Tuesday 21 March 2017

2017: NEW CHAPTER



Salam geng geng di luar sana. SPM YEAR is a busy year. Busy nak kejar A, nak kejar ranking, nak kejar nama baik kelas, nak kejar markah koko, nak kejar jawatan, nak kejar tuition. Allahu. Banyak yang perlu dikejar, sampai boleh buat manusia macam aku mudah lalai. Kau imagine la kalau kau tak reti arrange masa, aku janji hidup kau sepanjang tahun 2017 dalam kesengsaraan. Bertaubat la wahai saudara ku, sesungguhnya, hidayah itu milik Allah.

Aku memang betul betul emo dari awal tahun lagi tau. Nak lawan nafsu tak tengok kdrama dengan study, Allah je tahu. Kau fikir senang ke nak tinggalkan apa yang kita suka dari kecik. Ibarat kau kena melupakan crush yang kau perap dari sekolah rendah tau. Aku rasa memang terseksa gils. Ni menaip pun terseksa sebab homework aku yang kalau dikumpul tu, boleh bina menara TM (tak guna gunung kinabalu cos gunung kinabalu is too mainstream). Tapi sebelum blog aku ni jadi artifak purba yang tak berharga, sebaiknya, aku update. 




MERAH MEMBERA MEMBURU JUARA 
Rumah merah sentiasa mengekalkan kejuaraan tiap 4tahun berturut turut. Aku jarang riak, tapi this year, kitaorg macam; kau jangan berangan nak menang. Yang peliknya, lepas aku riak macamtu, terus kalah. Hm. Life is hard. -susah lagi nak pasang kertas bulat bulat kat kain tuw (sila rujuk gambar)




MERENTAS DESA
Merentas desa memang acara yang aku paling suka dalam banyak banyak aktiviti. Kebolehahan larian aku boleh tahan power la berdasarkan faktor asthma, gemuk, tak fit aku ni, boleh go kalau tak power. This year memang berazam nak sumbang mata. Aku punya lari tu, Tuhan je tahu. Memang kalah atlet(rasanyalah). Ehh. Sekali harapan tinggal harapan. Level pelajar sek aku level lain. Rasa nak sodok pakai crane orang yang potong line aku memperoleh kemenangan.


geng geng barab


TAHBIBUL LUGHAH 2017

Kem Bahasa Arab 2017 kelas 5KAA yang uruskan. Tapi sesi taaruf jela sebab level barab kami, level lain. Rasa nak hina diri sendiri bila tengok kemahiran berbahasa arab aku selama hampir 11tahun belajar ni macam sam pah. Lagi sedih bila tengok markah barab ub1. Lagi 2markah nak jejak A. Kau rasa?





Of cos la senior year dipenuhi dengan junior. Rasa macam cool ah dah tua, student kena dengar kata orang yang lebih tua. Pastu aku terfikir, oh camni la rasa mak-mak yang membesarkan anak anaknya. Sedih rasa dia en? 




Its kinda sad la nak tinggalkan school life tau. Aku emo bila teringat last year sekolah. Walaupun mula mula aku benci semua benda yang berlaku kat life aku. Tapi membenci bukan satu perkara yang terbaik. Kenapa nak pilih membenci kalau kau boleh pilih sayang?Kenapa kau nak berdendam kalau kau boleh pilih rasa kasih? Kenapa kau pilih nak menghina, kalau kau boleh memuji?

Dah yakin hidup lama , sampai nak full time membenci? Berhenti membenci dan bersangka baik pada Allah. InsyaAllah tenang la kau sepanjang tahun. Tak best ah muka lawa, hidung mancung, putih melepak, tapi hati hitam suka berdendam, riak. 

Lepas result SPM 2016 keluar, aku jadi tertekan sikit. This year punya result macam tak membangun sangat, macam biasala kan last year punya hal, batch 2017 yang terseksa. Katanya nak jadi pemangkin kejayaan Smktpg. Aku chill je, yela cakap gempak, kelas yang katanya pemangkin ni yang kena cuci.


Harapan aku besar, nak dapat keputusan cemerlang. Nak straight As. Nak betulkan onar yang aku buat time PT3 haritu. Harapan kita  besar, tapi besar lagi perancangan Allah pada kita. Besar lagi kasih Allah pada kita. Ingatlah wahai sistur dan brother di luar sana, jangan kecewa dengan perancangan Allah, sebab Allah takpernah kecewa pun dengan kita. Buktinya? Kita masih diberi peluang hidup untuk kita bertaubat. Takdela masuk kubur kosong amalan, muka toya jumpa Tuhan . Astaga sis. Allah kasih la tu. Bersyukur blewh ak? (ayat rempit cam cool doe)



Semoga Auni Halili Zamburi mendapat keputusan cemerlang, 11A dalam SPM 2017. Semoga Auni Halili berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga sesiapa yang mendoakan Auni Halili diberkati. Amiiin.

P/s: biasakan amiin kan doa orang. Sebab kadang kadang apa yg kita ada sekarang ni berkat doa daripada orang. What you give you get back. Jom jadi baik!

Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment