Thursday 31 December 2015

2016



Assalamualaikum. Salam barakah. Salam satu malaysia. Salam penghujung 2015. Apa lagi aku nak cakap kalau bukan cerita pasal tahun baru dalam beberapa jam lagi yang bakal berkunjung. Subhanallah cepat kan masa berlalu? Ada tak rasanya orang cakap lambatnya masa berlalu? Takpernah dengar lagi sepanjang aku hidup ni, nak tahun baru orang buat statement ; Apahal aku terasa tahun 2015 ni begitu lambat  eh?  Dah pejam berkali kali tak laju juga.

Buat masa ni belum pernah dengar lagi lah. Mungkin ada dan mungkin orang yang mengalami kesukaran  sepanjang tahun ni. Semoga yang mengalami kesukaran dan yang merasa tahun ni tahun paling tough, bila tiba tahun 2016 bakal menjadi suatu permulaan yang indah dan insyaAllah berkekalan hingga ke penghujungnya. Amin. Tak salah mendoakan orang kan? Bila tengah merasa kesenangan, ajar diri lihat orang yang lebih sukar. Dengan itu, lebih mudah kita berasa syukur. Allah suka orang yang bersyukur.

Banyak aku belajar sepanjang 2015. Banyak, tak bererti sempurna. Masih banyak lagi yang kena dipelajari. (contohnya ;addmath, bio, fiz, kimia) fuhhh. Bagi aku dunia ni tak pernah ada yang sempurna. Yang jadi doktor perlukan pembantu rumah untuk mengemas rumah akibat kekangan masa. Yang namanya pemimpin, perlukan pembantu untuk mengurus waktunya. Peniaga memerlukan pembekal untuk berjual. Aku pula, sebagai pelajar, memerlukan seorang guru untuk belajar. Kita saling memerlukan dan tidak pernah berhenti untuk bergantung sesama sendiri. Nak kata sempurna? Memang takk ah.

Tahun baru bukan sesuatu yang istimewa pun buat aku. Dia macam; oh ye esok 2016 dan angka umur semakin bertambah. Itu jela aku rasa. Tak kezzaaa pun. Cuma selalu bila fikir tahun baru, maka bermulalah sesi persekolahan. Hmmm. Malaz dia masyaAllah tabarakaallah. Dah terbiasa kan lepak 2bulan dekat rumah, tengok kdrama, pergi kelas ngaji, join ceramah sampai tengah malam semua. Dah sek bukan tak boleh buat, cuma kekangan tu banyak ah.

Goals aku apa? Jadi seseorang yang lebih baik dari segala aspek. Bukan mahu yang sempurna, tapi cukup la mereka tidak membenci aku sebab sikap aku. Yang paling penting, lebih dekat dengan Dia, bukan makin jauh. Semoga tahun 2016 yang bakal kita tempuhi dipermudahkan segala urusan dan merupakam satu lembaran baru yang membuatkan kita lebih mencintai pencipta kita. InsyaAllah. Amin.

Assalamualaikum.

Selamat datang,
2016❤


Monday 14 December 2015

ter-benci result pulaks

Assalamualaikum.




Hye guys. Ok dah tau dah nak tanya results pt3 aku ranap ke terbalik ke terpusing ke terlenyap ke. Haa lenyap tu macam nak halau aku aje. Aku syak, ada yang bengang sebab tak sambung part 2 trip haritu. Nak wat cane, banyak masalah yang perlu dihadapi. Salah satunya, masalah menangani bau hapak dalam bilik aku. Mak aku kata, sebelum aku kena buang dari kerajaan, baik kemas bilik dalam masa terdekat. Kalau dah kena buang, susah nak buat rayuan untuk diterima semula. Ada ura ura mengatakan,rayuan gombal juga tidak berguna. Penutup kisah, aku hanya tidur kuak lentang menunggu dijatuhkan hukuman.

Alhamdulillah result aku oky. Nak cakap camne eh. Nak kata okay, tak ada la okay mana. Nak kata tak okay, ada yang kata aku spesies tak reti bersyukur. Yang penting bukan lurus. Sorry aku tak nak bagitau results kat public. Yang rendah nanti kecil hati, yang lagi hebat dari aku kang datang sifat riak. Aku amik pt3 bukan untuk menyakitkan hati orang, bukan juga untuk biar manusia riak depan aku.

Cuma aku sedih la sebab kan. Aku cam bodoh sangat la bahasa inggeris. Aku muhasabah diri kenapa begini. Aku syak sebab aku lebih suka ngomong jowo dari speaking. Mungkin aku patut tinggalkan subjek BI dan ambil bahasa tambahan-(jawa)? Dan keputusan ini mungkin akan mengakibatkan aku patut dibuang negara dan selayaknya dikurung di dalam penjara di sebuah pantai terpencil. Hmmm.

Satu perkara yang boleh buat seorang pelajar sedih, bila tak dapat penuhi impian parents. Aku lah salah sorang dari manusia tu. Bagi aku, takpe kalau aku bersedih sampai tak makan pastu kurus(?) , dari tengok mak bapak aku kecewa. Parents aku takdela sampai kiciwa gila tapi aku taulah diorang kecewa cuma tak nak tunjuk. Haih la labu. Membesar dalam kalangan keluarga kecik, beradik dua je mesti la aku pressure gila tahap cipanzi. Abang aku pulak spesies hantu jembalang. Results power, sekolah power. Parents aku pula target aku mewarisi kecerdikan abang aku. Orang kata biar mimpi sampai ke bintang. Puih. Aku pulak sek tpg je, results pulak zZZZz. Pastu jadi-- mimpi itu kini ranap dimamah bumi. Baru aku faham perasaan mereka yang tak dapat straight As time upsr walhal time tu aku dapat straight As pastu seronok je upload gambar kat fb. Tak kesah perasaan orang lain. Well, Tuhan takkan balas time tu juga. Dia balas next time kisah hidup kau. Allahuakbar.


Keputusan pt3 yang aku peroleh ni bukan lah satu penyesalan. Malah, ia membuatkan aku semakin tak sabar nak buat sesuatu dengan lebih baik. Orang lagi hebat dari aku, lantak ah rezeki dorang. Nak jeles buang karan dan buang masa. Aku yakin, setiap apa yang Allah aturkan adalah yang terbaik. Kalau kita sandarkan seluruh kehidupan kita pada Allah, jangan risau di atas sebarang perkara yang ditakdirkan untuk kita. Allah sebaik baik perancang.

Semoga hidup dengan penuh keberkatan guys,

p/s ; dah masuk 3 Rabiulawal ni, kejap lagi hari istimewa berkunjung. Banyakkan berselawat. Bagi hadiah sikit kat Nabi tercinta. Sollu alan nabiy!

Assalamualaikum.