Saturday 11 May 2019

REALITI : PELAJAR TAMHIDI 18/19 (PENGALAMAN SEBENAR)



Assalamualaikum. Finally, aku dikurniakan kerajinan di bulan puasa yang penuh barokah ini untuk diberikan kekuatan menulis entry yang sudah semestinya panjang ini. Entry kali ni aku nak fokuskan untuk future tamhidian dan juga orang yang nak menambahkan pengetahuan am dia tentang tamhidi.

Jom start cepat. Tapi sebelum mula, korang yang belum baca entry sebelum ni, kena baca dulu sebab entry kali ni adalah sambungan entry yang aku pernah buat masa aku sem1. Jangan derhaka, baca dulu : BEST KE JADI TAMHIDIAN?


Jadual
Biasalah sebelum masuk asasi ke matrik ke kau mesti akan digembar gemburkan dengan jadual yang padat. Aku tak nafi pun benda ni yes girl, jadual kau akan jadi padat. Tapi padat yang korang semua boleh lagi handle. Jadual yang kau alami masa sekolah rendah, menengah lagi lagi time form 4 form 5. Sama je lebih kurang.

Tamhidian start aktiviti pembelajaran paling awal jam 830. Jadual yang paling padat kau akan tempuh biasanya start 830 pagi habis 530 petang. Rehat untuk semua student pukul 130-230(kalau takde sebarang perubahan from lecturer). Rehat ni time kau bernafas dengan elok la kiranya. Nak makan ke nak solat ke nak pegi expo ke (depan fakulti tamhidi biasanya ada expo, so jaga purse korang leklok) .

 Fyi eh, jadual setiap tutorial akan berbeza beza. Tak tiap tiap hari pun jadual korang akan full macamtu. Biasanya akan ada gap sikit sikit. InsyaAllah korang boleh manage sebaiknya.

Waktu study

Macam mana eh study kat sana? Selesa tak? Oke tak? Tak penat ke?

First of all, dengan subjek subjek yang susah dan memerlukan masa yang panjang  untuk faham kan balik apa yang dah belajar time kuliah, korang kena settle kan kerja grouping juga dalam masa yang singkat.

Kat sini, semua benda nak pantas. Otak korang kena bertindak laju ha cantu. Tapi tak bererti korang boleh putus asa. Korang kena manage time korang sebaiknya.

My personal routine
530 am. : Study/siapkan tutorial
800am : gerak pegi kelas
830am: start kuliah
(Biasanya ada certain hari yang ada gap tengah tengah)
1130-1230 (optional) : siapkan tutorial/kerja tergendala
130-230 : makan+ solat
230pm : start kuliah
530pm: class ended
800 pm: start study
930pm :  discussion kerja grouping
1130pm: balik discussion, study sikit sikit
1200 pm : tidur

Jadual tu bukan hari hari tau. Ni yang aku tunjuk bila jadual aku pack je. Discussion bukan hari hari pun. So bila takde discussion korang boleh focus untuk study. Pandai pandai urus masa macam mana. Korang jangan risau sangat pulak kalau tak sempat study bila weekdays. Weekend ada lagi. Aku selalu weekend tu balik rumah, so faham faham la kalau result tu tak perform sangat lol.



Study kat kolej oke je. Macam mana pun ikut rezeki roommate korang gane. Kalau rasa study kat bilik tak best, study la kat library. Hekhek.


Buku teks

Untuk pelajar sains teknologi, biasanya buku teks memang lecturer tamhidi sendiri yang buat. Dan buku tu korang kena beli sendiri of cos. Kalau tak silap aku, aku akan spend around RM300-400 untuk buku sahaja. Buku buku ni daripada buku teks subjek core (inc lab manual) and also subject english, quran sunah, arabic, ict.
Exam



Di samping nak kejar assignment yang banyak + nak fahamkan apa yang lecturer ajar kat kuliah + kena buat tutorial, korang still akan dikejari dengan exam.

Oke aku cerita simple; basically ada tiga exam
1. Normal test 
Semua subjek akan ada test. Lepas belajar sebulan/3 minggu , korang akan menempuh test. Basically test ni untuk korang beware la, untuk study, preparation before exam besar macam midsem/final. Ye semua ni ada carrymark so korang memang tak boleh main main.

Biasanya sebelum start sem, korang akan diberikan course outline. Dalam course outline tu dah maklumkan test test tu akan diadakan bila. So korang kena alert sendiri la. Jangan nak tunggu lecturer ingatkan je tau(like mee)

2. Midsem
Midsem biasanya akan provide study week. Tapi batch aku takde study week untuk midsem sem1. Kau imagine cane perasaan dia? Result pun semua ke laut. Uhuks.

3. Final
Final ni wajib la study week. Banyak kot subjek yang kena cover. Study week ni sangatlah membantu semua.

Biasanya exam untuk midsem 3 hari. Untuk final 4 hari. Bertabahla anak anak.


Belajar apa? (Tamhidi Sains Teknologi)

First of all, aku student sains teknologi. Bukan budak akaun atau law. Sains tek belajar sama je dengan budak dentistry, medic. Jadi jangan risau kalau korang tersesat kuliah ke apa sebab belajar sama je (tak pernah berlaku lagi la kot)




Sem 1
Biology
Chemistry
Mathematics
Physics
Quranic and hadith in science
Arabic
English 1
English 2

Semua subjek sama je macam aku pernah ceritakan dalam entry sebelum ni. Kalau english masa sem 1, kau akan focus kat MUET. Yes korang baru masuk time tu, tapi terus kena prepare untuk MUET. Memang agak terkejut la kan, tapi trust me, better awal daripada lambat lambat.

Aku taknak cerita detail sangat kat MUET. Tapi aku nak tekankan yang MUET ni simple je, and insyaAllah band 3 dalam tangan. Batch aku ramai je band 4, ikut usaha + kefasihan kau.

For speaking biasanya korang akan grouping 4 orang. 4 orang ni biasanya akan ikut susunan no matrik korang. Jadi, biasanya korang akan dapat classmate korang jugak. Kalau aku dulu, dah tau aku dengan siapa. So sehari sebelum speaking test, kitaorang bantai berlatih speaking dulu. Masa hari kejadian, alhamdulillah ko dah selesa dengan group mate, tinggal perform tak perform je. Nasihat aku simple je. Pls pls seminggu ke dua minggu sebelum speaking test dah try cakap english jadi bahasa rasmi korang. Paksa la geng geng kau cakap english. Takdelah kaku sangat lidah korang nanti time nak speaking. Hehe.

Untuk listening, reading, writing test biasanya akan buat serentak seluruh student tamhidi kat DTC. Hari sabtu. Sekian.


Arab
masa sem1 takdelah mencabar lagi. Korang cuma kena bentang kat depan dalam arab, seorang diri sahaja. Yang lain tu normal presentation by group in arabic of cos.

Syafawi pun ada jugak nanti masa nak tamat sem1. Tak silap aku, a week before study week. Syafawi terdiri dengan قراة الناس (baca ayat tanpa baris) , hiwar berdua depan ustazah, bina ayat base on picture, depan ustazah jugak. Bahasa arab tak masuk time final tapi ada test kat kelas. Tuje leklek.

Quran sunnah 
Ustaz sorang je yang ajar subjek ni which is ustaz sanusi! Korang kirim kan salam aku okai kalau ustaz still ajar korang nanti.

Basically  kelas dua jam dalam seminggu sekali sahaja. Akan ada hafazan 10 ayat alquran, 10 hadis. Pst ustaz selalu sebut nama orang randomly, atau tunjuk siapa siapa yang dia nak, suruh bacakan hafalan korang. Prepare lah jangan tak prepare macam aku selalu masuk kelas melangok je lebih.

Subjek ni macam PQS SPM dulu cuma arabic version. Ustaz akan translate time mengajar jangan risauuu.

Ada masuk dekat final, tapi bulat bulat je hekhek. Tapi jangan lupa test kat kuliah ada juga nanti. Test kat kuliah pedih sikit sebab isi tempat kosong. Test khas untuk ayat ayat hafazan tu pun ada. Semua ada lah citer dia.



Sem 2
Biology 
Chemistry
Mathematics
Physics
Arabic
English 3
English 4
ICT

Okey sem2 dah tak boleh rilek sebab assignment daripada subject core sampai subject arab semua berderet.

 Sem 2 pedih la nak tempuh sebab kalau satu je keje kau tangguh, habis yang lain semua tunggang langgang. Dia oke lagi kalau kerja tu nafsi nafsi, tapi kalau kerja grouping susah la nak siapkan. Biasalah, berkumpulan kan? Korang faham la cane kena hadap attitude attitude orang lain, gez susah nak brain.

For chemistry and biology, korang akan ada presentation dekat kuliah. Kalau presentation dekat tuto tu benda normal tau. Tapi kalau kat depan kuliah, sem 2 baru merasa. Berdebar teroks. Tapi geng, kalau dah sem2 ni, satu kuliah tu korang dah kenal, semua tu member member je. Jadi tak wujudlah perasaan malu malu kucing ni. Ahaks. Dia wujud perasan ; kau baik kata faham, kalau cakap tak faham siap kau. Kita jumpa luar kuliah. Gitu.

Arab
Arab dah start mencabar sebab kerja grouping yang memerlukan kemahiran arab kau melampau lampau. Meh aku listkan assessment untuk arab:
1.  Group presentation

2. Berlakon untuk yalla arabiyyah



Nanti korang akan ada minggu bahasa arab, which is kitaorang panggil yalla arabiyyah. Berlakon ni korang kena rakam lakonan korang dalam arab, pastu masuk youtube. Pemenang akan ada dalam banyak kategori; antaranya; viewers paling ramai, content paling bagus.

Assessment ni paling aku suka sebab seronok la compete dengan kelas lain, kuliah lain, belajar macammana nak buat video and so on.

3. Berlakon live depan kelas

seronok okai berlakon


Ni korang kena hafal awal awal skrip and pls kena pandai berlakon. Kalau tak pandai berlakon pls jadi watak sampingan je. Lol.

4. Debat



muka termanggu manggu member cakap apa

Ye korang akan berdebat di dalam kelas. Takpe rilek je boleh berlatih dulu. Korang cuma memerlukan keyakinan yang tinggi untuk berdebat dalam arab.

5. Syafawi
Syafawi untuk sem 2 ada dua je. قراة الناس dengan مناظرة, test macam MUET speaking tapi arabic ver.

Untuk arab,  kalau aku tak terlupa, itu sahaja yang korang kena buat. Jangan lupa test still ada jugak eh. Prepare la mental korang.

English
Sem2 english pun mencabar jugak, sebab banyak gile assessment kena buat.

1. Interview
Interview ni untuk preparation korang time degree nanti. Nanti madam terangkan apa yang korang patut buat okai.

2.  Presentation
Presentation ni korang kena present on essay je. Benda simple je.

3. Acting 



cina starter pack
ft makcik arab

Ye lakonan ni memang banyak masa sem2. Korang kena berlakon live depan kelas based on tajuk yang korang dapat.

4. Muslim scholars 
Korang kena buat folio, pastu terang kan kat kelas. Simple je.

5. Presentation product
Korang kena cipta product, pastu bentang. Ala macam la dulu tak biasa berniaga.

6. Vlog
Vlog ni ikut lecturer korang jugak. Kalau lecturer kami, dia suruh pilih tajuk kat buku. Buat vlog, edit pastu send kat madam. Ada jugak lecturer yang bagi pilih tajuk sendiri, pastu kena post dekat youtube. Ikut rejeki korang la.

Busy busy siapkan semua assignment ni jangan lupa jugak, korang still ada test. Prepare!




Lecturer

ni lecturer acah namanya, lecturer auni halili


Lecturer tamhidi adalah yang terbaik. Trust me.



Kolej



Aku dah cakap kot kat entry sebelum ni. Tamhidi batch kitaorang satu satunya duduk KK1. Tapi untuk batch 19/20 kena duduk kat KKNC. So tak tau la macam mana rezeki akan datang. Mana mana kolej oke je cuma jauh tak jauh, selesa tak selesa tu jela.


Pengangkutan




Usim akan sediakan bus untuk korang manfaatkan. Tapi biasala semua nak gerak awal, jadi perebutan perabutan bas tu perkara normal. Cekal tak cekal je nak kena berdiri kalau tak dapat duduk ye.

Kemudahan prebet pun ada jugak. Prebet ni macam grab la cuma rate dia lebih murah. Kalau korang tertinggal bas pastu kelas dah nak start, korang keluarkan la wang korang, naik la prebet. Kongsi kongsi lagi murah so pergi la beramai ramai.

Elaun

Kalau pendapatan isi rumah korang tak lebih RM10k then InsyaAllah korang dapat elaun. Satu sem korang dapat RM1250. Sem 1 korang akan dapat lambat gile, aku rasa dulu, dah nak final baru dapat elaun. So kena la pakai duit sendiri dulu beli buku, buat makan semua. Nafsi nafsi okai. Sem2 elaun masuk dalam 3-4 minggu lepas korang masuk. Alhamdulillah takdela kering sangat sem2 tu.




Environment


Mak aku selalu kata, USIM ni macam UM kedua. Aku taknak sangkal la sebab weh mall dia accessable gile. Lagi lagi kalau parents bagi duit banyak memang; weh onz subway, weh weh aku teringin nak tealive, weh harini pegi kaison jom balik kelas, weh aku craving sushi! (skrip biasa dengar)

USIM yang dulu bukanlah yang sekarang tau. Korang tau kan kat nilai baru buka aeon? Satu aeon muncul, maka muncul la yang lain. Dekat je USIM dengan aeon, messa mall, giant, tesco, ktm pun dekat. Dari segi kemudahan korang tu memang terlalu mudah la nak cari barang ke apa. Tapi jangan seronok sangat eh habiskan duit parents, control sikit.

ADDITIONAL

Kompleks Islam Usim



Siapa yang duduk KK1, maka dekat la korang dengan pusat sukan, nama full dia Kompleks Sukan Tunku Najihah dengan Kompleks Islam Usim, KITM.

Kat KITM selalu banyak pengajian best best, cuma rajin tak rajin je nak pergi. Pastu kalau khamis tu biasanya ada makanan free untuk berbuka. Nak ajar student untuk puasa sunat.

Kompleks sukan pulak kalau petang tu sentiasa je full. Bebudak tamhidi ni penat la cane, sukan tetap sukan. Tengok, pelajar ini la yang kita mahukan. Heheh. Semua court ada, aku nak sebut satu satu pun takleh la sebab aku ni kan atlet (you know what im trying to say right?), so aku takleh citer detail sangat. Tapi semua fasiliti ni kat area yang sama je. So biasanya lepas bersukan petang petang tu kami terus zass pergi masjid. lol



Pusat sukan ni ada gym(sebab ni je yang aku pernah try). Korang sebagai student wajib la try sesekali (macam aku try sekali je, once in my lifetime gitu). Ada jadual untuk penggunaan gym ni between laki laki dengan perempuan. Biar ikhtilat tu terjaga gitu.





To all future tamhidian, atau masih dalam pertimbangan nak mohon apa. Aku jujur jela, tamhidi memang susah. Banyak pengorbanan yang korang kena buat daripada masa, duit, sampai la jiwa raga korang. Tapi kan kat dunia ni, ada ke kejayaan yang diperoleh tanpa memerlukan pengorbanan?

 Kelebihan tamhidi adalah ada subjek bahasa arab. Orang kata kejar dunia dan akhirat la (eh tiba) Ramai yang fikir nak amik ke tak usim  berkali kali sebab ada subject arab kan?



Kalau ikut basic, aku bukan budak sekolah agama pun, KAA biasa je tapi alhamdulillah survive setahun (tak tau la degree akan datang, doakanlah uhuk). Yang penting sekali, korang jangan overthinking sangat. Get through je tanpa merungut je insyaAllah Allah mudahkan. Kawan kawan korang yang pro arab akan ada guide korang nanti. Trust me.


Anyway aku doakan korang berjaya, goodluck on your future. Semoga dipermudahkan dan diberkati. InsyaAllah korang akan jumpa yang terbaik untuk korang. Sampai sini je aku boleh bantu guide korang dalam share info info yang penting berkenaan tamhidi. Mungkin ada yang tak sempurna jadi aku minta ampun kalau ada certain info tu tak tepat. Correct me if i'm wrong okay?

