Monday 18 December 2017

SPM2017 : EH DAH HABIS DAH KE?


Assalamualaikum. Hye bro. Sihat ak? Aku okay jela. Kalau kau tanya lepas spm ni buat apa? Jangan tanya sebab nanti kau kecewa kenapa ada manusia sehambar macam akuni wujud kat muka bumi. Selain menjadi pengganggur terhormat, aku pun sedang menjadi pengumpul lemak terhebat. Walaupun aku cuba mengatur strategi yang terbaik untuk menguruskan badan, aku tetap gagal. Srsly, nak wariskan kerajinan baca buku aku kat tempat lain. Tapi takleh la.

Setelah dua tahun aku habiskan sebahagian daripada hidup aku dengan buku. Akhirnya aku dan buku berpisah. Perpisahan itu menggembirakan tapi kadang kadang rasa sayu gak. Hidup aku basically memang dengan buku selama dua tahun ni, sampai member aku kata nanti lily boleh pakwe dengan buku jela. Aku pun oky je sebab buku ni sekurangnya tak kecewakan aku. Kau? *jeling*

Apa yang aku boleh simpulkan spm kali ni ialah ia sama seperti exam exam tahun sebelumnya. Mengecewakan. Semua pun tau, aku takde la gifted ke genius ke. Orang kata hidup segan mati tak mahu je la level level aku ni (eh yeke) Jadi biasa la kalau sepanjang spm ni emosi aku tak stabil. Kejap aku kecewa sebab tk mampu perform betul betul, kadang bersyukur terbetul, kadang sedih sebab apa yang ditarget tak keluar, ada masa aku gembira sebab pemeriksa yang handsome tolong ambil kan barang terjatuh loll. Endup kau dah tkde apa apa perasaan sehingga kau digelar heartless.

Pastu orang tanya ;
Eh baru putus cinta ke heartless manjang?
-ha kelakarlah tu putus cinta je heartless. Putus cinta je tergantung sepi. Putus cinta je ha ha ha aku ketawa (tau tak lagu ni?)  Habistu kalau aku yang tak pernah bercinta ni kalau heartless berdosa ke??






Bila dah habis spm ni, maksudnya kau dah habis belajar. Habis belajar kat sekolah menengah. Bila dah habis belajar kat sekolah, maksudnya kau dah tak jumpa member kau yang kau simpan daripada sekolah rendah. Bila dah habis semua ni, kau rasa sedih dan bermurung. Tambahan. Tidak dilupakan juga, bila kau habis spm ni kau bermurung sebab kau dah jatuh miskin. Pastu update kat twitter. YOUNG. DUMB. AND BROKE.

Ajaib tak? Sekelip mata je hidup kau berubah. Aku selalu takjub kat diri sendiri dengan perubahan sekelip mata yang dah berlaku. Boleh la cakap hidup aku ni penuh dengan khayalan. *dunia khayalan, dunia impian, di manakah kau berada? bawalah aku ke sana? -hei awak di sana, dengar apa enggak?




Before exam ni memang orang kata dah tkde mood nak belajar sebab kau terlalu ber-emosi. Emosi lah nak tinggalkan sekolah, tinggalkan kenangan kenangan kau yang kau kumpul dari kecik.   Tengok, aku yang hati keras tak pernah nangis pun tumpas. Tak sangka kan, SPM ni mampu jadikan kita insan yang beremosi?


ok ni geng halili. yeye nama saya, geng saya. hekhek.


SPM juga mengajar saya agar banyak berdoa kepada tuhan ewah

Disebabkan SPM ni, gap dia agak banyak untuk setiap subjek, jadi aku sentiasa berjimat cermat dalam membahagikan masa untuk study, untuk lepak lepak kat luar, tidur secukupnya. Aku bahagikan dengan cermat ni supaya aku taklah overstress, overthingking, oveacting. Well, adik adik kat luar sana, study tkleh stress sebab nanti otak korang semua tkleh nak berhubung dengan baik dan berkemungkinan kau kejung time spm tu besar. Spm ni pentinglah daripada korang punya exam sebelum sebelum ni, jadi emosi ni umpama kunci paling utama yang korang kena jaga leklok time genting cani.



