Saturday 28 June 2014

Allahumma Ballighna Ramadhan

Assalamualaikum

allahumma ballighna ramadhan

Hye, hari ni merupakan hari first kita berpuasa. Alhamdulillah kita masih bernafas pada satu ramadhan. Alhamdulillah kita dapat rasa berpuasa pada satu ramadhan. Esok? Kita tak tahu lagi. Bila dimana ke mana. Semua rahsia Tuhan. Cuma kita perlu ucap Alhamdulillah untuk harini, esok, lusa dan insyaAllah masa akan datang.

Ku mengharapkan RamadhanKali ini penuh maknaAgar dapat kulaluiDengan sempurna

Selangkah demi selangkahSetahun sudah pun berlaluMasa yang pantas berlaluHingga tak terasa ku beradaDi bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalanSebagaimana yang diperintahNyaMoga dapat ku lenturkanNafsu yang selalu membelenggu diriTiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu sajaTuhan pimpinlah daku yang lemahMengharungi segalanya dengan sabarKita memohon pada Tuhan diberikan kekuatanKu merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...Dengan rahmatMu oh Tuhanku...Ku tempuh jua




Aku cuma berharap puasa tahun ini bakal terkesan dalam hati aku. Bakal bermakna dalam diri aku. Kita tak mungkin tahu masa akan datang. Anggap puasa kali ini, puasa terakhir dalam hidup korang. Mungkin kau akan menghargai sebaik baiknya. Moga kita dapat lenturkan nafsu yang sering membelenggu diri. Siapa yang tak pernah, jarang buat solat sunat khas pada bulan ramadhan ini, buatlah. Tak susah kawan kawan! Mari kita beramai ramai mengimarahkan masjid pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
-- Setahun hanya sekali. Tahun depan tak tahu lagi.  --

Aku berharap puasa kali ini dapat dilaksanakan sebaik baiknya.  Dapat laksanakan solat sunat terawih sepanjang bulan Ramadhan ini. Harapan tinggi nak capai langit. Hahaaha. InsyaAllah. Moga Allah mempermudahkan. Ameen.

Shopping ye lily? 
Assalamualaikum. Selamat menyambut ibadah puasa!




Friday 13 June 2014

#KAA Unite : TRIP TO MELAKA part3

Assalamualaikum



"I never want to say goodbye, cause i never want to see you cry.."


Ceh tajuk kalau boleh buat tak logik lagi eh lili. Maaf, tajuk di atas terhasil disebabkan oleh masalah mentalisme yang mungkin berlaku akibat tiga hari berturut turut buat entry, dalam masa satu jam. Ye, satu jam. Aku tak tahu la bagi korang satu jam tu lama ke tidak. Yang penting aku nak habiskan entry bersiri kali dengan pantas! So, lets get start it.


Keesokan paginya


Lepas solat subuh, aku , farah dengan hana terus lepak pantai.Ye, pantai. Eh kenapa asyik pergi pantai aje? Ko rasa macam wujud ke shopping mall kat tengah tengah kampung ni? Pandang kiri laut, pandang kanan laut, pandang depan pun laut. Cuma kalau kau pandang belakang aje kau tak nampak laut. Sebab apa? Sebab memang nampak macam kau tak pernah belajar sains kalau kau tanya aku soalan macamtu.
((Maaf.))

Tengahari, petang, malam, tengah malam, bahkan pagi pagi pun aku sudah lepak laut. Mungkin halili sudah jatuh cinta akan laut. Selama ni jual mahal eh? Hahaha. Wahai laut, mari berkawan. Nak tak nak tak nak tak?
si interframe

pegang bahu kawan, pastu jalan macam anak itik. itik apakah rupa cemni?


bapak siyes muka nawi. kekekeekekek. *laugh hardly

fefeling buat music video mungkin
dating dgn chuna


Aku bangun pepagi sebab dalam tentatif program ada mengatakan bahwa pada jam 8 pagi ada senamrobik. Aku bangun dengan gigih nya sampai aku tak mandi pagi, takut lambat. Tapi malangnya, 8:30 pun dak laki belum turun. Ciiiss kau cissss. Sempat aku round keliling pantai tu sampai kejang kaki tunggu dorg. Last last tak jadi. EH, nasib korg kawan aku tau.

Semua dah risau bila hari dah mendung, bila time nak bertolak ke bandar hilir tu. Acane nak pegi zoo? Rosakla tentatif program kalau hari hujan.

Bertolak ke bandar hilir dalam pukul 11pagi. Kata nak bertolak 10:30, tapi kau tau la kan. Janji melayu sering wujud tanpa kita sedar kenkadang. Gosok tudung, gosok baju, gosok kemeja. Gosok jangan tak gosok. Orang kata keterampilan harus dijaga sesopan sopannya, so kami tengah mengamalkan cara paling cute dah ni.

Tiba di bandar hilir dalam pukul 12:15 cemtu. Nasib hujan dah reda, kalau tak aku yang tak redha. Mungkin kalau hujan masih belum reda ia akan menukarkan title daripada 'percutian yang menggembirakan' kepada 'percutian yang tragis'. Tak nak aku jejalan baju kuyup. Hujan kan rahmat la lili. Hahaha. Tak reti nak bersyukur kan kau?

Cikgu kata kat bandar hilir, 40minit aje. Magoooddddddd. Rushing toksah kata ah. Tapi memang malu gila bila pakcik bas tu pi tintontinton dekat aku, sebab lambat. Pakcik, saya lambat 5minit je tau. Lekkk ahhhh.





Destinasi terakhir yang dituju adalah Zoo Melaka! Ya, zoo~ Eh dah 14 tahun kan? Kesah pula saya. Ada orang bawak atuk tau pegi sini. Chill je atuk tu siap makan aiskrim lagi tau. Saya masih muda ok? Kecoh ah kau bro. Kitaorg semua rushing rushing semata nak pegi tengok persembahan kat zoo, pastu tettiba ada notice besar; Persembahan di batalkan hari ini. Harap maklum.  Cukup besar, dan sudah cukup buat aku bengang. Perghhhhhhhhhhh. Time ni la nak guna kata kata 'tak ada rezeki aku'. Tak apa. Sabar.







Nothing interesting here (mungkin sebab dah bengang sangat) Aiskrim je yang cun kat sini, itu pun mahal cekik. Tapi, sumpah nampak lawak gila. Dah la jalan tu berkelompok satu kelas. Gerak sesama. Buat muka jakun nampak haiwan pelik pun sesama (padahal nampak singa tengah tidur je pun). Buat posing comel comel pun sesama. Dengan skirt labuh nya, seluar slack nya, jeans ketatnya, kasut sneakers mahal nya, cap lessang nya, cap iron man nya, cermin mata legam nya, kemeja tebalnya.
One Direction versi atas batu dekat zoo

Memang nampak GAAAH pelajar 2KAA ni pegi zoo. Zoo je tau. Biar panas asal bergaya. Ceh.


Lepas tu dah balik dah. Alalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak balik dah. I NEVER WANT TO SAY GOODBYE, COZ I NEVER WANT TO SEE YOU CRY. Ceh siap ada lagu latar tu yang paling tak boleh belah. Dalam perjalanan balik tu, cikgu suruh buat pandangan tentang trip kelas ni. Sepuluh orang terpilih sahaja yang dipilih untuk bercerita mengenai trip ni. Pastu kalau tk cukup sepuluh, cikgu tkkan bagi berhenti kat R&R. Sapa yang nak release hajat tu, memang ko kena tunggu sampai kau balik rumah. Hahaha.

Yang aku dengar 'trip class ni best tau best'.  Memang nampak tak bercambah idea langsung! Ceh cakap macam aku volunteer nak bangun je kan. Maaf la rakan sekalian. Saya terlampau penat buat acara larian kat zoo. Mesti korg kempunan nak dengar suara aku. Kankan? (Bajet betul minah over ni) Disebabkan aku tak bangun masa kat dalam bas tu meh dengar ucapan tanpa suara aku.

Bagi aku trip ke melaka ni memang daebak, seronok, awesome dan gempak! Seronok sangat sebab aku ditemani kawan kawan aku yang memang kecoh, kepoh, overact, hyperact ni. Kalau aku pegi ke pengkalan balak ni tanpa manusia manusia over macam korg, aku tak yakin trip kali ni menjadi perkara bermakna dalam hidup aku. Mungkin tak akan. Trip ni juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara rakan sekelas. Mungkin yang selama ni kau pandang sebelah mata, sekrg dah pandang dua belah mata. Yang selama ni tak pernah bertegur, boleh jadi becok mulut bila berjumpa.

Dan cadangan saya, agar trip kelas ni diadakan 2 kali setahun agar pelajar 2KAA mulutnya semakin hari semakin bechok. Hahahaa lollllllllll.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu, cikgu yang terlibat terutama nya cikgu MZ kesanyangan. Bukan mudah nak arrange benda ni. Kejap nak pegi kejap tk nak. Mesti cikgu rasa nak lempang kitaorg laju laju tapi tak jadi sebab kitorg ni comel comel sokmo. Cikgu memang paling daebak! Tidak lupa juga kepada ahli koperasi yang bertungkus lumus menjayakan trip 2KAA. Kami ni goyang kaki sahaja.

Sampai sini sahaja entry edisi trip ke melaka. Hahhaa mungkin lepas ni dah tk kerap buat entri sebab busy memikirkan pt3. Yeahhh, mungkin busy kene marah dgn cikgu sebab resutl teruk. So, bye! And goodluck!

Terima kasih. Terima kasih kerana sudi membaca entry sya yang tk hebat ni.Terima kasih!
Assalamualaikum. Salam sayang tambah muah muah
.

THE END.


Thursday 12 June 2014

#KAA Unite: TRIP TO MELAKA part2

Assalamualaikum

Di Tepi Pantai yang Indah~

Ceh dah macam cerita indon ko tau sebab ade sambungan bagai ni. Kalau aku buat satu entri saja untuk trip KAA ni, aku tk yakin yang korg akan baca. Sebab memang panjang! Saya sebagai manusia yang tidak gemar membuang masa, mmg tidak suka membuang masa. So, lets get it start guys!

Malam, dalam tentatif program kitaorg buat bbq. Memang aku cakap awal awal yang gambar tk banyak sebab semua busy makan sebab  semua lapar yang tak mungkin dapat dibendung sesiapa saja. Lapar hang tau? Sampai aku gigit hujung bantal sambil tonton 'kerana terpaksa aku relakan' . Aku fikir dah rabak dah bantal tu aku kerjakan.



Malam tu, malam paling bahagia bagi aku. Makan makan dan terus makan. Semua bbq, so ia menyihatkan dan saya gembira. Semua dah siap dibakar oleh ahli koperasi. Aku fikir bakar bakar tu kitaorg yang buat tapi rupa rupaya cikgu dgn ahli koperasi yang buat. Semua sudah terhidang. Kami tinggal makan makan makan dan terus makan. Aku rasa diri ni memang tak ada guna tau sebab tak tolong buat air ke masak nasi ke masak cekodok ke. Haih. Goyang kaki betul!

sebab dah tak ade gambar
Subhanallah memang seronok betul makan panas panas macamtu ditemani angin laut yang aku tak pasti malam laut ada angin ke tak. Fuhhhh. Memang sedap!

Lepas makan makan tu, ada penyampaian sijil. Aku fikir sijil apa la. Rupanya sijil gelaran dalam kelas apa benda entah. Siap ada signature cikgu tu yang paling tak boleh belah. Aku dapat gelaran paling tegas (kuat membebel) wht the heck man? Cisss kau cissssss. Pastu tanya dekat cikgu yang sijil tu berguna tak kalau nak masuk mrsm.

Soalan: Eh kau rasa berguna tak lily?
-- Rasa diri sendiri pula yang tak berguna tanya soalan yang agak tidak berguna cemtu.


muka teruja sangat dah tu

Selepas itu acara penyampaian hadiah. Dan aku gembira sebab aku dapat hadiah jutaan ringgit tajaan koperasi. Sukaneka kanak kanak cemni pun hadiah jutaan ringgit, kau ade? Eh tak ade kan?

Pastu ade cabutan bertuah. Kene cabut kertas something yang akan menyuruh kitaorg sama ada menyanyi, bersajak, berpantun. Sesiapa yang dapat melakukan dengan jayanya, baru dapat hadiah. Aku rasa paling tak bertuah even aku dapat hadiah cabutan bertuah. EH,tak best ko tau kene bahan. Rasa nak baling air laut dekat manusia yang berani bahan aku.

Makan sudah, hadiah sudah, sijil sudah, cabutan bertuah sudah, memekak tepi pantai pun sudah. So, decide nak masuk tidur, ajak kengkawan perempuan lain. Rasa dah nak patah tulang aku ni. Tapi, tak sampai 10 minit pintu diketuk. EH, kalau dengan lemah lembut tak apa tau. Aku fikir ada gorillah datang menerjah bilik kitaorg. Rasa dah nak rabak dah pintu tu. Apa kau pikir pintu tu beg tinju? Kelam kabut aku, hana and farah cari tudung. Tuptup keluar suruh makan, makanan banyak lagi katanya. Hahaha tahniah kerana berjaya mengaanggap pintu kayu tu beg tinju semata mata nak panggil kitaorg makan. Terharu betul tau aku.

Dah ketuk pintu sampai nak roboh tu tak kan lah tak keluar kan. Terpaksa la keluar sebab semua dah tak ada dekat bilik. Tapi memang aku dah tak rela nak makan lagi. Time ni la kata nak serahkan semua pada pakar. Sia-sia jer tau aku kene lari keliling pantai sepuluh kali sbb nk release lemak.

Sebab nak elak dari makan makanan yang nampak ummmphhhh tu, aku ajak la semua classmate lepak pantai. Memang best sebab ini first time lepak laut memalam macamni. Memang selama ini tak berapa nak interested sangat dengan pantai. Tetapi sekrg jadi minah jakun bila nampak laut.

 Lihat bintang yang bercahaya membentuk buruj, lihat bulan yang bercahaya terlalu indah, lihat laut yang seperti tiada penghujung nya. SubhanaAllah, cantik ciptaan-Nya. Tak payah kau pergi jejauh ke negara orang. Negeri kau sendiri pun, dah membolehkan kau dapat bermuhasabah diri. Bagus melayan perasaan di sini. Lagi indah kalau ditemani sahabat sahabat korg tau. Hahahaha lol.

dah cukup meaningful dah

Memula irfan nak buat konsert, kitaorg pun layan ajela. Lagi pun dah lama aku tak dengar suara irfan karok kat wechat. Yang paling boleh buat kau gelak guling guling, ada backup dancer kat situ. Wah, mungkin kalah taylor swift yang baru buat konsert. Daripada kau bayar RM700, better kau pegi konsert tepi pantai yang free free je ni. Komfem, puas hati.

Perempuan jadi penonton setia.

Apahal semua gambar laki? HAHAHAA, mungkin perempuan semua tengah bust melantak.

Pastu bila dah penat, kitaorg buat bulatan besar beramai ramai dan beralih kepada sesi meluah rasa terbuku di hari. Tak masuk dalam tentatif program ni. Apa yang tak puas hati meehhh cakap. Alhamdulillah nama aku tak naik. Wuih kelegaan apakah ini. Hahahaha. Tapi aku rasa kan macam lagi banyak gossip mak jemah kat sini.

Pastu tak sedar jam dah menunjukkan pukul 12tengah malam baru masuk tidur (eh tapi rasanya dah dua-tiga kali cikgu suruh naik tidur) Lol degil ya lili? Nasib chalet kat sebelah tu masih meriah, kalau tak memang remang ah bulu roma gwa. Masih terfikir kenapa mengapa aku layan dorg borak sampai 12tengah malam. Ia 12tengah malam , di tepi pantai. japjapjap

--di tepi pantai yang indah~
((mungkin dengan menyanyi lagu ni dapat mengurangkan kegerunan anda semua)) ngehngehngeh.


TO BE CONTINUED

Wednesday 11 June 2014

#KAA Unite: TRIP TO MELAKA part1

Assalamualaikum.

A Holiday to Remember

Sebenarnya memang dah rancang lama dah nak buat trip class. Since tahun lepas. Tahun lepas. Hahaha. Perancangan bukan mudah, semua benda nak kene susun dengan betul dan rapi. Eh baru 13 tahun kan?  Baru 13thn nak arrange memacam. Bak kata orang asli 'memeiii ar...'.  Anda terlalu muda untuk itu. CEHCEH.

Pastu dah masuk tahun 2014 dah fedup. Suruh cikgu M.Z kesanyangan arrange kan untuk kitaorg. Eh best betul pass pass kat orang ni. Cikgu pun merelakan jiwanya untuk arrange kan trip yang gojes untuk kitaorg. Nak kata memang masuk-keluar masuk-keluar ah bila cikgu ajar bm. Sebab apa? Hahaha. Nak kata belajar bm macam terpesong pasal trip, nak kata citer pasal trip macam terpesong belajar bm. Cikgu aku ni memang sporting habis!

  "Tak apa murid-murid , itu belajar juga. Belajar menguruskan trip dan ia jua masuk dalam p&p."  
- - Tak apa kawan, mari kita berdoa supaya BM kita A. Amin~

((Ampun cikgu, beribu ampun))

Kitaorang  Cikgu dan Ajk memang berhempas pulas nak persiapkan trip ni sebenarnya. Aku ngan kekawan lain goyang kaki lenggang kangkung. Pergh best gila ko tau? Hahahaa. Aku dah malas nak masuk campur. Biarlah pakar yang menghandle kan nya. Gaah. Ahli ahli koperasi yang join pun berpeluh peluh handle, dan kami goyang kaki jua. EH, terasa syok pula goyang kaki ni. Kan?

