Saturday 20 July 2019

REVIEW JUJUR :HOTEL CASA LOMA TANAH RATA, CAMERON HIGHLAND , HOTEL TERBAIK+ BEST + HIPSTER


Assalamualaikum geng. Sebab haritu aku ada buat entri apa yang terjadi, di mana ke mana aku lepak kat CH haritu, aku nak cerita jugak detail supaya korang tak tergapai gapai okay? Korang terima jela niat baik aku untuk memudahkan korang. Tapi sebelum tu korang kena check dulu entry induk nya, sebab kalau takde induk, manakan dapat buahnya.eh. 



Sebab dalam entry haritu : Bercuti Cameron Highland 2019 aku ada mention aku stay kat hotel yang bernama Casa Loma ni aku rasa berkobar koba nak cerita kenapa, mengapa aku sanggup cerita like srsly geng detail gileeee kat korang. Aku jarang la nak cerita benda buruk orang ni tau. So  kalau aku cerita detail amik semua gambar daripada lap kaki, langsir, kerusi sampai ke tempat charge phone tu maknanya memang terrrlalu bagus untuk korang!

Aku akan bagi sebab kenapa korang kena stay kat sini jadi nanti kat hati korang tu boleh la sikit sikit terbit kepercayaan kat aku. Yela aku ni jujur orangnya. Okalahk jom kita start.

  1.  TERLETAK DI TANAH RATA
Aww bahasa baku. Geng, kalau cikgu bm aku ter-baca blog aku, mesti aku dapat banggakan mereka. Back to the topic, hotel ini memang tempat spot gile. Fun fact, aku kalau stay CH tak pernah cari hotel dekat tanah rata, sebab selalu pilih brinchang. Sebab brinchang kan banyak farm, pastu orang kata, lagi sejuk sebab di kena naik atas lagi. Tapi aku pergi haritu, tanah rata lagi sejuk! Aku kenot brain, mungkin reseptor sejuk aku dah rosak bila tekanan tinggi.

 Ni srs first time dan saya amat berpuasss hati. Kalau nak cari bank ke kedai kedai besar ke korang biasa akan turun tanah rata tau, tapi kalau korang stay kat tanah rata, korang takpayah serabut nak turun turun sebab memang kat situ! ala lagipun takdelah jauh sangat dari brincang.

Dah la nak cari makan senang, dengan kedatangan drugstore macam watson guardian kat situ, memang okay geng takde hal kalau terlupa bawak cleanser time holiday! beli je habiskan duit anda. DIY pun ada gengs







nampak macam sedeh dari luar, tapi bila dah masuk terus jakun

Paling best, walaupun dia kat tanah rata, tapi  location still tersorok. Bila tersorok, korang takde la fefeling stress sebab acah acah duduk kat kota metropolitan, KL gitue. Walaupun bandar, korang masih hidup dalam keadaan aman dan tenteram.



Time korang menggagau nak cari location hotel (as i said bfr, hotel ni tersorok) korang kena lalu banyak apartment yang view dia subhanallah! Pagi pagi aku keluar berjalan kaki menikmati keindahan Allah bagi. cantik srs cantik.

Here's me, in jakun ver
Ambil gambar semua lawa lawa geng




2. Privasi

Kalau tak silap aku, hotel ni provide 9 bilik sahaja. Kalau hotel yang besar tu kan fuh banyak gilee bilik dia provide. Ada yang main gendang kat bawah, ada yang berteriak macam orang gile, adaa yang main cak cak la buat korang rasa macam bukan pergi bercuti tapi pergi mendengar cerekarama orang!

Korang boleh la fefeling buat rumah sendiri kan kalau guest tak ramai sangat cani. Pekerja pekerja dia pun duduk area situ jugak, so senang kalau ada pape terus je dia datang bawa bantuan yang korang perlukan gituew.



3. Landscape lawa



Sebab ramai yang mengatakan hal inilah yang menjadikan aku zass terus book hotel ini tanpa berlengah. Sepertinya saya tidak ditipu dengan kata kata manis manusia alhamdulillah. Okay aku taknak membebel banyak, jadi mari lihat sendiri.


Banyak gile kerusi dia letak kat luar ni tau. Kalau nak melepak kat luar takdelah nak bergaduh dengan guest lain. Ye dak.



Reception dia pun dah lawa tak tau la kita nak cakap apa lagi. Rasa nak nangis.





Sesuai untuk korang yang memikirkan atau menjaga feed ig korang. Setiap sudut hotel ni lawa okeis.

 Eh awak jangan nak membesar cepat sangat, nanti kalau i nak repeat lagi pergi sini tak kenal kang susah.


Time ni dah senja senja gitue. 


Aku share la sikit ootd aku di hari itu. Ye saya rembat kemeja abang saya sebab kesian dia tak dapat ikut. Bawak baju dia pun okay dah.



Night view




4. Bilik five stars

Aku punya bilik, triple room with balcony (if im not mistaken) Jom kita tengok.



Satu double bed, satu single. Yang single tu sudah semestinya untuk saya okeis. 


tv dia dabak besar weh. certain chanel astro je ada tau. tapi okayla korang bukan nak tengok tv datang CH, tapi nak tengok strawberry kan.




Tandas dia pun jadi hipster bila ambil gambar. Haih.

your future is here ehek jkjk

Cangkung tau anak anak

 Walaupun korang kalau pergi CH tak berapa nak mandi sangat, tapi kena juga la wujud shower kat sini. ye takde bathtub, kalau nak bathtub pegi bawa sendiri besen dari rumah. Anyway, semart rox geng dapat mandi menghadap pohon pohon kayu. Kat rumah korang kebun je kan.


Hutan hutan pun ada langsir hipster

 The Balcony



Oh ye  belakang hotel ni, dikelilingi pohon pohon tinggi sebab aku rasa dia nak cover jalan utama kat belakang, which i think so nice sebab privasi terjaga.. Depan tadi dah hipster, belakang masuk hutan balik.



Meja tu fx mungkin buat korang sapu sandwich ke, letak barang ke






Kitaorang decide nak solat kat sini sebab nak fefeling nature. Subhanallah rasa tenang gile srs.


5. Price
Aku book dekat booking.com haritu. Dapat harga tak sampai RM200 pun! Ye tapi saya pergi masa weekdays. Aku search dekat booking.com untuk weekend, harga dia boleh menncapai RM400! Goodluck geng. Tapi aku rasa kalau bayar mahal pun takpe yang penting selesa.







*EXTRA*











Banyak gile plague! Dia memang taknak bagi korang berebut sewaktu holiday, untuk mengecas phone, camera, mp3 korang semua. They also provide free wifi! laju pulak. woho takyah pakai data! woho woho. Tapi kan haritu kan kan dia matikan wifi pukul 11. Aku zzzzzz baru nak layan drama.








Okay thats all for this entry. Aku harap informasi yang aku dah share ni dapat bantu korang dapatkan percutian terbaik. Happy holiday gais. Assalamualaikum.



UPDATE FEB 2020

AKU REPEAT HOTEL SAMA. lel.



Trip CH kali ni angkut abang aku. Dan cari hotel sama jugak sebab teringat ingat best dia haha.




Aku dapat bilik bawah kali ni. Siap ada ruang tamu lagi tau. Puas hati puas hati. Aku syak owner dia kenal aku kot, tu la bagi bilik bawah. Phew susah jadi femes. Tapi tapi aku still suka bilik sebelum ni sebab balcony dia terbaik lawa walaupun kecil daripada bilik ni.



Aku still nak puji tempat ni best walaupun sudah hampir setahun tak pergi sini. Apa pendapat korang kat hotel ni? Best ke?

3 comments:

  1. salam.nk tanya about spec yg awak buat kt sg wang tu..power spec bp n nipis nye tu nipis yg mcm mana ye...

    ReplyDelete