from no one haahahah




Bukan nak kata apa la kan, tapi rasa macam CH ni kau punya okay sebab selalu kalau ambil gambar permandangan kat CH mesti ramai yang photobomb, kali ni sorang je yang letup kan. Thats okay kak, saya maafkan akak. Next time pergi sini makesure takmo sensorang lagi okay?







Air terjun, lori kaler oren dan akak yang photobomb keseorangan tu dekat cameron valley 1 tau. Kalau korang nak pergi tempat yang aku pergi ni, korang kena cari outlet cameron valley 1 yang lama bukan yang baru, Cameron Valley 2.

Aku pergi dua dua outlet cameron valley yang lama dengan yang baru. Nasihat aku, kalau nak pergi time weekend boleh pergi  Cameron Valley 2 sebab dia punya outlet besau gile, pastu macam ada kedai kedai jual barang, tandas pun besar, tempat makan pun besar. Kalau korang pergi   Cameron Valley 1 memang kecil dan aku jamin la jadi tin sardin je.

Kalau pergi weekdays, aku memang kena wajibkan korang pergi Cameron Valley 2, sebab view lagi lawa! Pastu kalau nak bergambar macam aku tu, korang boleh naik buggy turun ke bawah. Habiskan lah segala kodak yang ada.


Tiket naik buggy ni RM12 okay. Berbaloi je kalau korang amik gambar lama lama kat bawah tu.
Nak berbaloi lagi boleh tidur je kat sana haha.



Banyak je lagi gambar tapi takkan la semua aku nak show off kan?



Nasi lemak strawberry! Sepinggan 12 hengget.  Manusia sekarang makin lama makin gila kreatif kan? Aku boleh terima lagi yang ni tau, kalau nasi boba tu aku rasa nak jentik jentik je dahi orang yang terfikir idea tu. Kreatif sangat pun takleh tau. Dia jadi geli lama lama. Okay aku kena bertenang.

Macam biasa, nanti kalau aku berkelapangan aku hidangkan semua maklumat berkaitan makanan viral ini.


rasa macam kat korea



Saksikanlah CH yang tak jammed! Sesungguhnya, penyaksian ini adalah penyaksian yang luar biasa. Jakun gile weh, ni memang first time aku pergi CH bukan weekend. Baru la rasa ketenangan yang diinginkan gitueww.






Second day kitaorang banyak melepak kat hotel je. Otw balik tu singgah makan nasi bamboo, sungai klah, sungkai jap. Aku bagi 8.7/10. Sedap gile weh lauk lauk dia. Ko tengok satu dulang lauk tu total semua rm28 je. Murah kan? Kalau korang dalam perjalanan balik daripada CH pls pls singgah makan sini okay? Korang boleh tekan link ni kalau nak tau best ke tak; Nasi Bamboo Sg Klah



Tamatlah sudah entry kali ini. Pendek je trip kali ni sebab ayah tak jadi, jadi owner bank. Dapat cuti dua hari je uhuk hahahaa. Okay la korang, ketemu lagi ye di entry akan datang. Bbye, assalamualaikum!