 Benda ni berlaku time aku trial haritu. Sumpah aku stress sangat sampai otak aku blank terok time trial haritu. Cikgu pun semua kata aku ni gelabah dan takleh kawal emosi. My biggest mistake during trial tula result pun fuh. Time spm memang aku belajar dari kesilapan. Tiap sabtu ahad tu aku ajak parents aku pi jalan. Takde la pergi mall, biasanya aku ajak pi jogging kat putrajaya ataupun pi cycling kat taman lawa lawa. Disamping hilangkan stress aku, ni kiranya sambil meyelam minum air lah hihi.


Yes, Trial haritu aku demam. SPM ni pun aku demam. Demam ni sering datang dan pergi. Aku lek jela taknakk gelabah. Halili ni banyak sangat dosa kot. Tula demam, sakit kan mengampuni dosa kita. Alhamdulillah, walaupun demam aku still mampu lagi la nak pegang buku. Walaupum sepanjang demam tu aku bangun pagi study berkabung je rasanya sebab pakai baju tebal iler nak bagi adapt dengan suhu di hening pagi punya pasal. Kegigihan yang aku buat ni rasa macam lepas ni dah boleh daki everest  kot. Oky tak geng??




Disebabkan aku ni spesies gelabah terok, hari first spm, aku disajikan dengan moral support yang berlebih lebihan. Satu famili aku cuti hari first spm, nak bagi moral support! haahah. Hari first spm ni basically paper bm. Gap paper bm 1 dengan bm 2 ni dalam 5 jam. Tapi aku nak stay jela se confirm la kat rumah aku tak reti study.Tak busuk ke? Sokay geng, tak mandi satu hari ni salah satu daripada kehidupan aku. Setakat tak mandi dari pagi sampai 430 memang tkde hal.

Tetiba mama call suruh keluar sebab mama datang bawa makanan. Aku pun takleh lebih dari terkejut bila satu famili, mama pi usung datang sekolah. Alamak member yang asrama ni pun tak over macam aku. Tapi Alhamdulillah paper 2 bm saya berjalan dengan penuh semangat walaupun tak sewangi member lain yang sempat pulang ke rumah. Alhamdulillah, aku bersykur jela ada famili yang caring cani.

Meja sis selama spm berjalan
oklah kalau nampak kain tu letak merata tu mmg keje aku dari kecik

Disebabkan kami  ni bukanlah pelajar asrama, kitaorang terpaksa stay kat surau je sementara tunggu paper seterusnya. Nak balik pun tak sempat sebab gap antara paper kenkadang tak sampai satu jam pun. Mana nak dhuha, nak makan, nak kutip study apa yang patut. Aku punya busy tu makan pun tak reti pandang makanan. Ala tipu la kalau kau tak pernah buat. Semua student pernah buatlah. Come on la bruh, budak study hard memang cani!




Sebenarnya boleh je stay kat kelas, sebab kelas semua kosong kerana meraikan kami pelajar spm. Tapi tulah, student KAA ni semua membesar kat surau. 5 tahun aku hidup kat TPG, surau lah tempat paling selamat, tempat aku membesar. Dari f1, kitaorang punya kelas barab, kkq semua kat surau. Kalau f5 ni pulak, kitaorang takpernah pergi perhimpunan pagi sebab ada extra kelas bhasa arab. Start pukul 7 pagi sampai ke petang, duk lepak surau je. Aku memang kena bersyukur, disamping tiada bebelan setiap pagi, saya juga tak perlu menjalankan tugas di pagi hari (penatlah jadi pengawas sejak sekolah rendah, darjah 2 ni ) 

         Benci lah aku, tiap kali makan je nak duduk sebelah aku budak 2 orang ni. Muka aku ni bawak aura positif berlebihan kot.








Yeay, we had a lot of extra classes during spm. Penat la jugak nak cover 11 subjek. Duk datang sekolah tiap hari walaupun takde paper. Tapi takpelah usaha tu mintak mintak jadi asbab kami semua berjaya. Amiin.


KAA GEGIRLS


LELAKI LELAKI CANTIKS



Time ni extra class chemistry. Alhamdulillah, 2 tahun mak bapak kesanyangan kami ni jaga kami. Mak bapak kami yang genius kimia dan fizik. Sayang gile kat kitaorang , macam anak anak sendiri la weh. Membebel dia,marah dia,caring dia semua memang bagi lengkap. Takde kurang malah berlebih lebih.



Disebabkan rasa cinta aku yang mendalam terhadap pink, aku pun pakai baju uniform ppim ni time spm.  Masuk dewan tetiba rasa jadi artis. Aku rasa dewan tu terus meriah bila ada insan insan yang bewarna pink macam aku ni wujud kat dewan.




3 minggu berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik. BLING. Habis dah. Aku emolah. Type ni pun rasa beremosi. Bencilah, aku benci.



Syuh, exam kena diam diam je okay. Sebab diam ni tanda orang beriman. Nanti kalau result power baru la pi la hebohkan satu kampung. Bagi speechless kan sikit acik acik yang selalu perlekehkan kau tu. Tapi kalau result beshe beshe je ,  kau bisikkan je kata kata semangat kat diri sendiri: SPM ni bukanlah segalanya, perjalanan masih jauh, ayuh TERUS MAJU JANGAN MUNDUR!!!!!





Sebab SPM ni banyak meminta maaf dan memaafkan, hati kami yang suci tanpa noda ni masih melekat lagi. Tula gaya pun masih murni lagi. hekhek.

mangsa deraan aku selama 11 tahun
11 tahun berkepit, akhirnya kami berpisah. Kelakar lah, dah tak dapat  jumpa lagi lepas ni (kat sekolah)Aku rindu part nak cubit dorang je. Geng, kalau aku terindu korang sebab nak cubit tu tak dosa kan? Hhekhek.




 Finally, ITS WRAPPP. Homaigod. Best rasanya dah habis SPM. Tapi perasaan tu time tulah. Sekarang ni rasa lepu, rindu je lebih. Aku setuju yang kitaorang ni kalau bergambar memang takde sape boleh lawan. Habis paper pukul 330, ambik gambar kat dewan 2jam. Tak, tak jatuh lagi dosa sebab kitaorang dah bersara dari tpg.So its okay.

WE DID IT


 Tak payah susah susah nak cerita kesedihan aku tu camne, ko tengok jelah hari yang turut menangisi hari terakhir ini. Aku bencilah, hujan pun faham perasaan aku. Agak agak hujan ni boleh tak kirimkan kalimah kasihku, agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi. Okalh sambung je lagu tu sendiri.









Then, lepas kami bergambar berjam jam di dewan, akhirnya kami bergegas ke kfc untuk meraikannya. Yela dak dak tpg tuje ada. Nak pi morib naik bas kang susah pulak. Tunggu hujan reda, hujan tk reda reda. Apa lagi kitaorang pi terjah jelah. Takpe, spm dah habis takyah jaga kesihatan sangat pun tkpe. Yang peliknya, aku belasah main hujan lepas spm ni lek jee. Tak demam pulak. Ni nak kata spm ni ajar aku demand ke cane?



Aku memang tak reti pakai kain kut. Geng, ini bukan sengaja tau, ni semua sebab aku pi terjah hujan sampai basah kuyup baju aku. Lek jela masuk kfc takde kain. Kfc ni juga separuh daripada kehidupan saya. Mengapa saya perlu malu?



Cuba teka dimana mak kami? (Muda sangat ni cikgu aku)

Disebabkan cikgu atau lebih dikenali sebagai mak kami ni dah janji, lepas Spm datang rumah dia sebab nak meraikan kami yang dah berjaya melalu hari hari yang sukar. Cikgu ada buat jamuan so kitaorang pun apa lagi, on jelah weh. Gile ke nak tolak, orang belanja tu. Terima kasih la dekat cikgu, rumah cikgu ni dekat Klang , so lepas melawat, apa lagi merayau jela.




Muka setelah berlalunya spm. Kelakar kan, makin tembam pipi aku macam kena pam pakai pam kat stesen minyak tu. Lagi kelakar bila jerawat aku ni tak hilang hilang. Aku nak salahkan spm pun dah tak boleh. So, boleh aku salahkan korang tak?


Alhamdulillah selesai gak aku punya entry ni. Rimas la aku bila dah janji nak update tapi tak reti nak tepati. Rasa kosong je blog aku, macam hati aku yang penuh kekosongan. Ewah. Jkjk. InsyaAllah nanti kalau aku tkde benda nak buat, aku update siri siri SPM ni lagi. Banyak lagi nak citer senanya tapi tu nanti lah. Penat okay nak perah otak.  Oklah bye. Assalamualaikum!

Thursday 19 October 2017

Jerawat tu sebab stress spm ke?



Okay, acik ni jawapan saya;

Acik diam je ok?


Sebab orang yang banyak jerawat selalunya pandai hekhekeh (amiin)


Assalamualaikum. Wahwah nak spm tapi masih sempat update blog. Well, orang yang dilahirkan cool mcam aku je boleh buat. Cool plus gifted (amiin ya rabb) Takkan la nak hadap addmth je. Tahukah anda, addmth merupakan suatu perkara yang menjengkelkan dan kewujudannya dalam hidup aku, tidak pernah dialu alukan. Ok ke semua markah subjek lain just nice tetiba markah addmth cam harom.

Tapi, sebagai seorang yang cekal malah tidak pernah berputus asa, menganggap ini sebagai onak duri kehidupan yang perlu aku tempuhi. Stay positive ok? Lepu pun takpe asalkan usaha. Ramai je genius genius addmth yg kau boleh mintk ajar.

Kalau aku, aku bedal je orang yang power addmth. Spam je sampai pengsan. Spam cikgu, spam member. Takpe annoying kan je dorang kat whatsapp. Sbb kita kena tamak rebut ilmu ok?

Aku harap usaha tu bukan sia sia, macam jerawat aku tumbuh sia sia kat muka. Sia sia je la dia tumbuh. Ingatkan nk sakitkan hati, tapi aku lek je la. Yakin still yakin, garang still garang. Heee.

Syukran lilllah buat member member yang selalu tolong aku. Mesti emo kan. Sorry la tapi saya akan menganggui kehidupan anda sehingga saya selesaikan perjuangan saya. Sebab saya ni tamak orangnya. Hekhekhek. Semoga Allah menambahkan kecerdikan korang. Amiin.

Ok la aku tak nak banyak menulis sebab penat ok nak kena fikir. Fikir spm lagi. Aku buat summary je. So pemahaman korg tkdela sempit sangat. Aku faham, membaca bukan sesuatu yg gampang.


Balik kampung nak study. Tapi takde meja belajar. Buat atas lantai. Depan tv, pasang drama. Pastu kami pun hanya berjaya memasang angan.


Study kat sekolah sebab nak spm dah. Pastu jadi semangat bila ada orang nak ambik gambar. Aku rasa kalau nak semangat sepanjang masa, study tu eloknya kita amik gambar je. Nak jadi fake pun sepanjang masa kan




Study bahasa arab sebb kata bahasa arab bahasa syorga tapi susah nak brain jugak. TAKNK MASUK SYURGA KE? *tetiba

Study kat tempat tuition tapi suka borak jugak.nak borak jugak #katrumahtkdekawan #lifeanakbongsuyangmenyedihkan


Kena pergi teknik menjawab pqs peringkat negeri dekat sekolah yg dulu aku pernah mohon nak masuk, tapi kena reject dengan kejam. Datang tu rasa nak marah dekat dinding sekolah tu sebb pernah reject aku. Hm rasa sayu pulak :(



Study pagi sebab orang kata study pagi mujarab. Well, mujarab untuk tidur. Alhamdulillah.


Balik kelas merayau beli barang untuk study walaupun ustazah pesan takpayah merayau.



Selfie depan tandas, post kat story, sambil buat kapsyen ; alhamdulillah dah habis study, now searching for jodoh. *kena bash terox*




Alhamdulillah for everything. Walaupun nak exam ni kerap sakit. Tapi Alhamdulillah demam demam pun still boleh datang sekolah nak belajar.

Semoga dikurniakan kesihatan untuk aku, lagi berapa hari je nak exam ni. Amin. Semoga Allah mudahkan urusan kita, lindungi kita dari sebarang kemudaratan dan kecelakaan. Amiinnn.

InsyaAllah entry ni last sebelum exam start. So, sis nak mintk maaf kalau ada salah silap, tergurau kasar, tergarang ke, terover ke. Semua dosa tu aku harap korang mampu maafkan. Saya hanyalah pendosa yang taksedar pun kesalahan saya. Ampunkanlah pendosa ini, sebab pendosa ini bakal menduduki hari hari yang besar. Kemaafan daripada korang mungkin bagi keberkatan yang sangat besar buat aku:) no hate ok?

Semoga Auni Halili memperoleh 12A dalam SPM, mudah segala urusan, dikurniakan ketenangan hati,  keterangan hati, insyaAllah berjaya dunia akhirat. Amiinnn ya rab.

Saya perlukan doa anda. InsyaAllah saya tak lupakan anda dalam doa saya.

Assalamualaikum🐾💓

Friday 15 September 2017

A letter from you





Assalamualaikum. Geng lamanya aku tak update blog geng. Aku ni agak agak memang mudah melupakan jasa kot. Yela dulu time aku baru nak up up dulu benda ni la yang aku hadap hari hari. Kalau boleh nak update tiap minggu. Ala, orang kata baru nak hidup. Aku rasa nak hina diri sendiri bila tengok betapa bataknya aku melayari kehidupan lampau aku tau. Sekarang ni dah matang sikit la. Sikit je pun. Yang lebih tu melagho, cari pasal orang. ZzzZz macam takde life.

So kemana menghilangnya halili? Allahu geng, sis ada sentiasa di sebelah anda. Tak caya kan? Cuba tiup lilin* -keluar ost goblin*

Jangan percayala sebab karut je kot aku. Aku rasa life aku ni makin mengarut. Haha. Aku memang buusy gils hadap spm ni. Dulu kecik kecik aku selalu anggap exam ni gampang, kau cuma tinggal get through je. Kau berusaha- kau berjaya la. Usaha tangga kejayaan la. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan la. Yela sebab dulu upsr jela zaman kegemilangan aku. Lepas masuk menengah, Ideologi ideologi macamni nak pupus dah dalam otak aku.

Memang betul okai usaha tangga kejayaan. (Kang nanti ada orang tuduh aku bawak ideologi merosakkan anak anak muda pulak) Cuma cara kau nak hadapi usaha kau tu ada beribuu cara. Lain orang lain cara.

1. Ada yang start usaha dari awal, sebab nak cari momentum katanya.
2.Ada yang start tengah jalan, ni jenis pecutan di dalam perjalan menuju kejayaan.
3.Ada pulak yang rilek gils, berserah kat Tuhan, rilek hidup ni panjang lagi, rilek la bukan spm ni pengakhiran hidup kau.


Golongan ketiga ni aku ok je sebab level dia berserah kat Tuhan tu macam W0wW AmAZinG. Tapi rasa tak okay, bila ada golongan yang belajar rilek gila, study pun centu centu je. Sekali result, power gils. Aku selalu rasa tak adil. Tapi aku pun tak lupa, Allah Maha adil. RiLEks sis RiLEKSS.

Spm is just around the corner. Aku baru je habis trial minggu ni. Allahuakbar masa jawab paper tu memang yakin. Yakin aku punya masa depan gelap kalau aku tak prepare dalam baki baki hari sebelum menunggu hari keramat.



Masa trial tu sumpah la aku stuggle gils, tido tiap hari 4jam selama 3 minggu. I cried a lottt like srsly a lot. Sebab apa? Sebab study last minute. Cuti seminggu pun macam tk berguna gak sebab macam biasa la aku melagho. Pastu tinggal beberapa hari nak exam tu baru la nak bukak buku.

Dalam beberapa haritu pulak aku dapat la rasa kena puji jadi budak budak level pandai . Yela makan pegang buku, tengah jalan kaki pegang buku, picinic pegang buku, tido pegang buku, balik raya pegang buku. Pastu aku seronok jela acik acik aku puji, sebab rajin. Geng geng yang baca ni, jangan pecahkan rahsia aku pulak okai? Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut taw.

So sis ada pesanan kepada adik adik yang baru nak up tu.(sis dah up ok, tinggi 164 pulak, gaya gaya model dah ni kahkah) Cuba la study last minute. Try time upsr ke pt3 ke. Boleh la lihat masa depan adik tu. Cerah seindah cahaya hidayah Allah nak turunkan dekat adik. Kalau tak dapat hidayah juga, pergila bertaubat dik. Adik kecik lagi dosa pun tak banyak. Jangan try time spm. Kalau try jugak, salahkan la diri sendiri sebab akak dah penat pesan.


*maka akak akak dan abang abang yang bergelar siswazah pun menjeling,sambil berkata;

-kau baru umur setahun jagung darah setampuk pinang, nak acah acah buat pesanan.

ME:
Bang akak semua lek, sis tengah mengejar akak abang semua. Lek je lek je. Jangan gelabah okay?


Putus asa bukan pilihan aku dan sepatutnya bukan pilihan semua orang. Memang sekali tu kau rasa down, tak nak hidup, nak mati, taknk buat, dah penat. Tapi at last kau tk putus asa pun. Kau try even harder. Sebab kau nak tunjukkan yang kau tak selemah tu kan?

 Apa apa pun dalam dunia ni semua Allah dah tentukan. Usaha dulu pape hal, kejayaan kegagalan semua Allah dah tentukan. Jangan pulak kau lupa janji Allah ;

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا 
So, Verily, With Every Difficulty, There is Relief.






Baru baru ni kita dikejutkan dengan berita yang menyesakkan dada semua rakyat Malaysia(aku dapat hidu bau bau karangan bm kat sini) . Aku balik sekolah bukak phone terus terkejut betul. Aku dahla baru habis jawab bio. Korg faham tak perasaan aku? Sayu betul bila tengok. Lagi lagi bila tengok surat ni. Mulia hati budak ni. Kecik kecik dah ada cita cita besar. Cita cita bukan calang pulak, bagi parents dia syurga. Mampu tak kita jadi macam dia? Tepuk dada, tanya iman. Nak bagi parents result gempak pun susah. Hm.



Semua yang terjadi mesti ada hikmah kan? Mati itu pasti. Mereka ahli syurga, kita pulak suatu hari nanti menyusul. Semoga kita dapat akhiri life kita dengan husnul khotimah. Ikut mereka. InsyaAllah amiin. Assalamualaikum





إنَّا للـهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أجُرْنِي فِي مُصِيْبَتي، وأخْلِفْ لِي خَيْراً مِنْهَا

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma ajurni fi mushibati wa akhlif li khairan minha
(Sungguh kami hanya milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya

Tuesday 21 March 2017

2017: NEW CHAPTER



Salam geng geng di luar sana. SPM YEAR is a busy year. Busy nak kejar A, nak kejar ranking, nak kejar nama baik kelas, nak kejar markah koko, nak kejar jawatan, nak kejar tuition. Allahu. Banyak yang perlu dikejar, sampai boleh buat manusia macam aku mudah lalai. Kau imagine la kalau kau tak reti arrange masa, aku janji hidup kau sepanjang tahun 2017 dalam kesengsaraan. Bertaubat la wahai saudara ku, sesungguhnya, hidayah itu milik Allah.

Aku memang betul betul emo dari awal tahun lagi tau. Nak lawan nafsu tak tengok kdrama dengan study, Allah je tahu. Kau fikir senang ke nak tinggalkan apa yang kita suka dari kecik. Ibarat kau kena melupakan crush yang kau perap dari sekolah rendah tau. Aku rasa memang terseksa gils. Ni menaip pun terseksa sebab homework aku yang kalau dikumpul tu, boleh bina menara TM (tak guna gunung kinabalu cos gunung kinabalu is too mainstream). Tapi sebelum blog aku ni jadi artifak purba yang tak berharga, sebaiknya, aku update. 




