Thursday 10 September 2020

Jom Jalan: Pengalaman naik Mossy Forest, Cameron Highlands 2020


Assalamualaikum. Hye teman teman. Kembali kita dalam entry jom jalan? Awal tahun 2020 aku pergi pulang ke kampung halaman lagi sekali. Eh tibeh kampung. Disebabkan kekerapan aku holiday CH ni melampau lampau, aku rasa macam dah tak tau dah nak pergi mana bila ke sini.

"Eh senah, tak tau ka ada mossy forest ni?"


"Tau je diknon ui cuma selalu tak berani sebab orang kata kena hiking hiking?"

Aku tak sure korang ada dengar tak gossip gossip begini. Tapi inilah yang berlaku bila korang tak rajin membaca. Disebabkan kali ni aku macam nak jadi bijak sikit, aku search la tentang mossy forest dan terhasillah entry ini wuho!




Harini aku buat Q&A jela. Ye inilah soalan yang aku cipta sendiri, aku jawab sendiri. Korang ada?
Takpe, senang sikit untuk orang orang yang malas membaca (ye macam  aku, siapa lagi) Jom start!

Q: Betul ke kena hiking untuk naik mossy forest?

A: Tidak sama sekali ye (correct me if im wrong). Berdasarkan research aku, cuma ada dua option je untuk naik.



Option 1: Naik dengan tour operator naik 4WD. Biasanya korang boleh book awal awal, cari la kat online ke ataupun jalan jalan sekitar CH tu banyak nau iklan. Dorang boleh pickup dari hotel atapun dekat area BOH tu.

Option 2: Naik sendiri. Salam takziah kalau nak berdikari sendiri, naik kereta mercedes bersinar sinar korang tu. 


NOTE: jalan naik atas tu dah macam belacan. teruk sangat sangat tau. so aku sangat sangat sarankan korang guna option 1. sayangilah kereta anda, walaupun terpaksa mengorbankan sedikit wang.

   

Q: Betul betul la ni takde hiking?




A: Nak naik mossy forest tu tak perlu hiking. Biasanya traveller naik mossy forest untuk hiking Gunung Irau. Aku tak naik pun gunung irau sebab datang sini pakai seluar slack, kasut converse tapak kopak diknon ui. Memang takde niat pun nak hiking, pakai baju pun rilek rilek nak berjalan bukan nak memanjat. Next time boleh repeat hiking Gunung Irau!


Q: Nak masuk kena bayar ke? Berapa tu entrance fee masuk Mossy Forest?


Masuk masuk lagi dah ada pondok ni. Nak buat buat tak faham letew.



A: Okay aku sempat snap harga nak masuk. Bayar la ye teman teman. Masuk rumah orang jangan buat macam rumah sendiri okai.


Q: Ada apa je kat situ, kalau taknak hiking Gunug Irau? Nak buat apa je?

A: Mesti korang terfikir kan, kenapa nak naik Mossy Forest kalau taknak hiking? Baik shopping strawberry, tangkap rama-rama ke, petik daun teh ke. Jangan risau, kat situ ada boardwalk yang mostly sangat cantik dan well - maintained. InsyaAllah nak berjalan tu selamat la takde la kopak kopak ke apa. Ambil gambar pun lawaaa sangat ui rasa taknak balik tau.

Boardwalk tu panjang dan aku personally taktau penghujung kat mana. Cam bengap sikit padahal ada je peta. Yang paling penting aku puas bergambar dan menghayati keidahan Allah bagi. Agak agak rasa penat berjalan sambil bergambar tu, aku patah balik la hohi.






Entrance Mossy Forest



Boardwalk yang bertangga tangga tangga seperti tiada penghujung.





Sesi bergambar adalah sesi yang memenatkan lagi sesia kalau tak reti ambil gambar semart semart.




Kawasan area luar boardwalk ni biasanya akan ada warning macamni. So korang jangann nak mengada pijak dengan alasan nak ambil gambar eh. Masuk rumah orang ni tau, cubit kang.




The view fuh. 



Smol little flower


Tak sentuh tak sentuh. Kita imagine je sentuh.



Korang boleh jugak scan QR code ni, kalau nak kenal dengan tumbuhan tumbuhan kat sini. Sambil melawat, sambil menambah ilmu gitue.









Kat sini pun ada tower yang korang boleh panjat sampai ke atas. View dia Subhanallah lawa banget.





Bapak aku sampai besila sila kat lantai sebab nervous tinggi nau. Aku tak sure keadaan time cuti sekolah. Mesti ramai sampai tak leh naik tower ni kan?

 View dari atas tower tadi.





Okay, tujela entry aku untuk kali ni. Overall, aku sangat recommend korang naik Mossy Forest ni sebab uncle yang bawak kitaorang kata, ramai Malaysian sendiri tak tertarik pun nak naik sini. Mostly yang naik sini, semua foreigner. Berbanggalah dengan khazanah alam yang kita ada tau. Memang berbaloi sangat datang sini.

 

balik tu sempat singgah BOH lepak lepak sambil minum teh gitu

Tuesday 8 September 2020

PENGALAMAN SEBENAR : PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA NEGERI SELANGOR TKWBNS 2019







Assalamualaikum. Sebenarnya harini aku terpanggil nak siapkan entry yang korang semua tengok tajuk di atas ni setelah beberapa bulan terperap tak settle settle. Semoga entry ni bermanfaat untuk semua yang nak sambung belajar tu lebih lebih lagi sekarang musim masuk uni kan. Anyway nak ucap congrats semua yang dapat sambung belajar. Semoga Allah mudahkan urusan korang.

Jom straight to the point. Aku dapat pinjaman pelajaran daripada selangor ni dari sem 1 degree iaitu daripada aku bergelar siswazah di USIM. Ye saya merupakan anak anak yang menuntut ilmu di kampus barokah.  Aku nak masuk sem 3 baru nak settle kan entry ni. Mungkin ada benda yang aku story kali ni, tak tepat atau tak berapa betul, mohon betulkan dan maafkan saya oki. Dah hampir satu tahun benda ni diknon.

Personally, pinjaman pelajaran yang kerajaan negeri selangor provide ni aku memang baru tahu benda ni ada. Saja saja nak masuk degree tu, cari la kat internet biasiswa apa yang ada. Yela niat taknak susahkan parents tanggung belajar. Fuh. Tuptup jumpa pinjaman ni. Kalau buat rakyat selangor nak sambung belajar, pinjaman pelajaran selangor yang disediakan :

1. Pinjaman pelajaran TKWBNS
2. Pinjaman pelajaran Yayasan Selangor


Dua dua pinjaman ni ada syarat tersendiri memandangkan keduanya daripada institusi yang berlainan. Tak silap aku TKWBNS under SUK, kalau yayasan selangor memang under yayasan selangor. Aku tak cukup syarat kelayakan nak mohon yayasan, tula kena move on minta TKWBNS.


Kenapa ambil TKWBNS?

1. Anak selangor 
Aku ni anak jati selangor. Mak bapak pun asal selangor. Nenek moyang pun selangor. Bukan nak riak tapi kalau tak mohon tu rasa macam tak okay. Macam taknak berebut manfaat yang kerajaan negeri sendiri bagi tau. Kalau korang tengok syarat kedua nak mohon TKWBNS:
 2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau


2. Pinjaman boleh ubah
Pinjaman sekarang ni banyak sangat jenis. Untuk TKWBNS ni pinjaman akan diubah kalau result korang gempak. Kadar pengurangannya macam mana? Korang boleh apply mohon pengurangan bayaran base on result korang, lepas habis belajar.

Boleh dah aim belajar power power lepas ni kan?