Semua setuju trip class hari Isnin dan Selasa iaitu 9/6-10/6 . Tarikh memang strategik, memang dah last last cuti sekolah tu dan memang sekitar hotel tu agak lapang la. Tak ade la nak berhimpit himpit dgn orang lain. Yang menyertai trip class  ini adalah semua pelajar 2KAA, ahli koperasi, kakak izzah dan cikgu. Kakak mesti kene bawak, biar senang nanti dipimpin orang dewasa citer dia.




Pagi pagi pukul 8:30 dah berkumpul dekat depan pondok guard. Kalau trip jejalan ni memang semua sharp, so tiada janji melayu mahupun india yang wujud kat sini. Semua patuh, taat dan ada yang datang awal setengah jam lagi kau. Berkobar kobar.



Destinasi pertama ialah Teluk Kemang. Panas--> hitam --> LEGAM . Legam tu paling dahsyat dah. Chill la semua ni baru permulaan. Memang bahang gaban la kat sana. Mungkin sebab kitaorg kat sana waktu tengahari. Memang terasa menggelegak otak aku. Jangan la ngade nak gi pantai tengahari buta cemni, hangus muka tu karang.








fefeling 1 Direction mungkin
memikirkan tentang future markah math mungkin


Panas sampai dah tk nampak anak mata

Dah toksah nak tengok dah, memang tk ada muka aku kata situ. Dorg gigih selfie, aku gigih berlindung. Tak apa la, kulit aku sudah terlalu hitam untuk itu.



Then, our main destination, Pengkalan Balak. Whoooooooooooooooo. Tak berapa nak excited sanagtla sebab ramai kata Pengkalan Balak tu kotor la tak cantik and blablabla. Tapi bila dah sampai mind set terus berubah 360darjah. Cantik. Alhamdulillah cantik. Im so excited + happy + over act = jakun betul minah ni. Sekitar resort tu pun bersih, cantik, nampak suci je tau. Masuk bilik pun bersih. Aku kalau nak judge suatu tempat tu mmg tengok tandas dulu. Kalau tandas cun, mmg semua cun. Tandas dia bersih. So, overall cantik dan bersih. Semua kemudahan pun lengkap. Recommended. ---> Chalet Permata Pengkalan Balak

Petang tu macam biasa, aktiviti sukaneka. Mestilah ada sukaneka kan baru orang semua gelar family day, kan? Aktiviti sukaneka atau lebih dikenali sebagai aktiviti melegamkan muka. Tepuk tangan kuat kuat pastu cakap 'saya suka, saya suka'. Pasir tu pun aku rasa macam seratusperatus cahaya matahari diserap oleh pasir dan aku sebagai pemijak nya merasakan haba yang sungguh menggelegakkan kaki aku. Kaki pun menggelegak eh? Mungkin ia istilah baru. Fuhhhhhhh. Tahniah bagi sapa yang dapat memijaknya dengan GAAH sekali. Tapi macam tak, sebab semua kengkang kengkang tahan panas kat pasir tu. Even, jalan dah kengkang kengkang tahan panas, semua buat sungguh sungguh sukaneka tu. Muka mmg berserah habis. Haha korg mmg sporting!








korg buat apa



ajk sukaneka yg perlu dihormati

muka bingung mungkin

pahal?
Dating eh mira?

alala comelnya mira
Oky, maaf tak ada gambar time sukaneka kat sini. 




And yaaaa, belum habis sukaneka dah tak tahan nak 'ciblon'. Oky, buka kamus. Peduli apa. Mandi aje. Laut seperti sudah melambai lambai gaya paling ayu ke arah kami untuk mandi. Ceh ayat.

Campak orang pastu cabut. Aku tak tahu ni idea sape. Tapi kalau aku la yang campak orang tu, aku bawa lari jauh sikit pastu campak laju laju. Kena aku mmg nyampah ngan budak tu. Ummmphhh memang baling kasi merah satu badan. Pastu kalau tak puas lagi celup kepala dua tiga minit. Mungkin baru aku puas.


Apa benda jadi lepas tu? Meh tunggu #KAA Unite: Trip to melaka part2. Wait for it guys!


Assalamualaikum.



TO BE CONTINUED