Wednesday 21 October 2015

Halili sentiasa halili

Assalamualaikum.


Ada orang tanya dekat aku kenapa nama aku Halili bukan lily ke? Lantas aku bingung lili tetap lili. Halili tetap Halili. Auni tetap Auni. Semua nama ini lengkap menghias kad pengenalan aku. Malah setiap kali berlansung nya periksa, aku masih menggunakan nama yang sama. Ada nama lain ke masalah nya sekarang ni? Wah nampak tak manusia kian menyalah anggap nama aku. Mungkin sebab semua media sosial kepunyaan aku bernama Auni Lily. Hah kalau tak caya, cer check kat fb, insta, askfm, twitter, wechat,tumblr,semua sama. (lews jangan lupa add alang dah tahu)

halili tu halili

Aku guna nama Auni Lily sebab aku ni macam dah dicop kekal kat muka nama tu. Ala dia macam nama samaran baaa chaaak baaa chak la. Auni biasa digunakan buat stranger. Majoriti semua kawan lelaki aku panggil aku Auni. Bukan stranger, tapi dah terbiasa agaknya. Cuma kawan rapat aku sahaja ada tiket boleh panggil aku Lili. Cikgu aku pun tak dapat tiket tu tau. Bukan anggap mereka ni stranger, ada satu je sebab. Sebab mereka guru aku, sebagai murid yang mengemis memang la aku kena hormat mereka. Cuba kau imagine; cikgu aku panggil 'lily ohh lily' aku jawab 'pahal pahal?'. 

Terima kasih kerana cuba membayangkan, anda mungkin sudah tahu apa yang bakal terjadi selepas itu. Jengjengjeng...... Aku ni lain, spesies lanjan ikut kepala sendiri je. Okay secara ringkas itu la sebabnya.

Tapi bila naik sek menengah aku dah bertekad. Jumpa stranger tanya nama dengan senang hati aku cakap Halili. Niat ingin nama dikenal terbantut bila kawan sek rendah aku ramai yang ikut berjuang menuntut ilmu di sek yang sama. Jadi apa lagi mereka la bawa pengaruh. Jadi lily tetap lily. Still in the same soul gitew.puiih.


Aku tak kesah pun lili itu datang daripada Halili. Nama yang sama orang yang sama. Halili bermakna halal dalam bahasa arab. Lili bermakna bunga dalam bahasa melayu. Auni pula bermakna lemah lembutku. Wah aku dah dedahkan maksud nama aku lagi. *angkat kening tinggi tinggi cakap; eh kau tak ada rasanya kan? *(perli cara baik)

Dulu tak suka nama halili,sebab  macam tak sedap pastu bunyi macam laki. Jadi memang terkubur la nama tu. Sekarang aku baru ada otak agaknya,nama tu tetap nama aku. Halili tetap halili kan? Halili yang tetap berada di hati anda. Ewahh.

Ini juga Halili tetapi versi lebih kurus, pipi cengkung, kaki ada gap



Sekian,
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment