Friday 13 June 2014

#KAA Unite : TRIP TO MELAKA part3

Assalamualaikum



"I never want to say goodbye, cause i never want to see you cry.."


Ceh tajuk kalau boleh buat tak logik lagi eh lili. Maaf, tajuk di atas terhasil disebabkan oleh masalah mentalisme yang mungkin berlaku akibat tiga hari berturut turut buat entry, dalam masa satu jam. Ye, satu jam. Aku tak tahu la bagi korang satu jam tu lama ke tidak. Yang penting aku nak habiskan entry bersiri kali dengan pantas! So, lets get start it.


Keesokan paginya


Lepas solat subuh, aku , farah dengan hana terus lepak pantai.Ye, pantai. Eh kenapa asyik pergi pantai aje? Ko rasa macam wujud ke shopping mall kat tengah tengah kampung ni? Pandang kiri laut, pandang kanan laut, pandang depan pun laut. Cuma kalau kau pandang belakang aje kau tak nampak laut. Sebab apa? Sebab memang nampak macam kau tak pernah belajar sains kalau kau tanya aku soalan macamtu.
((Maaf.))

Tengahari, petang, malam, tengah malam, bahkan pagi pagi pun aku sudah lepak laut. Mungkin halili sudah jatuh cinta akan laut. Selama ni jual mahal eh? Hahaha. Wahai laut, mari berkawan. Nak tak nak tak nak tak?
si interframe

pegang bahu kawan, pastu jalan macam anak itik. itik apakah rupa cemni?


bapak siyes muka nawi. kekekeekekek. *laugh hardly

fefeling buat music video mungkin
dating dgn chuna


Aku bangun pepagi sebab dalam tentatif program ada mengatakan bahwa pada jam 8 pagi ada senamrobik. Aku bangun dengan gigih nya sampai aku tak mandi pagi, takut lambat. Tapi malangnya, 8:30 pun dak laki belum turun. Ciiiss kau cissss. Sempat aku round keliling pantai tu sampai kejang kaki tunggu dorg. Last last tak jadi. EH, nasib korg kawan aku tau.

Semua dah risau bila hari dah mendung, bila time nak bertolak ke bandar hilir tu. Acane nak pegi zoo? Rosakla tentatif program kalau hari hujan.

Bertolak ke bandar hilir dalam pukul 11pagi. Kata nak bertolak 10:30, tapi kau tau la kan. Janji melayu sering wujud tanpa kita sedar kenkadang. Gosok tudung, gosok baju, gosok kemeja. Gosok jangan tak gosok. Orang kata keterampilan harus dijaga sesopan sopannya, so kami tengah mengamalkan cara paling cute dah ni.

Tiba di bandar hilir dalam pukul 12:15 cemtu. Nasib hujan dah reda, kalau tak aku yang tak redha. Mungkin kalau hujan masih belum reda ia akan menukarkan title daripada 'percutian yang menggembirakan' kepada 'percutian yang tragis'. Tak nak aku jejalan baju kuyup. Hujan kan rahmat la lili. Hahaha. Tak reti nak bersyukur kan kau?

Cikgu kata kat bandar hilir, 40minit aje. Magoooddddddd. Rushing toksah kata ah. Tapi memang malu gila bila pakcik bas tu pi tintontinton dekat aku, sebab lambat. Pakcik, saya lambat 5minit je tau. Lekkk ahhhh.





Destinasi terakhir yang dituju adalah Zoo Melaka! Ya, zoo~ Eh dah 14 tahun kan? Kesah pula saya. Ada orang bawak atuk tau pegi sini. Chill je atuk tu siap makan aiskrim lagi tau. Saya masih muda ok? Kecoh ah kau bro. Kitaorg semua rushing rushing semata nak pegi tengok persembahan kat zoo, pastu tettiba ada notice besar; Persembahan di batalkan hari ini. Harap maklum.  Cukup besar, dan sudah cukup buat aku bengang. Perghhhhhhhhhhh. Time ni la nak guna kata kata 'tak ada rezeki aku'. Tak apa. Sabar.







Nothing interesting here (mungkin sebab dah bengang sangat) Aiskrim je yang cun kat sini, itu pun mahal cekik. Tapi, sumpah nampak lawak gila. Dah la jalan tu berkelompok satu kelas. Gerak sesama. Buat muka jakun nampak haiwan pelik pun sesama (padahal nampak singa tengah tidur je pun). Buat posing comel comel pun sesama. Dengan skirt labuh nya, seluar slack nya, jeans ketatnya, kasut sneakers mahal nya, cap lessang nya, cap iron man nya, cermin mata legam nya, kemeja tebalnya.
One Direction versi atas batu dekat zoo

Memang nampak GAAAH pelajar 2KAA ni pegi zoo. Zoo je tau. Biar panas asal bergaya. Ceh.


Lepas tu dah balik dah. Alalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak balik dah. I NEVER WANT TO SAY GOODBYE, COZ I NEVER WANT TO SEE YOU CRY. Ceh siap ada lagu latar tu yang paling tak boleh belah. Dalam perjalanan balik tu, cikgu suruh buat pandangan tentang trip kelas ni. Sepuluh orang terpilih sahaja yang dipilih untuk bercerita mengenai trip ni. Pastu kalau tk cukup sepuluh, cikgu tkkan bagi berhenti kat R&R. Sapa yang nak release hajat tu, memang ko kena tunggu sampai kau balik rumah. Hahaha.

Yang aku dengar 'trip class ni best tau best'.  Memang nampak tak bercambah idea langsung! Ceh cakap macam aku volunteer nak bangun je kan. Maaf la rakan sekalian. Saya terlampau penat buat acara larian kat zoo. Mesti korg kempunan nak dengar suara aku. Kankan? (Bajet betul minah over ni) Disebabkan aku tak bangun masa kat dalam bas tu meh dengar ucapan tanpa suara aku.

Bagi aku trip ke melaka ni memang daebak, seronok, awesome dan gempak! Seronok sangat sebab aku ditemani kawan kawan aku yang memang kecoh, kepoh, overact, hyperact ni. Kalau aku pegi ke pengkalan balak ni tanpa manusia manusia over macam korg, aku tak yakin trip kali ni menjadi perkara bermakna dalam hidup aku. Mungkin tak akan. Trip ni juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara rakan sekelas. Mungkin yang selama ni kau pandang sebelah mata, sekrg dah pandang dua belah mata. Yang selama ni tak pernah bertegur, boleh jadi becok mulut bila berjumpa.

Dan cadangan saya, agar trip kelas ni diadakan 2 kali setahun agar pelajar 2KAA mulutnya semakin hari semakin bechok. Hahahaa lollllllllll.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu, cikgu yang terlibat terutama nya cikgu MZ kesanyangan. Bukan mudah nak arrange benda ni. Kejap nak pegi kejap tk nak. Mesti cikgu rasa nak lempang kitaorg laju laju tapi tak jadi sebab kitorg ni comel comel sokmo. Cikgu memang paling daebak! Tidak lupa juga kepada ahli koperasi yang bertungkus lumus menjayakan trip 2KAA. Kami ni goyang kaki sahaja.

Sampai sini sahaja entry edisi trip ke melaka. Hahhaa mungkin lepas ni dah tk kerap buat entri sebab busy memikirkan pt3. Yeahhh, mungkin busy kene marah dgn cikgu sebab resutl teruk. So, bye! And goodluck!

Terima kasih. Terima kasih kerana sudi membaca entry sya yang tk hebat ni.Terima kasih!
Assalamualaikum. Salam sayang tambah muah muah
.

THE END.


No comments:

Post a Comment