MERAH MEMBERA MEMBURU JUARA 
Rumah merah sentiasa mengekalkan kejuaraan tiap 4tahun berturut turut. Aku jarang riak, tapi this year, kitaorg macam; kau jangan berangan nak menang. Yang peliknya, lepas aku riak macamtu, terus kalah. Hm. Life is hard. -susah lagi nak pasang kertas bulat bulat kat kain tuw (sila rujuk gambar)




MERENTAS DESA
Merentas desa memang acara yang aku paling suka dalam banyak banyak aktiviti. Kebolehahan larian aku boleh tahan power la berdasarkan faktor asthma, gemuk, tak fit aku ni, boleh go kalau tak power. This year memang berazam nak sumbang mata. Aku punya lari tu, Tuhan je tahu. Memang kalah atlet(rasanyalah). Ehh. Sekali harapan tinggal harapan. Level pelajar sek aku level lain. Rasa nak sodok pakai crane orang yang potong line aku memperoleh kemenangan.


geng geng barab


TAHBIBUL LUGHAH 2017

Kem Bahasa Arab 2017 kelas 5KAA yang uruskan. Tapi sesi taaruf jela sebab level barab kami, level lain. Rasa nak hina diri sendiri bila tengok kemahiran berbahasa arab aku selama hampir 11tahun belajar ni macam sam pah. Lagi sedih bila tengok markah barab ub1. Lagi 2markah nak jejak A. Kau rasa?





Of cos la senior year dipenuhi dengan junior. Rasa macam cool ah dah tua, student kena dengar kata orang yang lebih tua. Pastu aku terfikir, oh camni la rasa mak-mak yang membesarkan anak anaknya. Sedih rasa dia en? 




Its kinda sad la nak tinggalkan school life tau. Aku emo bila teringat last year sekolah. Walaupun mula mula aku benci semua benda yang berlaku kat life aku. Tapi membenci bukan satu perkara yang terbaik. Kenapa nak pilih membenci kalau kau boleh pilih sayang?Kenapa kau nak berdendam kalau kau boleh pilih rasa kasih? Kenapa kau pilih nak menghina, kalau kau boleh memuji?

Dah yakin hidup lama , sampai nak full time membenci? Berhenti membenci dan bersangka baik pada Allah. InsyaAllah tenang la kau sepanjang tahun. Tak best ah muka lawa, hidung mancung, putih melepak, tapi hati hitam suka berdendam, riak. 

Lepas result SPM 2016 keluar, aku jadi tertekan sikit. This year punya result macam tak membangun sangat, macam biasala kan last year punya hal, batch 2017 yang terseksa. Katanya nak jadi pemangkin kejayaan Smktpg. Aku chill je, yela cakap gempak, kelas yang katanya pemangkin ni yang kena cuci.


Harapan aku besar, nak dapat keputusan cemerlang. Nak straight As. Nak betulkan onar yang aku buat time PT3 haritu. Harapan kita  besar, tapi besar lagi perancangan Allah pada kita. Besar lagi kasih Allah pada kita. Ingatlah wahai sistur dan brother di luar sana, jangan kecewa dengan perancangan Allah, sebab Allah takpernah kecewa pun dengan kita. Buktinya? Kita masih diberi peluang hidup untuk kita bertaubat. Takdela masuk kubur kosong amalan, muka toya jumpa Tuhan . Astaga sis. Allah kasih la tu. Bersyukur blewh ak? (ayat rempit cam cool doe)



Semoga Auni Halili Zamburi mendapat keputusan cemerlang, 11A dalam SPM 2017. Semoga Auni Halili berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga sesiapa yang mendoakan Auni Halili diberkati. Amiiin.

P/s: biasakan amiin kan doa orang. Sebab kadang kadang apa yg kita ada sekarang ni berkat doa daripada orang. What you give you get back. Jom jadi baik!

Assalamualaikum.