Thursday 12 June 2014

#KAA Unite: TRIP TO MELAKA part2

Assalamualaikum

Di Tepi Pantai yang Indah~

Ceh dah macam cerita indon ko tau sebab ade sambungan bagai ni. Kalau aku buat satu entri saja untuk trip KAA ni, aku tk yakin yang korg akan baca. Sebab memang panjang! Saya sebagai manusia yang tidak gemar membuang masa, mmg tidak suka membuang masa. So, lets get it start guys!

Malam, dalam tentatif program kitaorg buat bbq. Memang aku cakap awal awal yang gambar tk banyak sebab semua busy makan sebab  semua lapar yang tak mungkin dapat dibendung sesiapa saja. Lapar hang tau? Sampai aku gigit hujung bantal sambil tonton 'kerana terpaksa aku relakan' . Aku fikir dah rabak dah bantal tu aku kerjakan.



Malam tu, malam paling bahagia bagi aku. Makan makan dan terus makan. Semua bbq, so ia menyihatkan dan saya gembira. Semua dah siap dibakar oleh ahli koperasi. Aku fikir bakar bakar tu kitaorg yang buat tapi rupa rupaya cikgu dgn ahli koperasi yang buat. Semua sudah terhidang. Kami tinggal makan makan makan dan terus makan. Aku rasa diri ni memang tak ada guna tau sebab tak tolong buat air ke masak nasi ke masak cekodok ke. Haih. Goyang kaki betul!

sebab dah tak ade gambar
Subhanallah memang seronok betul makan panas panas macamtu ditemani angin laut yang aku tak pasti malam laut ada angin ke tak. Fuhhhh. Memang sedap!

Lepas makan makan tu, ada penyampaian sijil. Aku fikir sijil apa la. Rupanya sijil gelaran dalam kelas apa benda entah. Siap ada signature cikgu tu yang paling tak boleh belah. Aku dapat gelaran paling tegas (kuat membebel) wht the heck man? Cisss kau cissssss. Pastu tanya dekat cikgu yang sijil tu berguna tak kalau nak masuk mrsm.

Soalan: Eh kau rasa berguna tak lily?
-- Rasa diri sendiri pula yang tak berguna tanya soalan yang agak tidak berguna cemtu.


muka teruja sangat dah tu

Selepas itu acara penyampaian hadiah. Dan aku gembira sebab aku dapat hadiah jutaan ringgit tajaan koperasi. Sukaneka kanak kanak cemni pun hadiah jutaan ringgit, kau ade? Eh tak ade kan?

Pastu ade cabutan bertuah. Kene cabut kertas something yang akan menyuruh kitaorg sama ada menyanyi, bersajak, berpantun. Sesiapa yang dapat melakukan dengan jayanya, baru dapat hadiah. Aku rasa paling tak bertuah even aku dapat hadiah cabutan bertuah. EH,tak best ko tau kene bahan. Rasa nak baling air laut dekat manusia yang berani bahan aku.

Makan sudah, hadiah sudah, sijil sudah, cabutan bertuah sudah, memekak tepi pantai pun sudah. So, decide nak masuk tidur, ajak kengkawan perempuan lain. Rasa dah nak patah tulang aku ni. Tapi, tak sampai 10 minit pintu diketuk. EH, kalau dengan lemah lembut tak apa tau. Aku fikir ada gorillah datang menerjah bilik kitaorg. Rasa dah nak rabak dah pintu tu. Apa kau pikir pintu tu beg tinju? Kelam kabut aku, hana and farah cari tudung. Tuptup keluar suruh makan, makanan banyak lagi katanya. Hahaha tahniah kerana berjaya mengaanggap pintu kayu tu beg tinju semata mata nak panggil kitaorg makan. Terharu betul tau aku.

Dah ketuk pintu sampai nak roboh tu tak kan lah tak keluar kan. Terpaksa la keluar sebab semua dah tak ada dekat bilik. Tapi memang aku dah tak rela nak makan lagi. Time ni la kata nak serahkan semua pada pakar. Sia-sia jer tau aku kene lari keliling pantai sepuluh kali sbb nk release lemak.

Sebab nak elak dari makan makanan yang nampak ummmphhhh tu, aku ajak la semua classmate lepak pantai. Memang best sebab ini first time lepak laut memalam macamni. Memang selama ini tak berapa nak interested sangat dengan pantai. Tetapi sekrg jadi minah jakun bila nampak laut.

 Lihat bintang yang bercahaya membentuk buruj, lihat bulan yang bercahaya terlalu indah, lihat laut yang seperti tiada penghujung nya. SubhanaAllah, cantik ciptaan-Nya. Tak payah kau pergi jejauh ke negara orang. Negeri kau sendiri pun, dah membolehkan kau dapat bermuhasabah diri. Bagus melayan perasaan di sini. Lagi indah kalau ditemani sahabat sahabat korg tau. Hahahaha lol.

dah cukup meaningful dah

Memula irfan nak buat konsert, kitaorg pun layan ajela. Lagi pun dah lama aku tak dengar suara irfan karok kat wechat. Yang paling boleh buat kau gelak guling guling, ada backup dancer kat situ. Wah, mungkin kalah taylor swift yang baru buat konsert. Daripada kau bayar RM700, better kau pegi konsert tepi pantai yang free free je ni. Komfem, puas hati.

Perempuan jadi penonton setia.

Apahal semua gambar laki? HAHAHAA, mungkin perempuan semua tengah bust melantak.

Pastu bila dah penat, kitaorg buat bulatan besar beramai ramai dan beralih kepada sesi meluah rasa terbuku di hari. Tak masuk dalam tentatif program ni. Apa yang tak puas hati meehhh cakap. Alhamdulillah nama aku tak naik. Wuih kelegaan apakah ini. Hahahaha. Tapi aku rasa kan macam lagi banyak gossip mak jemah kat sini.

Pastu tak sedar jam dah menunjukkan pukul 12tengah malam baru masuk tidur (eh tapi rasanya dah dua-tiga kali cikgu suruh naik tidur) Lol degil ya lili? Nasib chalet kat sebelah tu masih meriah, kalau tak memang remang ah bulu roma gwa. Masih terfikir kenapa mengapa aku layan dorg borak sampai 12tengah malam. Ia 12tengah malam , di tepi pantai. japjapjap

--di tepi pantai yang indah~
((mungkin dengan menyanyi lagu ni dapat mengurangkan kegerunan anda semua)) ngehngehngeh.


TO BE CONTINUED

No comments:

Post a Comment