Wednesday 8 May 2019

THE END GAME : TAMHIDI 18/19


WOHOO, tamhidi dah habis geng. Dengan ini saya mengisytiharkan, bahawasanya saya telah menamatkan pengajian saya sebagai pelajar tamhidi. Kalau ada yang tertanya tanya, tamhidi tu apa? Eh macam pernah dengar la. Eh apa eh. Aku bersedia nak gigit korang tau. Aku emo ni. ha. Roger sini kalau masih fikir tamhidi tu apa. Tak elok simpan kalau tak faham, kalau dibiarkan lama lama mungkin terus jadi orang kurang daya fikir atau bahasa mudahnya: goblok. Sebut tu jangan jawa sangat, takmo takmo.

Mempersembahkan, fans halili

Menjadi salah seoarang yang tak pernah membesarkan circle dia merata rata, adalah satu pencapaian yang besar kat aku, dapat involve, berkawan, bersahabat dengan kawan kawan aku kat tamhidi. Dulu circle aku sama je, dari sekolah rendah sampai menengah semua orang sama. Masuk sini, circle aku berubah 360. Aku masuk tamhidi sehelai sepinggang tau, takde siapa pun aku kenal, tapi bukan nak riak la kan, aku hidup lagi kot.



First first tu aku memang rilek gile la pergi sesi taaruf sendiri, selit selit je geng sape sape, makan pun kat mana mana sendiri. Orang kata kalau nak cari definisi loner in real life tu memang terselit la kat aku. Tapi percayalah kawan kawan, kawan boleh dicari di mana mana. Cuma kau kena apply la sikit sikit muka tebal kau tu. Ala sikit je, rilek oke.

Tak la nak kata kawan aku ramai sangat, tapi alhamdulillah ada juga aku kenal. Cuma sendu tu still kekal bila member kau nak buat semangat assabiah dia mai gak; amik gambar ex schoolmate dorang. Hek eleh tak muv on langsung, ex tu ex laaa. Faham tak perasaan dia, bila semua cari geng dorang dulu, pastu kau tunggu laa orang nak amik gambar dengan kau. Tapi takde. No one tau. Sendu dia tu memang takleh bawa bincang.






Alahai roomate i pemalu orangnya. Dulu berempat, sekarang bertiga je. Nak wat cane en. Kalau bagi pilihan, mesti la aku selamanya nak dorang jadi roomate aku. Hm tapi pilihan mesti berlandaskan masa depan kan? Thanks Anis & farija jadikan mentaliti orang yang macam aku; tak pernah berkongsi ni, boleh berkongsi dengan orang lain.

 Keep being nice to your future's roomate okai. lebiu. *virtual hugs*





Siapa tanya: pose memang kena sama je ke? Memang aku cubit dia. Suka hati dorang la. Dorang kan fans akuu (trigged people detected) Aku tak suka la nak halang benda yang dorang minat. Penat tau. (more trigged people detected keceng keceng)






Dinner tamhidi berempat. Nak book satu kelas, satu meja tapi hampeh. Semua serbu book meja macam pakai kepak berterbangan zass gitu. Aku pun redha jela, dapat meja asing asing dengan classmate, as long as ada tiga ekor ni aku onz ja.

No makeup, natural look(inc pimples opcoz), makan first, gambar later. Aku punya natural look tu, level nampak sedabak jerawat kat dahi pun takdehal, kita okay, kita tak gelabah. Meriah betul jerawat bila nak ada event ni en. Sebaik geng aku spesies yang tak melawa sangat, makan dulu pape hal. Kalau tak, mau aku insecure sepanjang dinner.



Bacalah kamu, sebelum kamu dibacakan! Eh betul ke tu. lol. Tenkiu Nuha, Aimy, Amelia sebab menjadi sakai yang menceriakan hari aku sepanjang setahun aku bernafas di bumi tamhidi. More years to go with you. eheks.


sukaneka @dataran nilai
 Korang kena detect aku group kaler apa, baru bersorak okay. Jangan salah sorak, silap hari kalau sapot group pink, I halau you daripada blog I! I cekelat okay, cekelat!

with our fav madam, madam safura and aiman hakim!
 Tak tau lah, kalau subjek english je dia selalu mode bergurau infinity. Salah satu contoh; madam safura kata muka ketua kami macam aiman hakim ridza. Aku taktau la, aku kadang serabut, bercelaru. Nak benci aiman hakim ridza sebab muka sama ke nak benci ketua aku sebab madam kata muka dia sama? hm dah habis tamhidi aku masih tertanya tanya.

malam nostalgia, KTS1


Muka muka kat atas ni classmate aku untuk sem 2. Tak berubah sangat pun, ada tambah kurang sikit sikit. Tapi yang keluar ke yang baru masuk ke, semua sekepala je sampai habis. hoho. Sebab ada rombakan kelas untuk sem 2 ni, elok elok aku TTS5, tukar TTS4. Aku oke je tukar nama ni, cuma tula move on dalam kamus hidup aku tu perit sikit. Dah bape kali madam marah aku sebab salah tulis nama kelas. Dah nak habis sem pun aku tersasul salah nama kelas. Japjap bagi aku muhasabah diri; fikir final haritu aku tulis nama kelas apa.


TAMHIDI'S NIGHT

Kepada classmate aku (kalau nak mengaku la) tenks sebab jadi orang orang yang supportive dalam hidup aku. Walaupun hakikatnya mungkin nampak cam wow perangai tak semenggah betul, tapi i swear you guys help me a lot to survive during this whole year. Korang punya lawak bodh, perangai helok yang ditayang hari hari kat kelas, nak menang selalu, gaduh tak habis habis, poyo merata rata, bongok taknak kawal , selalu ceriakan hari aku sampai aku lupa yang aku tengah serabut.

Thanks sebab wujud dan menyusahkan menceriakan hari aku, wahai rakan rakan ku yang tak berguna. Akan ku kenang kebodohan kebodohan yang kita ukir bersama. uhuks. Ada jodoh jumpa lagi, takde jodoh pun nak jumpa lagi jugak tak kira!





Kepada sesiapa yang kenal aku kat tamhidi, i want to say thanks sebab kenal aku. lol. *attention seeker detected* Aku bukan lawa sangat pun, IQ pun level beshe beshe, bersukan pun satu sem, satu kali turun padang. Jadi, nak dikenali seluruh tamhidi tu memang tak masuk akal la pun.

Ampun dipohon kalau ada sesiapa yang terasa dengan sis. Aku pun manusia biasa yang kadang tu tak sengaja buat orang terasa, terkecil hati. Goodluck on your future everyone! kot kot kos sama time degree nanti, jangan buat buat tak kenal eh. Kita kena pupuk semangat assabiah tamhidi! Ayuh tamhidi terus majuu.

Sampai di sini sahaja entry kali ni. Selamat berpuasa kengkawan, semoga menjalani ibadah puasa dalam keadaan sihat. Aku akan buat entry untuk tamhidi, belajar apa, buat apa, macam mana untuk future tamhidian!. Kalau kalau sempat, dan aku tak malas. So doa aku rajin.

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. apa ni halili? dari huruf pertama sampai huruf terakhir aku tergelak sambil rasa nak ketok kepala kauu

    ReplyDelete
  2. Cukup cukup la ketuk tu, aku kena maintain kecerdikan aku yang tak seberapa ni

    ReplyDelete