Monday 18 December 2017

SPM2017 : EH DAH HABIS DAH KE?


Assalamualaikum. Hye bro. Sihat ak? Aku okay jela. Kalau kau tanya lepas spm ni buat apa? Jangan tanya sebab nanti kau kecewa kenapa ada manusia sehambar macam akuni wujud kat muka bumi. Selain menjadi pengganggur terhormat, aku pun sedang menjadi pengumpul lemak terhebat. Walaupun aku cuba mengatur strategi yang terbaik untuk menguruskan badan, aku tetap gagal. Srsly, nak wariskan kerajinan baca buku aku kat tempat lain. Tapi takleh la.

Setelah dua tahun aku habiskan sebahagian daripada hidup aku dengan buku. Akhirnya aku dan buku berpisah. Perpisahan itu menggembirakan tapi kadang kadang rasa sayu gak. Hidup aku basically memang dengan buku selama dua tahun ni, sampai member aku kata nanti lily boleh pakwe dengan buku jela. Aku pun oky je sebab buku ni sekurangnya tak kecewakan aku. Kau? *jeling*

Apa yang aku boleh simpulkan spm kali ni ialah ia sama seperti exam exam tahun sebelumnya. Mengecewakan. Semua pun tau, aku takde la gifted ke genius ke. Orang kata hidup segan mati tak mahu je la level level aku ni (eh yeke) Jadi biasa la kalau sepanjang spm ni emosi aku tak stabil. Kejap aku kecewa sebab tk mampu perform betul betul, kadang bersyukur terbetul, kadang sedih sebab apa yang ditarget tak keluar, ada masa aku gembira sebab pemeriksa yang handsome tolong ambil kan barang terjatuh loll. Endup kau dah tkde apa apa perasaan sehingga kau digelar heartless.

Pastu orang tanya ;
Eh baru putus cinta ke heartless manjang?
-ha kelakarlah tu putus cinta je heartless. Putus cinta je tergantung sepi. Putus cinta je ha ha ha aku ketawa (tau tak lagu ni?)  Habistu kalau aku yang tak pernah bercinta ni kalau heartless berdosa ke??






Bila dah habis spm ni, maksudnya kau dah habis belajar. Habis belajar kat sekolah menengah. Bila dah habis belajar kat sekolah, maksudnya kau dah tak jumpa member kau yang kau simpan daripada sekolah rendah. Bila dah habis semua ni, kau rasa sedih dan bermurung. Tambahan. Tidak dilupakan juga, bila kau habis spm ni kau bermurung sebab kau dah jatuh miskin. Pastu update kat twitter. YOUNG. DUMB. AND BROKE.

Ajaib tak? Sekelip mata je hidup kau berubah. Aku selalu takjub kat diri sendiri dengan perubahan sekelip mata yang dah berlaku. Boleh la cakap hidup aku ni penuh dengan khayalan. *dunia khayalan, dunia impian, di manakah kau berada? bawalah aku ke sana? -hei awak di sana, dengar apa enggak?




Before exam ni memang orang kata dah tkde mood nak belajar sebab kau terlalu ber-emosi. Emosi lah nak tinggalkan sekolah, tinggalkan kenangan kenangan kau yang kau kumpul dari kecik.   Tengok, aku yang hati keras tak pernah nangis pun tumpas. Tak sangka kan, SPM ni mampu jadikan kita insan yang beremosi?


ok ni geng halili. yeye nama saya, geng saya. hekhek.


SPM juga mengajar saya agar banyak berdoa kepada tuhan ewah

Disebabkan SPM ni, gap dia agak banyak untuk setiap subjek, jadi aku sentiasa berjimat cermat dalam membahagikan masa untuk study, untuk lepak lepak kat luar, tidur secukupnya. Aku bahagikan dengan cermat ni supaya aku taklah overstress, overthingking, oveacting. Well, adik adik kat luar sana, study tkleh stress sebab nanti otak korang semua tkleh nak berhubung dengan baik dan berkemungkinan kau kejung time spm tu besar. Spm ni pentinglah daripada korang punya exam sebelum sebelum ni, jadi emosi ni umpama kunci paling utama yang korang kena jaga leklok time genting cani.



 Benda ni berlaku time aku trial haritu. Sumpah aku stress sangat sampai otak aku blank terok time trial haritu. Cikgu pun semua kata aku ni gelabah dan takleh kawal emosi. My biggest mistake during trial tula result pun fuh. Time spm memang aku belajar dari kesilapan. Tiap sabtu ahad tu aku ajak parents aku pi jalan. Takde la pergi mall, biasanya aku ajak pi jogging kat putrajaya ataupun pi cycling kat taman lawa lawa. Disamping hilangkan stress aku, ni kiranya sambil meyelam minum air lah hihi.


Yes, Trial haritu aku demam. SPM ni pun aku demam. Demam ni sering datang dan pergi. Aku lek jela taknakk gelabah. Halili ni banyak sangat dosa kot. Tula demam, sakit kan mengampuni dosa kita. Alhamdulillah, walaupun demam aku still mampu lagi la nak pegang buku. Walaupum sepanjang demam tu aku bangun pagi study berkabung je rasanya sebab pakai baju tebal iler nak bagi adapt dengan suhu di hening pagi punya pasal. Kegigihan yang aku buat ni rasa macam lepas ni dah boleh daki everest  kot. Oky tak geng??




Disebabkan aku ni spesies gelabah terok, hari first spm, aku disajikan dengan moral support yang berlebih lebihan. Satu famili aku cuti hari first spm, nak bagi moral support! haahah. Hari first spm ni basically paper bm. Gap paper bm 1 dengan bm 2 ni dalam 5 jam. Tapi aku nak stay jela se confirm la kat rumah aku tak reti study.Tak busuk ke? Sokay geng, tak mandi satu hari ni salah satu daripada kehidupan aku. Setakat tak mandi dari pagi sampai 430 memang tkde hal.

Tetiba mama call suruh keluar sebab mama datang bawa makanan. Aku pun takleh lebih dari terkejut bila satu famili, mama pi usung datang sekolah. Alamak member yang asrama ni pun tak over macam aku. Tapi Alhamdulillah paper 2 bm saya berjalan dengan penuh semangat walaupun tak sewangi member lain yang sempat pulang ke rumah. Alhamdulillah, aku bersykur jela ada famili yang caring cani.

Meja sis selama spm berjalan
oklah kalau nampak kain tu letak merata tu mmg keje aku dari kecik

Disebabkan kami  ni bukanlah pelajar asrama, kitaorang terpaksa stay kat surau je sementara tunggu paper seterusnya. Nak balik pun tak sempat sebab gap antara paper kenkadang tak sampai satu jam pun. Mana nak dhuha, nak makan, nak kutip study apa yang patut. Aku punya busy tu makan pun tak reti pandang makanan. Ala tipu la kalau kau tak pernah buat. Semua student pernah buatlah. Come on la bruh, budak study hard memang cani!




Sebenarnya boleh je stay kat kelas, sebab kelas semua kosong kerana meraikan kami pelajar spm. Tapi tulah, student KAA ni semua membesar kat surau. 5 tahun aku hidup kat TPG, surau lah tempat paling selamat, tempat aku membesar. Dari f1, kitaorang punya kelas barab, kkq semua kat surau. Kalau f5 ni pulak, kitaorang takpernah pergi perhimpunan pagi sebab ada extra kelas bhasa arab. Start pukul 7 pagi sampai ke petang, duk lepak surau je. Aku memang kena bersyukur, disamping tiada bebelan setiap pagi, saya juga tak perlu menjalankan tugas di pagi hari (penatlah jadi pengawas sejak sekolah rendah, darjah 2 ni ) 

         Benci lah aku, tiap kali makan je nak duduk sebelah aku budak 2 orang ni. Muka aku ni bawak aura positif berlebihan kot.








Yeay, we had a lot of extra classes during spm. Penat la jugak nak cover 11 subjek. Duk datang sekolah tiap hari walaupun takde paper. Tapi takpelah usaha tu mintak mintak jadi asbab kami semua berjaya. Amiin.


KAA GEGIRLS


LELAKI LELAKI CANTIKS



Time ni extra class chemistry. Alhamdulillah, 2 tahun mak bapak kesanyangan kami ni jaga kami. Mak bapak kami yang genius kimia dan fizik. Sayang gile kat kitaorang , macam anak anak sendiri la weh. Membebel dia,marah dia,caring dia semua memang bagi lengkap. Takde kurang malah berlebih lebih.



