Wednesday 21 October 2015

Halili sentiasa halili

Assalamualaikum.


Ada orang tanya dekat aku kenapa nama aku Halili bukan lily ke? Lantas aku bingung lili tetap lili. Halili tetap Halili. Auni tetap Auni. Semua nama ini lengkap menghias kad pengenalan aku. Malah setiap kali berlansung nya periksa, aku masih menggunakan nama yang sama. Ada nama lain ke masalah nya sekarang ni? Wah nampak tak manusia kian menyalah anggap nama aku. Mungkin sebab semua media sosial kepunyaan aku bernama Auni Lily. Hah kalau tak caya, cer check kat fb, insta, askfm, twitter, wechat,tumblr,semua sama. (lews jangan lupa add alang dah tahu)

halili tu halili

Aku guna nama Auni Lily sebab aku ni macam dah dicop kekal kat muka nama tu. Ala dia macam nama samaran baaa chaaak baaa chak la. Auni biasa digunakan buat stranger. Majoriti semua kawan lelaki aku panggil aku Auni. Bukan stranger, tapi dah terbiasa agaknya. Cuma kawan rapat aku sahaja ada tiket boleh panggil aku Lili. Cikgu aku pun tak dapat tiket tu tau. Bukan anggap mereka ni stranger, ada satu je sebab. Sebab mereka guru aku, sebagai murid yang mengemis memang la aku kena hormat mereka. Cuba kau imagine; cikgu aku panggil 'lily ohh lily' aku jawab 'pahal pahal?'. 

Terima kasih kerana cuba membayangkan, anda mungkin sudah tahu apa yang bakal terjadi selepas itu. Jengjengjeng...... Aku ni lain, spesies lanjan ikut kepala sendiri je. Okay secara ringkas itu la sebabnya.

Tapi bila naik sek menengah aku dah bertekad. Jumpa stranger tanya nama dengan senang hati aku cakap Halili. Niat ingin nama dikenal terbantut bila kawan sek rendah aku ramai yang ikut berjuang menuntut ilmu di sek yang sama. Jadi apa lagi mereka la bawa pengaruh. Jadi lily tetap lily. Still in the same soul gitew.puiih.


Aku tak kesah pun lili itu datang daripada Halili. Nama yang sama orang yang sama. Halili bermakna halal dalam bahasa arab. Lili bermakna bunga dalam bahasa melayu. Auni pula bermakna lemah lembutku. Wah aku dah dedahkan maksud nama aku lagi. *angkat kening tinggi tinggi cakap; eh kau tak ada rasanya kan? *(perli cara baik)

Dulu tak suka nama halili,sebab  macam tak sedap pastu bunyi macam laki. Jadi memang terkubur la nama tu. Sekarang aku baru ada otak agaknya,nama tu tetap nama aku. Halili tetap halili kan? Halili yang tetap berada di hati anda. Ewahh.

Ini juga Halili tetapi versi lebih kurus, pipi cengkung, kaki ada gap



Sekian,
Assalamualaikum.

Friday 16 October 2015

Apakah maknanya hidup kalau tiada impian?


Assalamualaikum. Hye korangs! Biasa la janji tetap janji, janji pasti ditepati. Aku ni walaupun murung tak curah semampu jiwa untuk menjawab paper haritu aku tetap gigih menulis tau. Biasa la kenkadang kita ni dah hafal kemain bahagian enjin dalam luar tepi belakang sisi kiri kanan tepi side sedok tepi siap godek godek mesin potong rumput bapak aku. Last last keluar : Labelkan bahagian luar enjin bendasarkan jawapan yang telah diberikan (3m).  Tertekan tau satu hari sampai mandi tak basah , makan tak lalu. Kau tak faham perasaan aku , kalau kau dah rasa baru la betapa kelam nya dunia ko.


bilik kapal pecah
Exam aku baru habis semalam, lepas balik aku terus tidur tak gerak. Pastu aku dah kena kecam dengan mak aku sebab tak reti nak kemas bilik. Aku cakap la kan kalau banyak buku berkat. Ilmu tu, Allah kan sayang orang yang menuntut ilmu. Pastu mak aku balas " Allah tak suka orang pengotor kay".  Aku terasa la sindiran keras mak aku tapi tak de la sampai aku terus kemas, haaa update blog dulu nak cerita betapa tak move on nya aku.

Amacam periksa? So far not good, but i will put trust on Allah. Huhu first time pengalaman amik exam aku demam. Gigih tak gigih aku kuatkan juga amik exam. Selalu aku kalau nak exam memang tak tenang tidur sebab memang ada masalah insomnia, kadang tidur 3, 4 pagi. Tapi masalah ini diatasi dengan sangat berkesan bila setiap nak kali nak tidur, aku sumbat bergelen ubat batuk. Letak je, nyenyak aku tidur. Huhu baik betul kan Allah macam tahu tahu je aku susah nak tidur. Dia bagi aku demam, biar aku takde mental breakdown. Agaknya.

Soalan alhamdulillah la senang. Mathe and sains lima puluh lima puluh. Bm walau tukar format last minute boleh jawab. Kemahiran teknikal walau dah hafal bab enjin tu sampai terbayang dalam tidur dan ingatan dan akhirnya TAK KELUAR yang tu, boleh jawab. BI  walau pun agak tough bagi anak jawa macam aku nak jawab, alhamdulillah soalan senang. PI alhamdulillah. Cuma barab ni macam erm ermm , tapi boleh la kot dapat A. InsyaAllah.

Apa aku nak buat lepas pt3. Of cos aku nak start STUDY for PAT next week. Walau pt3 dah habis aku bertekad untuk bertindak adil dan tidak memilih kasih agar tiada sesiapa yang terasa. Ceh. Sekali sekala menunjuk dengan ko bukan salah pun. Hah lepas PAT nak lose weight katanya. Cy kata biar kita bercita cita tinggi hidup dalam dunia ni. Sekurang kurang nya kau ada impian. 

Apakah maknanya hidup kalau tiada impian? 

Jadi sam pah sar ap la dik oi

Will update new entry about pt3. Macam mana kejamnya dan betapa murninya dia kepada para pemangsa. Inilah nama nya hubungan Mangsa-Pemangsa . Sumber; Sains, Tingkatan2, Bab4,  Saling Bersandaran Organisma Hidup dengan Kehidupan. 


Assalamualaikum. Sekian.