Thursday 31 December 2015

2016



Assalamualaikum. Salam barakah. Salam satu malaysia. Salam penghujung 2015. Apa lagi aku nak cakap kalau bukan cerita pasal tahun baru dalam beberapa jam lagi yang bakal berkunjung. Subhanallah cepat kan masa berlalu? Ada tak rasanya orang cakap lambatnya masa berlalu? Takpernah dengar lagi sepanjang aku hidup ni, nak tahun baru orang buat statement ; Apahal aku terasa tahun 2015 ni begitu lambat  eh?  Dah pejam berkali kali tak laju juga.

Buat masa ni belum pernah dengar lagi lah. Mungkin ada dan mungkin orang yang mengalami kesukaran  sepanjang tahun ni. Semoga yang mengalami kesukaran dan yang merasa tahun ni tahun paling tough, bila tiba tahun 2016 bakal menjadi suatu permulaan yang indah dan insyaAllah berkekalan hingga ke penghujungnya. Amin. Tak salah mendoakan orang kan? Bila tengah merasa kesenangan, ajar diri lihat orang yang lebih sukar. Dengan itu, lebih mudah kita berasa syukur. Allah suka orang yang bersyukur.

Banyak aku belajar sepanjang 2015. Banyak, tak bererti sempurna. Masih banyak lagi yang kena dipelajari. (contohnya ;addmath, bio, fiz, kimia) fuhhh. Bagi aku dunia ni tak pernah ada yang sempurna. Yang jadi doktor perlukan pembantu rumah untuk mengemas rumah akibat kekangan masa. Yang namanya pemimpin, perlukan pembantu untuk mengurus waktunya. Peniaga memerlukan pembekal untuk berjual. Aku pula, sebagai pelajar, memerlukan seorang guru untuk belajar. Kita saling memerlukan dan tidak pernah berhenti untuk bergantung sesama sendiri. Nak kata sempurna? Memang takk ah.

Tahun baru bukan sesuatu yang istimewa pun buat aku. Dia macam; oh ye esok 2016 dan angka umur semakin bertambah. Itu jela aku rasa. Tak kezzaaa pun. Cuma selalu bila fikir tahun baru, maka bermulalah sesi persekolahan. Hmmm. Malaz dia masyaAllah tabarakaallah. Dah terbiasa kan lepak 2bulan dekat rumah, tengok kdrama, pergi kelas ngaji, join ceramah sampai tengah malam semua. Dah sek bukan tak boleh buat, cuma kekangan tu banyak ah.

Goals aku apa? Jadi seseorang yang lebih baik dari segala aspek. Bukan mahu yang sempurna, tapi cukup la mereka tidak membenci aku sebab sikap aku. Yang paling penting, lebih dekat dengan Dia, bukan makin jauh. Semoga tahun 2016 yang bakal kita tempuhi dipermudahkan segala urusan dan merupakam satu lembaran baru yang membuatkan kita lebih mencintai pencipta kita. InsyaAllah. Amin.

Assalamualaikum.

Selamat datang,
2016❤


No comments:

Post a Comment