Disebabkan rasa cinta aku yang mendalam terhadap pink, aku pun pakai baju uniform ppim ni time spm.  Masuk dewan tetiba rasa jadi artis. Aku rasa dewan tu terus meriah bila ada insan insan yang bewarna pink macam aku ni wujud kat dewan.




3 minggu berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik. BLING. Habis dah. Aku emolah. Type ni pun rasa beremosi. Bencilah, aku benci.



Syuh, exam kena diam diam je okay. Sebab diam ni tanda orang beriman. Nanti kalau result power baru la pi la hebohkan satu kampung. Bagi speechless kan sikit acik acik yang selalu perlekehkan kau tu. Tapi kalau result beshe beshe je ,  kau bisikkan je kata kata semangat kat diri sendiri: SPM ni bukanlah segalanya, perjalanan masih jauh, ayuh TERUS MAJU JANGAN MUNDUR!!!!!





Sebab SPM ni banyak meminta maaf dan memaafkan, hati kami yang suci tanpa noda ni masih melekat lagi. Tula gaya pun masih murni lagi. hekhek.

mangsa deraan aku selama 11 tahun
11 tahun berkepit, akhirnya kami berpisah. Kelakar lah, dah tak dapat  jumpa lagi lepas ni (kat sekolah)Aku rindu part nak cubit dorang je. Geng, kalau aku terindu korang sebab nak cubit tu tak dosa kan? Hhekhek.




 Finally, ITS WRAPPP. Homaigod. Best rasanya dah habis SPM. Tapi perasaan tu time tulah. Sekarang ni rasa lepu, rindu je lebih. Aku setuju yang kitaorang ni kalau bergambar memang takde sape boleh lawan. Habis paper pukul 330, ambik gambar kat dewan 2jam. Tak, tak jatuh lagi dosa sebab kitaorang dah bersara dari tpg.So its okay.

WE DID IT


 Tak payah susah susah nak cerita kesedihan aku tu camne, ko tengok jelah hari yang turut menangisi hari terakhir ini. Aku bencilah, hujan pun faham perasaan aku. Agak agak hujan ni boleh tak kirimkan kalimah kasihku, agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi. Okalh sambung je lagu tu sendiri.









Then, lepas kami bergambar berjam jam di dewan, akhirnya kami bergegas ke kfc untuk meraikannya. Yela dak dak tpg tuje ada. Nak pi morib naik bas kang susah pulak. Tunggu hujan reda, hujan tk reda reda. Apa lagi kitaorang pi terjah jelah. Takpe, spm dah habis takyah jaga kesihatan sangat pun tkpe. Yang peliknya, aku belasah main hujan lepas spm ni lek jee. Tak demam pulak. Ni nak kata spm ni ajar aku demand ke cane?



Aku memang tak reti pakai kain kut. Geng, ini bukan sengaja tau, ni semua sebab aku pi terjah hujan sampai basah kuyup baju aku. Lek jela masuk kfc takde kain. Kfc ni juga separuh daripada kehidupan saya. Mengapa saya perlu malu?



Cuba teka dimana mak kami? (Muda sangat ni cikgu aku)

Disebabkan cikgu atau lebih dikenali sebagai mak kami ni dah janji, lepas Spm datang rumah dia sebab nak meraikan kami yang dah berjaya melalu hari hari yang sukar. Cikgu ada buat jamuan so kitaorang pun apa lagi, on jelah weh. Gile ke nak tolak, orang belanja tu. Terima kasih la dekat cikgu, rumah cikgu ni dekat Klang , so lepas melawat, apa lagi merayau jela.




Muka setelah berlalunya spm. Kelakar kan, makin tembam pipi aku macam kena pam pakai pam kat stesen minyak tu. Lagi kelakar bila jerawat aku ni tak hilang hilang. Aku nak salahkan spm pun dah tak boleh. So, boleh aku salahkan korang tak?


Alhamdulillah selesai gak aku punya entry ni. Rimas la aku bila dah janji nak update tapi tak reti nak tepati. Rasa kosong je blog aku, macam hati aku yang penuh kekosongan. Ewah. Jkjk. InsyaAllah nanti kalau aku tkde benda nak buat, aku update siri siri SPM ni lagi. Banyak lagi nak citer senanya tapi tu nanti lah. Penat okay nak perah otak.  Oklah bye. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment