Friday 20 November 2015

#KAAUniteOnVacay - Trip to Port Dickson Part1


Port Dickson here we go!


Assalamualaikum.Eksaited tak korang tengok tajuk pasal holiday? Ala tu muka monyok je. Kenapa sebab gi port dickson ke? Pandang jangan sebarang pandang, pandang dan baca insyaAllah sampai ke hati. Sampai apa? Sampai aura aku la lews. Selalu aku update awal, tapi kali ni lambat sikit, nak tau citer best? Aku dah buat draft, 80% siap, pastu hilang. Rasa nak gaduh la jugak, tapi aku nak gaduh dengan siapa pula kan. Cuma aku bermurung sikit la sepanjang hari. Ok dah, taknak citer sedih sedih ni, nanti aku terbawa bawa.

Trip kali ni terasa sangat special buat aku walau terasa penat sikit. Penat penat aku berbaloi bila tengok member happy, cuma berharap mereka reti menghargai ye dah Alhamdulillah. Dalam trip ni aku belajar macam macam, belajar mentadbir, belajar mengurus, belajar berfikir secara rasional, oh ye aku juga belajar untuk bersabar. Yela sebab aku kepala kepada trip kali ni ahoihoii. The best thing , bila semua orang bekerjasama untuk menjayakan trip kali ni, tula yang paling manis. Ingat senang ke haaa bila kawan kau kecam kau sebab asik ada je tak kena, kertas kerja tak hantar lah, sponsor tak cari lagi la, bus tak tel lagilah, hotel mahal sangat lah, member tak bayar yuran . Aku sekali dah marah hang takyah cerita, minta maaf la banyak banyak kalau ada yang terasa hati tu. 

Trip kali ni disertai 28orang pelajar, diiringi 4 orang guru. Sebenarnya, target pelajar 40 orang, sekali yang lepas gak tu je. Ala biasa la manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Selain tu, memang banyak la kenduri, kenduri kahwin, kenduri doa selamat, sambutan hari jadi haaa macam macam kenduri yg berlaku dalam tarikh kitaorang pergi tu, best tak kau rasa?  Eh tak marah, cuma rasa nak je aku telan hidup hidup. Macam tak marah en.

Tarikh yang kami pergi trip haritu jatuh pada 14, 15 nov iaitu hari sabtu dan ahad. Wuish dengar tarikh je terus eksaited tak habis. Aku pilih tarikh yang paling istimewa tau bukan pakai pilih je. Haaa sebab aku tahu tarikh tu akan terlakarlah memori indah kami di pantai port dickson. Puihh. Tak ada, aku tak jiwang sampai macam tu oky, jangan salah faham. Tarikh tu tak istimewa pun, aku kan selalu melebih lebih, bagi ayat kasi panas sikit. Haa, lagi satu kebarangkalian tarikh tu sangat tidak berguna kepada kami adalah kerana ia sabtu dan ahad. Kau tau,  nipis poket habis kat situ je. Cuba kau banyangkan, daripada harga bilik, rm200, weekend dia berganda jadi rm250. Tips penting, kalau bawak rombongan kiah toksah pilih weekend sebab nanti kau yang terseksa! 

Kami berkumpul di sekolah pada jam 7:30 dan bertolak menaiki bus sekolah pada jam 8:30pg. Saja aku nak buat gap masa satu jam sebab kau tau lakan janji melayu sangat sukar dikikis lagi lagi budak muda zaman sekarang ni, ish. Sekali aku yang datang lambat, dorang semua berangin tunggu aku. Sapa sangka trip ni merosakkan rekod aku menjadi pelajar yang sentiasa awal, selalu dorang yang paling tembel. Kalau holiday terus menepati masa, entah entah ada yang tolong bukak kan gate, takpela tahniah la kengkawan. 

Sampai port dickson dalam pukul 10:30, kan aku dah cakap tak jauh pun PD ni lagi lagi dari selangor. Kalau kau malu datang PD satu bus macam kami, pastu amik gambar macam tak pernah datang situ, bila ada orang tanya ramai ramai ni dari mana, cakap la dari kelantan ke sabah ke sarawak ke. Nak sedapkan cerita, cakap la dari sabah naik kapal terbang kalau boleh ada loghat sabah sikit baru real. Sekali nak menipu, bagi betul betul  punya weh.





Tempat pertama, mestilah menikmati nature dulu. Orang kata segarkan otak sebab bangun awal awal, tu belum cerita yang packing barang sampai tak tidur. Haaa tu tak tau la, kalau berlaku tu hangpa memang hebat! Nama tempat ni tanjung tuan atau tanjung rachado. Mesti ramai tak tau tempat ni. Yela kalau pergi PD tempah hotel memahal, pastu stay je sebab setiap saat kau keluar hotel macam duit yang kau labur tu terbang. Tula kami sewa hotel murah jaaa.


Jangan risau dia punya trek pendek je, jalan tar pulak tu. Aku pakai seluar jean, rilek ja. Kalau kau lari, dalam 15min dah sampai atas, kalau jog tak sampai 20min dah sampai. Kalau kes kami, lebih setengah jam, al maklumlah geng kiah baru keluar kampung. Amik gambar dia, kalau boleh setiap inci hutan tu amik gambar. Kat sini kalau nak fefeling ekstrem ada trek hutan, yela kata dah masuk hutan mesti la keluar tu ade kesan bechak bechak sikit. Aku rasa kalau lalu trek hutan tu bukan kotor lagi seluar, kau kau sekali mandi bechak.


Bayaran mestilah ada. Hang jangan dok menonong je masuk. Memang dia tak check pun tapi kita sebagai manusia yang ada adab, bayar la eh. Dorang dok jaga kebajikan hutan tu siang malam. Bayaran  pun RM1 je. Tak luak pun duit hang.








tak kotor pun

tak apa, jalan tu bukan selalu pun kita jejak. baring baring



Satu informasi menarik tentang tanjung tuan ni, jasad dia kat PD tapi nyawa di kat Melaka. Haaa faham tak?  Ish Tanjung tuan ni terletak kat negeri sembilan tapi di bawah pemerintahan negeri melaka  la. Tujuan naik atas sebab tengok rumah api, rumah api tu pun kau dapat tengok jasad je. Nak masuk boleh, kalau kau panjat lepastu sekejap je kau dah kena tahan dengan guard. Bahasa jelasnya, kau tak boleh masuk. Dah senang.









Satu lagi benda best, dia punya permandangan kat atas tu. Fulamak, memang macam bora bora la. Tapi semak, tula masalahnya. Lain kali, aku nak buat trip sambil buat kerja amal pula. Robongan bawa parang, gunting, gergaji bersihkan tempat tempat macamni. Rugi tau , dia macam terbiar je, kan kata sayang negara? Pastu masuk news, bangga dok cerita aihhh. kahkhakha. Masalah besar kat atas ni bila nak amik gambar pun rasa bersalah sebab tempat amik gambar tula  satu satunya laluan dia. Jalan dia kalau sebesar jalan raya takpe tau, ni kemain orang pandang macam nak telan kau bila berhenti tengah jalan. Dahlah panas terik, buat lawak ke dik? 

check in hotel, woho!






Pastu dah habis aktiviti membasahkan ketiak, kami terus gi hotel nak check in. Kami menginap di Hotel Akar Beach Resort. Hotel dia aku bagi 3 bintang, pantai tak ramai orang, pool besar dabak, breakfast so-so, design dia ala ala vintage tapi minus dengan harga yang agak mahal. Kau tengok jela barang kitaorang banyak gila. Rosak permandangan lobby dia dengan barang kitaorang.





So inilah keadaan bilik dia. Ni bilik girls. Jenis family room, harga RM4++ Not so bad la room dia sebab besar gila,1 king dan 3single, bonus ada pantry. Yang tak best nya dia punya tandas ada satu. Rasa nak gaduh guling guling rebut tandas aku cakap. Tu belum yang mandi macam princess, aku bukan menjerit lagi dah sampai tahap meraung suruh keluar. Dalam bilik ni ada 9girls. Yang lagi 6 orang tu stay dekat 2 standrd room. Boys, pulak kitaorang book 1 family junior RM3++, 1 standard rooms RM2++. Family junior ada 1 king dan 2 single, besar la jugak aku tengok. Total untuk bilik semua kat hotel ni RM1900,untuk 5 bilik. Bajet memang lanjan habis kat sini. Tapi takpe asalkan kami puas mandi pool, dan tidur dengan sangat selesa!





Aktiviti first lepas check in dan setelah menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim ialah sukaneka! Kalau family day, ni memang benda wajibla. Bila je nak rasa sukaneka kalau bukan dengan dorang semua ni. Cuba imagine buat sukaneka dengan famili kecik korang lari sana sini, bukan pelik lagi dah boleh panggil terencat. Kena lagi beradik semua dah U, dorang pandang sinis je dengan idea bodoh kau. Kalau trip kelas, kitaorang memang obses sangat dengan pantai macammana pun nak pantai. Kitaorang lebih suka kumpul ramai ramai buat aktiviti yang mengeratkan ukhuwah, bukan yang jalan lawat sana sini pastu buat hal sendiri. Untuk sukaneka aku bagi 3stars untuk tiga game. Haaa kalau ajk buat 6 games aku bagi la 6stars.





Ajk sukaneka yang cantiks cantiks dalam kurungan eh saja puji. Ufa tolong jangan buat muka bengang sebab gambar blur. Takpe nanti aku letak gambar kau bebanyak. Jangan majuk kay.

Izzah treasure kitaorang. Ala hang tak tau ka lubuk? Semua barang dalam beg tu. Handphone, purse, camera, towel kalau boleh sumbat la selagi muat. Izzah dalam hati, nak tumbuk sensorang tapi niat terbatal sebab dia paling kecik, nak buat cane. Tabah la zah.





Game pertama kena bina sandcastle. Atototo kau tak rasa ke comei benda ni. Syarat dia kalau nak menang, mesti tinggi. Game ni, buat kau nampak bodoh sikit la. Ala sikit je tak luak pun. Dia malu kalau sorang, ni satu geng. Haaa satu geng bongok. Tapi, memang comei sangat main sandcastle padahal semua dah besar dabak. Agaknya, budak kecik keliling kitaorang tu perhati je nak join. Takpe dik, nanti dah besar macam kakak kakak dgn abang abang ni, adik buat la game ni dengan kengkawan. Jangan lupa catat tau dik. Nampak bongok pun reramai, tak malu pun.








ape azri?


berfikir macam nak telan pasir tu
tak cantik ke aku punya grup?


Grup aku buat gunung, aku panggil gunung pasir everest. Tapi dorang panggil busut. Ala grup aku memang jenis semua berseni, kesah pula cantik tak cantik asalkan tinggi. Haaa sekali grup yang bina sandcastle siap ada kolam, pagar berduri, pacak bendera la tumpas dengan grup busut aku. Haaaa kalah juga kau dengan aku. Game game cani takpayah nak kena tangan berseni bagai, pakai otak je insyaAllah cukup. Haaa, adik jangan lupa akak tengah bagi tips ni catat, catat.  Muahaaoi.





Second game, favourite kami. Nama game ni kitaorang panggil king princess. Ala dia macam running man tu. Kena selamatkan dari princess terkena bola. Pemain last atau dipanggil king kena protect princess. Bola dia tu yg problem, bila dibaling bukan pergi kepada orang, bola tu gi terbang melayang macam kertas.






penghadang terhebat, kerana hanya mampu melihat

iman kau kejar bola pahal? kita nak kena serang tu

"haaa baling baling", sambil melihat dan mengarah






gaya baling bola tu kat sini je boleh buat



tengah laga kaki bak bola bak bola dahtu najib jeles. jap najib jeles?





Malas nak ulas game ni sebab grup aku kalah. Ish tak best ah. Haaa dik, game ni akak tak sarankan sangat sebab game ni bawak kenangan buruk kat kakak. Takpe game lain ada lagi dik.


Selingan;
irfan kata fighting

faries pun nak join

eh farway mencelah, irfan jeling, faries senyum sinis

takpe, irfan dengan faries layankan

ufa tak faham apa yang berlaku



Last game, still tak brain game ni benda. Aku tahu game ni tembak tembak pakai air kat target setiap grup.Mangsa ykni target ni ikat kain kat kepala. So kiraorg kena tembak mangsa pakai air kat kain yg diikiat tu. Grup aku iskandar, grup lagi satu salam. Mencecet dua ni lari takut kena tembak. Semua yang tak faham game ni tembak sesama sendiri dan mengendahkan salam dengan iskandar. Agak hambar tapi best aku tembak orang fefelimg askar kanak kanak sangat tidak bertauliah.

apa li tak maco la suruh iman cover kau


Penat berlari dan menembak. Aku tak tahu sapa yang aku kejar, aku tahu hanya lari dan menembak. Best pe dapat tembak orang. Haaaa dik, game ni adik boleh buat dengan kengkawan adik, tapi susah sikit sebab takut adik celaru je minda dgn game ni, adik tembak orang tapi orang tu tak mati-mati dia lari je, laju pulak tu dik. Haa, nanti kang adik tanya kat akak plak, bukan orang yang dah pergi takkan kembali ke kak? Uish akak  pulak yang celaru minda.






Lepastu semua tak sabar nak mandi. Apa lagi terus junam la. Kali ni semua macam tak layan pantai. Pool dia dah besar kemain memang lagi menawan la. 

Go away paparazi


Yeay part 1 habis dah. Sampai sekarang termenung kenapa draft tu hilang. Kenapa ini semua harus berlaku. Ish tula dik, adik kena berhati hati kalau nanti dah besar nak buat entry jangan macam akak, cuai sangat. Bermuram sepanjang hari tau.  Part2 insyaAllah dalam masa terdekat. Malam kami bbq, sec day mandi kolam lagi dan bersiar siar. Bye! Assalamualaikum.

TO BE COUNTINUED


1 comment:

  1. awat semua gambar tak cantik?. mohon ambil yg clean and clear hokeh.

    ReplyDelete