Tuesday 8 September 2020

PENGALAMAN SEBENAR : PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA NEGERI SELANGOR TKWBNS 2019







Assalamualaikum. Sebenarnya harini aku terpanggil nak siapkan entry yang korang semua tengok tajuk di atas ni setelah beberapa bulan terperap tak settle settle. Semoga entry ni bermanfaat untuk semua yang nak sambung belajar tu lebih lebih lagi sekarang musim masuk uni kan. Anyway nak ucap congrats semua yang dapat sambung belajar. Semoga Allah mudahkan urusan korang.

Jom straight to the point. Aku dapat pinjaman pelajaran daripada selangor ni dari sem 1 degree iaitu daripada aku bergelar siswazah di USIM. Ye saya merupakan anak anak yang menuntut ilmu di kampus barokah.  Aku nak masuk sem 3 baru nak settle kan entry ni. Mungkin ada benda yang aku story kali ni, tak tepat atau tak berapa betul, mohon betulkan dan maafkan saya oki. Dah hampir satu tahun benda ni diknon.

Personally, pinjaman pelajaran yang kerajaan negeri selangor provide ni aku memang baru tahu benda ni ada. Saja saja nak masuk degree tu, cari la kat internet biasiswa apa yang ada. Yela niat taknak susahkan parents tanggung belajar. Fuh. Tuptup jumpa pinjaman ni. Kalau buat rakyat selangor nak sambung belajar, pinjaman pelajaran selangor yang disediakan :

1. Pinjaman pelajaran TKWBNS
2. Pinjaman pelajaran Yayasan Selangor


Dua dua pinjaman ni ada syarat tersendiri memandangkan keduanya daripada institusi yang berlainan. Tak silap aku TKWBNS under SUK, kalau yayasan selangor memang under yayasan selangor. Aku tak cukup syarat kelayakan nak mohon yayasan, tula kena move on minta TKWBNS.


Kenapa ambil TKWBNS?

1. Anak selangor 
Aku ni anak jati selangor. Mak bapak pun asal selangor. Nenek moyang pun selangor. Bukan nak riak tapi kalau tak mohon tu rasa macam tak okay. Macam taknak berebut manfaat yang kerajaan negeri sendiri bagi tau. Kalau korang tengok syarat kedua nak mohon TKWBNS:
 2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau


2. Pinjaman boleh ubah
Pinjaman sekarang ni banyak sangat jenis. Untuk TKWBNS ni pinjaman akan diubah kalau result korang gempak. Kadar pengurangannya macam mana? Korang boleh apply mohon pengurangan bayaran base on result korang, lepas habis belajar.

Boleh dah aim belajar power power lepas ni kan?

3. Pinjaman tanpa faedah

In case, result kita tak dapat capai kelayakan pengurangan banyaran balik tu still okay sangat sebab dia tak amik faedah daripada korang. Ha kang ada yang tak faham pulak faedah apa ni ha? Mempergunakan orang ke ni? Tak tak. Maksudnya pinjaman yang kita amik daripada selangor ni takde interest. Ko pinjam segedebuk, segedebuk la kau pulangkan balik. Agitchuw. Mudahkan? Bagi aku sangat better daripada ptptn ataupun pinjaman lain kat luar sana. Tak tau bagi korang macam mana tapi bagi aku tak rugi try apply.



Nah aku bagi link untuk korang rujuk



Sebelum aku terangkan lebih detail step by step, kat bawah ni adalah pinjaman yang diberikan ikut peringkat pengajian korang.

PERINGKAT PENGAJIAN

IPTA/IPTS

(Kadar Setahun)

UiTM, Politeknik &

Kolej Komuniti

(Kadar Setahun)

Sijil-RM 3,000.00
DiplomaRM 4,900.00RM 3,500.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar)RM 6,500.00RM 4,500.00
Perubatan dan PergigianRM 7,000.00RM 7,000.00






STEP BY STEP PERMOHONAN

Dah cukup belum asbab untuk korang apply? Kalau korang dah kunci, yakin dan muktamad, korang boleh proceed cara nak apply. Aku tak sure urusan pinjaman daripada institusi - institusi kat luar sana macam mana. Tapi bagi aku urusan nak apply TKWBNS ni agak rumit. Biasalah kan kalau pinjaman dari pihak mana mana pun, mesti prosedur perjanjian agak rumit. Nak bagi pinjam duit ribu ribu ni diknon oi, bukan dua tiga hengget. Cuma extra sikit TKWBNS daripada pinjaman lain, TKWBNS ada interview. Ha tanjat tanjat. Takpe nanti aku bagi tips apa yang aku ingat untuk korang oki. Jangan putus asa dulu!

 Kat bawah ni aku listkan apa yang korang kena buat step by step untuk memperoleh pinjaman TKWBNS.


1. Permohonan online (hujung ogos)
2. Interview (18 sept)
3. Serahan (awal nov)

Macam aku cakap tadi, aku mohon tahun lepas, tahun 2019. Jadi, mungkin ada perubahan untuk tahun tahun seterusnya. Kalau ada maklumat tambahan, korang boleh roger and out dekat comment section oki. Sharing is caring gitu.





1. Permohonan online 



Aku dapat jumpa gambar yang ni je untuk online application, maaf la ye teman teman. Apply online ni benda paling first la korang kena buat. First online application ni umpama saringan awal. Time ni la nak saring siapa yang tak cukup syarat tapi apply juga, utamakan orang patut diutamakan gitu.

Untuk first step ni pun aku rasa macam banyaknya nak kena isi Allahuakbar. Ada jugak dokumen yang korang kena isi dan sahkan, lepastu korang muatnaik balik dekat page ni. Tapi jangan risau, insyaAllah sempat je buat sebab dia bagi masa yang mencukupi untuk korang siapkan.


2. Interview


Selepas dua minggu, keputusan permohonan online / permohonan pertama korang, LULUS. Time ni korang akan dipanggil untuk temuduga. Ye, yang paling ditakuti semua.

Tempat, masa, tarikh temuduga memang dah ditetapkan. Akan ada urusetia yang akan contact korang, dan terangkan detail urusan interview korang. Aku punya iv memang dekat USIM, dekat bangunan HEP. Sangat senang nak access dan tak payah susahkan parents aku nak menghantar. Waktu iv tu aku ingat memang clash dengan kelas, tapi takpe dorang provide surat pelepasan. So korang boleh prepare awal awal bagi lecturer korang. Best jugak iv ni boleh ponteng kelas.

Aku ingat setiap uni akan ada tempat iv, rupanya tak ye kawan kawan. Memang campur dengan uni lain yang berdekatan dengan USIM. Terkejut jugak la sebab aiyo bila pergi sana memang nampak la ramainya makhluk. Dapat ke tak ni. *getus halili di dalam hati kecilnya*

Heh macam special sangat je kan aku, nak apply pinjaman pastu orang lain tak leh nak apply jugak.




TIPS INTERVIEW PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA, NEGERI SELANGOR TKWBNS


1. Siapkan dokumen yang diminta

Please make sure, double check semua lengkap. Kalau tak cukup apa yang diminta nanti korang jugak yang susah. Mungkin dia tak halau cuma korang kena settle kan dulu baru dapat no giliran iv.

2. Datang awal

Macam aku cakap tadi. Sebenarnya yang mohon ni lagi ramai daripada jangkaan kita. Walaupun kau datang awal, percayalah ramai lagi awal dari kau. Aku syak ada yang subuh dekat Kompleks Islam USIM. Baik korang mengaku cepat.

Datang awal ni penting sebab nak masuk iv tu awal. Kalau korang lambat lambat nanti dapat last last macam aku. Fuh sampai HEP pukul 8 lebih, balik dekat pukul 12 sebab tunggu turn lama nau. Elok elok aku hafal semua nama sultan, jadi ingat nama makanan je tau sebab kebuluq.

3. Study

Preparation aku untuk iv TKWBNS feeling dia sama macam nak aku prepare exam sejarah SPM.



Ei ei buruknya note. Berani ek post kat sini.

Niat aku buat entri ni pun untuk mudahkan orang yang nak pi iv je bukan nak tunjukkan kecantikan tulisan aku pun kan. Nak je scan leklok bagi kat korang, tapi tulah kertas ni aku dah campak mana entah (sakit hati punya pasal). Tapi ni la topik yang aku study untuk interview ni.

Basically, tajuk am yang korang kena study. Berdasarkan pembacaan aku dan pengalaman aku:

1. Negeri Selangor

Start daripada pemerintah, cara pemerintahan, pentadbiran negeri selangor, rakyat negeri selangor.

2. Study perkara yang berkenaan diri sendiri

Berkenaan universiti yang korang tengah belajar dan paling cliche; kos yang korang ambil. 




PENGALAMAN SENDIRI

Meh aku story flow aku sewaktu di interview. Apa je soalan yang dia tanya? Apa je aku terang?Sebelum tu aku nak cakap, sebenarnya aku terkejut, sebab aku banyak baca blog kata iv sorang sorang, bukan grouping ataupun berdua. Batch aku tuptup kena iv berdua. Partner tu memang dorang tetap kan sendiri. Tahap kenervousan aku pun meningkat dengan tiba tiba.


1. Kenalkan diri sendiri

Disebabkan pengenalan diri sendiri ni akan menunjukkan keyakinan diri korang secara menyeluruh. Maka, korang kenalkanlah diri korang sebaiknya. Untuk aku sendiri, partner iv aku seorang yang sangat banyak cakap sampai part pengenalan pun aku rasa dia overshadow aku tau. Nasihat aku, korang jangan overshadow siapa siapa, saling bantu membantu dan yakin dengan diri sendiri.

Pengenalan diri yang aku terangkan:

nama, umur, belajar kat mana, ambil kos apa, duduk kat mana, famili, terangkan korang ni sebenarnya memang anak jati selangor yang selayaknya dapat pinjaman ni.

2. Interviewer akan start tanya soalan berkenaan diri kau

 Disclaimer: ni soalan yang aku dapat tau. Tak sure korang akan dapat bentuk macam mana.

 

"Apa kelebihan awak? " 
"Kenapa kami kena bagi pinjaman ni kat awak?"
"Kenapa ambil kos ni? Minat ke?"
"Kenapa taknak ambil PTPTN ataupun pinjaman lain?"




 3. Interviewer akan start tanya soalan uji pengetahuan am berkenaan selangor

 

 

 "Nama sultan Selangor?"

"Nama menteri besar Selangor?"

"Berapa banyak daerah di negeri selangor? Boleh listkan sekali dengan mukim?"

"Pentadbiran negeri Selangor?"

 

 

 Aku memang pernah baca, study semua soalan tu. Cuma bila kat depan tu luluh semua. Berdebar lebih semua lupa. 


post iv


Lupa nak cakap, time ni tengah jerebu teruk. Biasalah kan dah hujung tahun memang meriah pembakaran. Berkabusss je pagi, petang, siang, malam. Kalau tak pakai mask, nampak dah muka aku penuh kekecewaan. 



3. Serahan dokumen


Bila korang kena serah dokumen ni, maksudnya korang dah berjaya! Percayalah, aku pun tak percaya macam mana aku boleh dapat memandangkan aku banyak menyepi ketika iv. Tapi dah Allah yang bagi rezeki, mana kita boleh expect kan?


Banyak dokumen korang kena prepare tapi jangan risau sebab time ni biasanya tengah cuti midsem. Jadi, sempat je nak settlekan walaupun banyak nau. Pusat penyerahan pun dekat SUK, shah alam. Dekat je dengan rumah. Alhamdulillah.


Korang amik turn lepastu urusetia akan panggil no korang untuk serahan semua dokumen yang diperlukan. Begitu aja.




Istighfar mak aku tengok aku pakai converse pergi SUK. Entahlah, aku kemana mana pakai sneakers, ada je kasut formal tapi tula jiwa converse aku sentiasa menyerlah di mana mana.

Itu sahaja daripada aku, harap sangat dapat membantu korang yang tengah mencari cari pinjaman selain ptptn atau pinjaman yang mencekik tu. Kalau niat kita baik, nak mudahkan parents, insyaAllah mudah no worries! Aku pun tak sangka aku dapat tapi takpe korang usaha je. Rezeki Allah nak bagi, tak salah alamat tau.

Lagi satu, aku nak pesan. Korang kalau memang aim nak JPA(ehem JPA bagi pinjaman masyukk ui), aku tak sarankan minta pinjaman selangor dulu. Kalau ada yang tak tau, JPA provide pinjaman untuk student yang dah settle satu sem. So korang masuk masuk degree tu memang tak boleh terus minta JPA. Kena minta pinjaman daripada institusi lain dulu untuk survive sem sebelum tu. Kalau korang nak terminate TKWBNS, korang kena bayar balik semua yang korang dah pinjam segedebuk tau. So tu kekurangan dia. hehe.

Assalamualaikum.

Feel free to share your experience!

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Thank you sis, semoga urusan awak dimudahkan

    ReplyDelete
  3. Hai sis, nak tanya sis mungkin dh abis belajar sekarang hihi.

    Soalannya mana nk dpt No. Rujukan Fail sebab saya x berapa pasti mana no. nk rujuk dlm dokumen? Sebab ada satu no dia kata no rujukan tapi kotak tak cukup 😭

    Betul ke no tu atau ada no lain?

    ReplyDelete
  4. Celestino Arturo13 July 2024 at 13:27

    Tuan Pedro dan perusahaan pinjamannya telah sangat membantu perusahaan kami dengan memberikan kami fasilitas kredit untuk kelanjutan pertumbuhan bisnis pertanian kami. Saya sangat senang bahwa perusahaan saya berkembang kembali dengan bantuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberikan Yo $8,000,000.00 untuk pinjaman bisnis.
    Tuan Pedro dan perusahaannya juga memberikan jumlah pinjaman berapa pun kepada individu atau perusahaan yang mencari cara untuk memperluas atau melaksanakan proyek mereka dengan bunga rendah sebesar 2% pengembalian tahunan. Hubungi mereka untuk membeli pinjaman bisnis Anda, pinjaman pribadi, pinjaman bisnis, pinjaman awal, pinjaman mobil, dan pinjaman rumah. di dalam
    WhatsApp +393510140339
    pedrloanss@gmail.com

    Semoga beruntung"

    CELESTINO ARTURO
    Menulis dari Ekuador

    ReplyDelete
  5. Celestino Arturo13 July 2024 at 13:27

    Tuan Pedro dan perusahaan pinjamannya telah sangat membantu perusahaan kami dengan memberikan kami fasilitas kredit untuk kelanjutan pertumbuhan bisnis pertanian kami. Saya sangat senang bahwa perusahaan saya berkembang kembali dengan bantuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberikan Yo $8,000,000.00 untuk pinjaman bisnis.
    Tuan Pedro dan perusahaannya juga memberikan jumlah pinjaman berapa pun kepada individu atau perusahaan yang mencari cara untuk memperluas atau melaksanakan proyek mereka dengan bunga rendah sebesar 2% pengembalian tahunan. Hubungi mereka untuk membeli pinjaman bisnis Anda, pinjaman pribadi, pinjaman bisnis, pinjaman awal, pinjaman mobil, dan pinjaman rumah. di dalam
    WhatsApp +393510140339
    pedroloanss@gmail.com

    Semoga beruntung"

    CELESTINO ARTURO
    Menulis dari Ekuador

    ReplyDelete