Assalamualaikum.


30 comments:

  1. Tak ada ambik bahasa arab time spm.. boleh masuk usim ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu tak boleh sebab itu syarat utama nak masuk usim:)

      Delete
  2. salam kak saya masuk tamhidi pergigian 19/20, akak ada notes tak utk sem2 and kalau tak keberatan saya nak tau serba sikit utk subjek sem2 esp math huhu math tu pakai jugak ke basic sem1??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam dah banyak bagi kat orang lain la dik huhuhu. ilmu math sem1 tu sudah semestinya digunakan sem 2 dik sampai degree guna. all the best tau enjoy zaman tamhidi tau!

      Delete
  3. Assalam..kak,nk tnya pljr utk tamhidi sains teknologi ramai ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun akak ramai je dalam 3 kuliah? tahun ni tak sure macam mana.

      Delete
  4. Terima kasih akak atas perkongsian.. jazakillah khair!!!!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak. Klau x kberatan boleh ke sy nk thu gred utk subjects aliran sains yg akak ambil masa spm? Sy nk agak2 cerah tk pluang sy utk dpt tamhidi kt usim ni.. thanks akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. B+ dengan A, A- macamtu. Takpe kalau ada rezeki insyaAllah ada hihi

      Delete
  6. Assalam kak. Camne skrg? Dpt sambung tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah masuk fst usim, sambung sains komputer hehe

      Delete
  7. Tenkiuww membantu sesangat 😭♥️

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum akak ,, thank you for ur sharing ,, saya baru je nk masuk bulan 7 nii ,, course sama dgn akak mse akak tamhidi hehehe doakan saya kak cekal fizikal dan mental 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam hehe welkem pija. All the best!!! InsyaAllah 4flat!

      Delete
  9. Assalamualaikum akak, kalau aaya nak masuk tamhidi tapi takde addmath boleh ke? Susah ke maths tamhidi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau tak silap akak, kalau takde addmath tak boleh mohon tamhidi sains. Boleh kalau nak tamhidi jugak boleh try mohon tamhidi syariah dan undang undang

      Delete
  10. Assalam kak, susah tak untuk masuk degree sains komputer? Pointer minimum berapa? ����

    ReplyDelete
  11. Akak, kalau pointer sem 1 tak lulus, kena repeat sem 1 atau tunggu dicampurkan dulu sem 1 dan sem 2 punya pointer baru ade repeat ?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum akak nak tanye klu arab saya B+ boleh ke apply

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cari syarat kelayakan tahmidi usim,da je kat google rasanya

      Delete
  13. Assalamualaikum kak.. Saya nk tanya, klau ambik tamhidi sains fizikal & teknologi, kita blh sambung degree apa, yer

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak.. Saya nak tanya, kalau ambik tamhidi sains fizikal & teknologi, waktu degree bole sambung dlm bidang apa?

    ReplyDelete
  15. Akak kalau sains fizikal degree nnti boleh sambung apa?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dan selamat pagi akak, sy Hafezul pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di usim, berkos tamhidi perubatan.

    Sy ingin bertanye, akak ada soalan-soalan past year dalam bentuk pdf tak? Tidak kiralah subjek apa. Yang penting ada dalam subjek tamhidi perubatan.

    Sebab saya ingin membelek-belek terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran. Jika tidak keberatan, boleh saya mendapatkannya?

    Terima kasih Dan maaf menganggu.

    ReplyDelete
  17. assalammualaikum kak nak tanya..mcm saya mmg berasalg dsri sekolah agama jadi belajar la bahasa arab cuma saya memang lemah kat bahasa arab..struggle sangat ke nanti kalau masuk tamhidi tapi lemah bahasa arab??saya risau itu sebenarnya

    ReplyDelete
  18. Pakaian utk ke kuliah @ kelas, yg ppuan baju kurung kan? Baju kurung moden boleh kan?

    ReplyDelete
  19. salam nak tanya utk sains fizikal & teknologi, laptop spec mcm mana yg dia nak?

    ReplyDelete