3. Pinjaman tanpa faedah

In case, result kita tak dapat capai kelayakan pengurangan banyaran balik tu still okay sangat sebab dia tak amik faedah daripada korang. Ha kang ada yang tak faham pulak faedah apa ni ha? Mempergunakan orang ke ni? Tak tak. Maksudnya pinjaman yang kita amik daripada selangor ni takde interest. Ko pinjam segedebuk, segedebuk la kau pulangkan balik. Agitchuw. Mudahkan? Bagi aku sangat better daripada ptptn ataupun pinjaman lain kat luar sana. Tak tau bagi korang macam mana tapi bagi aku tak rugi try apply.



Nah aku bagi link untuk korang rujuk



Sebelum aku terangkan lebih detail step by step, kat bawah ni adalah pinjaman yang diberikan ikut peringkat pengajian korang.

PERINGKAT PENGAJIAN

IPTA/IPTS

(Kadar Setahun)

UiTM, Politeknik &

Kolej Komuniti

(Kadar Setahun)

Sijil-RM 3,000.00
DiplomaRM 4,900.00RM 3,500.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar)RM 6,500.00RM 4,500.00
Perubatan dan PergigianRM 7,000.00RM 7,000.00






STEP BY STEP PERMOHONAN

Dah cukup belum asbab untuk korang apply? Kalau korang dah kunci, yakin dan muktamad, korang boleh proceed cara nak apply. Aku tak sure urusan pinjaman daripada institusi - institusi kat luar sana macam mana. Tapi bagi aku urusan nak apply TKWBNS ni agak rumit. Biasalah kan kalau pinjaman dari pihak mana mana pun, mesti prosedur perjanjian agak rumit. Nak bagi pinjam duit ribu ribu ni diknon oi, bukan dua tiga hengget. Cuma extra sikit TKWBNS daripada pinjaman lain, TKWBNS ada interview. Ha tanjat tanjat. Takpe nanti aku bagi tips apa yang aku ingat untuk korang oki. Jangan putus asa dulu!

 Kat bawah ni aku listkan apa yang korang kena buat step by step untuk memperoleh pinjaman TKWBNS.


1. Permohonan online (hujung ogos)
2. Interview (18 sept)
3. Serahan (awal nov)

Macam aku cakap tadi, aku mohon tahun lepas, tahun 2019. Jadi, mungkin ada perubahan untuk tahun tahun seterusnya. Kalau ada maklumat tambahan, korang boleh roger and out dekat comment section oki. Sharing is caring gitu.





1. Permohonan online 



Aku dapat jumpa gambar yang ni je untuk online application, maaf la ye teman teman. Apply online ni benda paling first la korang kena buat. First online application ni umpama saringan awal. Time ni la nak saring siapa yang tak cukup syarat tapi apply juga, utamakan orang patut diutamakan gitu.

Untuk first step ni pun aku rasa macam banyaknya nak kena isi Allahuakbar. Ada jugak dokumen yang korang kena isi dan sahkan, lepastu korang muatnaik balik dekat page ni. Tapi jangan risau, insyaAllah sempat je buat sebab dia bagi masa yang mencukupi untuk korang siapkan.


2. Interview


Selepas dua minggu, keputusan permohonan online / permohonan pertama korang, LULUS. Time ni korang akan dipanggil untuk temuduga. Ye, yang paling ditakuti semua.

Tempat, masa, tarikh temuduga memang dah ditetapkan. Akan ada urusetia yang akan contact korang, dan terangkan detail urusan interview korang. Aku punya iv memang dekat USIM, dekat bangunan HEP. Sangat senang nak access dan tak payah susahkan parents aku nak menghantar. Waktu iv tu aku ingat memang clash dengan kelas, tapi takpe dorang provide surat pelepasan. So korang boleh prepare awal awal bagi lecturer korang. Best jugak iv ni boleh ponteng kelas.

Aku ingat setiap uni akan ada tempat iv, rupanya tak ye kawan kawan. Memang campur dengan uni lain yang berdekatan dengan USIM. Terkejut jugak la sebab aiyo bila pergi sana memang nampak la ramainya makhluk. Dapat ke tak ni. *getus halili di dalam hati kecilnya*

Heh macam special sangat je kan aku, nak apply pinjaman pastu orang lain tak leh nak apply jugak.




TIPS INTERVIEW PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA, NEGERI SELANGOR TKWBNS


1. Siapkan dokumen yang diminta

Please make sure, double check semua lengkap. Kalau tak cukup apa yang diminta nanti korang jugak yang susah. Mungkin dia tak halau cuma korang kena settle kan dulu baru dapat no giliran iv.

2. Datang awal

Macam aku cakap tadi. Sebenarnya yang mohon ni lagi ramai daripada jangkaan kita. Walaupun kau datang awal, percayalah ramai lagi awal dari kau. Aku syak ada yang subuh dekat Kompleks Islam USIM. Baik korang mengaku cepat.

Datang awal ni penting sebab nak masuk iv tu awal. Kalau korang lambat lambat nanti dapat last last macam aku. Fuh sampai HEP pukul 8 lebih, balik dekat pukul 12 sebab tunggu turn lama nau. Elok elok aku hafal semua nama sultan, jadi ingat nama makanan je tau sebab kebuluq.

3. Study

Preparation aku untuk iv TKWBNS feeling dia sama macam nak aku prepare exam sejarah SPM.



Ei ei buruknya note. Berani ek post kat sini.

Niat aku buat entri ni pun untuk mudahkan orang yang nak pi iv je bukan nak tunjukkan kecantikan tulisan aku pun kan. Nak je scan leklok bagi kat korang, tapi tulah kertas ni aku dah campak mana entah (sakit hati punya pasal). Tapi ni la topik yang aku study untuk interview ni.

Basically, tajuk am yang korang kena study. Berdasarkan pembacaan aku dan pengalaman aku:

1. Negeri Selangor

Start daripada pemerintah, cara pemerintahan, pentadbiran negeri selangor, rakyat negeri selangor.

2. Study perkara yang berkenaan diri sendiri

Berkenaan universiti yang korang tengah belajar dan paling cliche; kos yang korang ambil. 




PENGALAMAN SENDIRI

Meh aku story flow aku sewaktu di interview. Apa je soalan yang dia tanya? Apa je aku terang?Sebelum tu aku nak cakap, sebenarnya aku terkejut, sebab aku banyak baca blog kata iv sorang sorang, bukan grouping ataupun berdua. Batch aku tuptup kena iv berdua. Partner tu memang dorang tetap kan sendiri. Tahap kenervousan aku pun meningkat dengan tiba tiba.


1. Kenalkan diri sendiri

Disebabkan pengenalan diri sendiri ni akan menunjukkan keyakinan diri korang secara menyeluruh. Maka, korang kenalkanlah diri korang sebaiknya. Untuk aku sendiri, partner iv aku seorang yang sangat banyak cakap sampai part pengenalan pun aku rasa dia overshadow aku tau. Nasihat aku, korang jangan overshadow siapa siapa, saling bantu membantu dan yakin dengan diri sendiri.

Pengenalan diri yang aku terangkan:

nama, umur, belajar kat mana, ambil kos apa, duduk kat mana, famili, terangkan korang ni sebenarnya memang anak jati selangor yang selayaknya dapat pinjaman ni.

2. Interviewer akan start tanya soalan berkenaan diri kau

 Disclaimer: ni soalan yang aku dapat tau. Tak sure korang akan dapat bentuk macam mana.

 

"Apa kelebihan awak? " 
"Kenapa kami kena bagi pinjaman ni kat awak?"
"Kenapa ambil kos ni? Minat ke?"
"Kenapa taknak ambil PTPTN ataupun pinjaman lain?"




 3. Interviewer akan start tanya soalan uji pengetahuan am berkenaan selangor

 

 

 "Nama sultan Selangor?"

"Nama menteri besar Selangor?"

"Berapa banyak daerah di negeri selangor? Boleh listkan sekali dengan mukim?"

"Pentadbiran negeri Selangor?"

 

 

 Aku memang pernah baca, study semua soalan tu. Cuma bila kat depan tu luluh semua. Berdebar lebih semua lupa. 


post iv


Lupa nak cakap, time ni tengah jerebu teruk. Biasalah kan dah hujung tahun memang meriah pembakaran. Berkabusss je pagi, petang, siang, malam. Kalau tak pakai mask, nampak dah muka aku penuh kekecewaan. 



3. Serahan dokumen


Bila korang kena serah dokumen ni, maksudnya korang dah berjaya! Percayalah, aku pun tak percaya macam mana aku boleh dapat memandangkan aku banyak menyepi ketika iv. Tapi dah Allah yang bagi rezeki, mana kita boleh expect kan?


Banyak dokumen korang kena prepare tapi jangan risau sebab time ni biasanya tengah cuti midsem. Jadi, sempat je nak settlekan walaupun banyak nau. Pusat penyerahan pun dekat SUK, shah alam. Dekat je dengan rumah. Alhamdulillah.


Korang amik turn lepastu urusetia akan panggil no korang untuk serahan semua dokumen yang diperlukan. Begitu aja.




Istighfar mak aku tengok aku pakai converse pergi SUK. Entahlah, aku kemana mana pakai sneakers, ada je kasut formal tapi tula jiwa converse aku sentiasa menyerlah di mana mana.

Itu sahaja daripada aku, harap sangat dapat membantu korang yang tengah mencari cari pinjaman selain ptptn atau pinjaman yang mencekik tu. Kalau niat kita baik, nak mudahkan parents, insyaAllah mudah no worries! Aku pun tak sangka aku dapat tapi takpe korang usaha je. Rezeki Allah nak bagi, tak salah alamat tau.

Lagi satu, aku nak pesan. Korang kalau memang aim nak JPA(ehem JPA bagi pinjaman masyukk ui), aku tak sarankan minta pinjaman selangor dulu. Kalau ada yang tak tau, JPA provide pinjaman untuk student yang dah settle satu sem. So korang masuk masuk degree tu memang tak boleh terus minta JPA. Kena minta pinjaman daripada institusi lain dulu untuk survive sem sebelum tu. Kalau korang nak terminate TKWBNS, korang kena bayar balik semua yang korang dah pinjam segedebuk tau. So tu kekurangan dia. hehe.

Assalamualaikum.

Feel free to share your experience!

Friday 17 July 2020

Vitual Learning 2020 : Hidup penuh ketiba-tibaan







 Last entry aku cakap aku baru nak start sem secara virtual. Entry kali ni, kuliah aku tinggal 3 minggu je wuho. Jarang jarang student nak mencecah ke week 14 masih berlenggang macam aku, siap update blog dengan gembira, update story hepi hepi, tweet memanjang. Tapi, korang semua rilek la kita hidup ni sekali sekala je nak bergembira. Kalau duk stress stress tak jadi best dah tau hidup. Lol. Mungkin aku tengah berkata kata pada diri sendiri?

Okaylah aku nak tanya satu soalan: dalam banyak banyak benda yang kita kira, benda apa yang selalu kita kira banyak kali pun, salah kira jugak?

Heh nub. Mestilah jawapanya assignment! Lawan dengan dinding kalau ada yang kata aku salah.
Ada yang mampu kira sahih, tepat mahupun akurat ke? Aku pasti sudah semestinya : tidak. Sebab assignment kita akan sentiasa bertambah secara malar. Terkadang situasi, ada juga yang diselangkan dengan kejutan kejutan yang memerlukan kita melaksanakannya dengan pantas dan segera!

*tepuk bahu*

 Update:






Pendapat aku tentang virtual learning adalah sama seperti manusia manusia di luar sana. Penat dan memenatkan. Tapi aku terfikir gak, kalau kita kelas macam biasa bukan penat jugak ke? Belajar online ni aku rasa lagi eficient (in certain way) sebab

  1. kau akan sentiasa ada me time
me time ni macam mana sebenarnya? me time dalam study online ni macam kau dibenarkan belajar ikut pace kau sendiri. Tak perlu berkejaran dengan kawan kawan kau yang lain. Yang sorang dalam otak ilmu dah sebelanga, kau pulak ada setitik nila je ilmu. Maka jadi la peribahasa: akibat nila setitik, rosaklah susu sebelanga. tibeh. Sebab kau seloq (accent kedah mai dah diknon!), member yang berlari pecut ni kena seloqqq kan pace dia. Tak aci kan? *tiba tiba ada manusia berkata; aci kat india la!* kau sabau aku datang bawak selipar dengar joke zaman kau belum baligh lagi.

       2. family
Jarang kan fefeling study kat rumah? Lagi lagi member yang duduk asrama tu fuh dari merasa preparation jawab PT3 duk melepak dengan member je. Kali ni tidak lagi! saya bersama famili saya!

Okay tujelah kelebihan nya. Kalau ada yang kata kenapa sikit je? Tahu tak, nak cari sebab untuk aku suka virtual learning ni susah! Jom tengok pulak negatif side


  1. 24 hours of learning
Sebabkan waktu virtual learning ni fleksibel, kau akan buat kerja bertangguh tangguh sebab akan ada situasi ; takpe subjek cde aku nak tengok esok, network aku tengok malam ni, test aku buat tengah malam ni. Endup tak jadi apa apa, sebab plan kau tu semua hancur, tiba tiba lecturer baru bagi assignment, submit dalam certain time tu jugak! tak kira! Ini dinamakan hidup penuh ketiba-tibaan. Akhirnya, satu malam tak tidur siapkan kerja. Maka wujudlah istilah 24 hours of learning. Bila fikir balik, okay apa dapat collect pahala satu hari straight lol fake jugak ye aku.

2. Motivation
Wifi kat rumah aku ni sebenarnya ada dua tau abang aku pasang. Jadi, perasaan untuk menghargai kelajuan internet yang tiada sempadan ni membuak buak. Aku pun lalai menghadap drama. Motivation aku sifar. Aku buat ez calculation for all:

takde member= takde pesaing= tidak terasa tercabar dan dicabar. 

3. Sebab kat kena study kat rumah
Aku mewakili satu satunya anak perempuan kat rumah ni of cos kena buat house chores mana yang sempat, nak ringankan kerja mak bapak. Apa fikir, kelas online boleh duduk melepak je ke dalam bilik? Hidup tak seindah tu member. Kita ke mana mana ada tanggungjawab tau. Lagi lagi aku ni hidup menumpang, takkan la nak goyang kaki je kat rumah. Imagine okay, aku tidur 4-5 jam je malam tu, pagi pagi ada kelas pukul 8, tapi aku kena bangun awall lagi dari tu sebab kena kemas rumah dulu tau. Sekarang ni aku tengah berjuang nak kuruskan badan pulak. Kena bersenam lagi pagi pagi. Fuh fikir balik je dah penat.






Struggle is real nak buat notes. Mungkin ada yang bertanya: lili, ko bukan major science comp ke?kenapa menulis? Takpe tak jadilah bawa selipar, rasa nak bawa batu bata pulak.






Sampai disini sajalah entri kali ni. Aku tau ramai dah habis sem untuk online learning ni, tinggal tunggu masuk bulan 10 ni je. Ada la beberapa uni yang masih menghabiskan sisa sisanya sem yang mencemaskan ini. Aku sebenarnya banyak gile assignment tengah beratur nak berperang siapkan. Oh ada jugak test kena jawab. Tapi takpelah for the past few day memang hectic gile life aku, rasa nak duplicate tangan dan otak sekali bagi siapkan semua. So malam ni aku nak reward diri sendiri dengan menulis kat belog kesayangan que. 

I wish you guys all the best okay tempuhi minggu minggu terakhir ini. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua pastu reward pahala banyak banyak! Doakan aku nak jawab test melambak lambak ni okau. bye assalamualaikum!

Thursday 28 May 2020

Norma baru, PKP: Raya aidilfitri versi 2020







Assalamualaikum. Wah rasa macam tengah memberi salam dalam keadaan yang penuh keayuan dan ketatasusilaan. Walaupun biasanya aku manusia yang tidak dikenali sebagai seorang yang sopan, tapi percayalah saat bersukan ataupun dipaksa bersukan, aku lah manusia yang paling baik dan menolak dengan sopan ajakan sahabat saya. Random kan aku ni tiba tiba bangkitkan isu bersukan. Manusia mungkin tertanya ;apakah relationnya di antara entry kali ini dengan bersukan? 

Okay jom straight to the point, sebenarnya aku hampir 3 bulan mereput di rumah. Ye betul, korang jangan pandang aku hina. Aku tahu, aku adalah mangsa pereputan di rumah kalau cuti yang panjang. Tapi at least, sekurang kurangnya, aku masih keluar berjalan jalan menghabiskan duit abang aku dengan gembira. Sekarang ni isu dia kau kena kurung, suruh duduk elok elok kat rumah. Penantian yang panjang,  untuk keadaan menjadi normal. Nak jumpa kawan pun kena guna whatsapp. Ngam ngam pulak aku tak berapa minat nak vidcall manusia manusia. *ottoke ottoke qosingelaquesingel motto detected* Siapa genk, angkat ketiak sekarang! 

Boleh imagine kan betapa aku rasa duduk dalam gua, seakan bergema tapi tidak terlihat suaranya. Gitchueww. euw. aku pulak geli dengan diri sendiri. Oh ye aku jumpa hari hari parents aku, abang aku dan seekor kucing:) Alhamdulillah nikmat jugak hiuhiu. 



Ni sebenarnya first time pergi keluar pergi supermarket. Rasa macam terkejut betul kena beratur macam ni panjang panjang (saya bukan seorang yang mampu menunggu sebegini ye). Dekat 45 min tunggu turn nak masuk padahal dah pergi awal sangat dah rasanya. Rasa sesak nafas berdiri lama lama begitu. Dah dapat masuk SOP kena follow jugak tau, setiap kedai kadang up to 3 people je boleh masuk kalau dah lebih, kena tunggu turn lagi. Berasap rasap spec, sama macam aku yang berasap kepanasan. Elok aku berkobar kobar nak keluar rumah terus jadi; takpela baik aku sambung sesi pereputan. Itula kali pertama dan terakhir aku berkobar nak keluar pergi supermarket.


To be frank, aku takpernah lagi puasa selain di tempat yang bernama rumah. Dari dulu takpernah duduk asrama dan masa asasi pulak masuk ngam ngam lepas raya. Ye akulah anak paling manja, dikasihi, disayangi ha apa lagi. Nak dengki pun aku tak kesah wek. Rasa sedih jugak mengenang tahun ni tahun pertama kali aku tak puasa dengan famili. Alhamdulillah tak jadi sendu tahun ni ehek. Saya diberi nikmat sekali lagi berpuasa bersama famili. Daripada sibuk pandang apa yang kita ada, baik kita pandang apa yang kita ada kan?

Aku boleh consider 2020 tahun berpuasa paling banyak benda baru yang aku nak buat untuk improve diri aku. Mungkin baiki hubungan dengan pencipta, people around me and also for the sake of myself. diri aku. Tahun ni kami satu famili dapat tadarus sama sama, alhamdulillah khatam malam 25 pulak. Solat terawih tak lobang lobang, solat berjemaah paling kerap aku buat, sebelum puasa lagi(itupun lepas kena ceramah). Tidak dilupakan sesi memasak menu menu baru, baking, membaiki apa yang boleh dibaiki, bersihkan rumah selagi boleh. Rasa macam nak tukar cita cita jadi housewife berjaya. 

 Alhamdulillah. Aku pulak dapat khatam untuk diri aku sendiri right before ramadhan ends. Aku sebenarnya selaluuuu gila berangan nak khatam sendiri setiap kali ramadhan bermula, tapi biasala selalu kecundang. But this time alhamdulillah dah umur duapuloh baru impian tercapai hoho. Mungkin nampak ez bagi sebahagian manusia, tapi bagi aku sendiri, it is one of my biggest achievement tau. Alhamdulillah semoga next year Allah bagi peluang lagi. Amminn.




ft meow
Kalau kanak kanak selalu buat onar ketika solat. Aku punya kes kucing aku ni dok memanjat telekung je time solat. Rasa macam kena serang tau tak. Emosi je kalau solat, kucing aku ni tengah mengganas. Dia fikir dia sorang je ke ada mood halamak. Lepas kena marah buat muka gitu. Apa dia fikir dia cute ke. gr.






Selepas sebulan berpuasa, maka bermulalah sesi raya aidilfitri. Seperti yang digembar-gemburkan, kita kena biasakan norma baru dalam kehidupan walaupun sewaktu raya. Nak merentas negeri tidak dibenarkan, raya boleh satu hari je (walhal baju raya aku berpasang pasang), raya kena pakai mask, tidak dibenarkan bersalaman, harus social distancing, satu rumah max 20 orang! Otak aku ni sampai dah terngiang ngiang suara dorang membebel kat tv tau.

Nikmat selanjutnya, nenek atok aku dua dua belah duduk selangor. Ihiks. Sepupu sepapat semua pun majoriti duduk selangor, ramai satu daerah pulak. Thats why you shouldnt take granted mom's advice to find someone from selangor. Rasa nanti nak puji nenek aku lepas ni sebab semua anak anaknya mendengar nasihat dengan taat sekali. Raya aku berjalan dengan baik walaupun ada SOP yang harus dipatuhi. Contohnya, beraya kalini macam tengah buat marathon sebab kena pergi dua dua kampung dalam sehari. Kalau cengkelat sikit sikit takpe hehe.



gen ketinggian kami hahaa semua 170 plus okeh

Selalu kitaorang shooting tepi pantai. Well, only cucu cucu laut can do that. Tahun ni definitely not a good idea la kau nak berposing kat situ. Dah la polis area kampung aku selalu buat gerak gempur mengganas, pakai drone zass zass je saman orang. Untuk masa depan yang lebih terjamin, kitaorang redo je la posing kat tepi kebun kelapa sawit. Well, only cucu cucu kelapa sawit can do that. tibeh.



Rasa kehilangan tahun ni sebab first raya, atok sebelah bapak aku dah takde. Sayu je bila fikir aku tak dapat spend time beraya dengan arwah lagi tahun seterusnya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Apapun moga korang spend time sedekahkan al- fatihah untuk atok aku.

 laut takde takpe tepi lebuhraya kebanggaan kebun baru pun takpe yang penting nampak swag

Maka, gambar aku mengepak ngepak kan sebelah tangan secara sopan ini menunjukkan pengakhiran kepada entry kalini. Selamat hari raya maaf zahir batin gais. Semoga kita diberikan peluang lagi di tahun tahun seterusnya menikmati keindahan ramadan dan hari raya aidilfitri bersama orang tersayang.  

p/s: Kelas online aku start 1 jun ni. Doakan aku dan rakan-rakan biar cekap dan cekal sikit otak belajar tanpa bersua ni tau.

Monday 27 January 2020

second decade : love yourself



Assalamualaikum gais! Harini 28 haribulan. Walaupun dah lambat, bulan satu hampir menutupi tirai tapi aku tak kira nak wish jugak. SELAMAT MENEMPUHI DEKAD BARU & HAPPY NEW YEAR guys!

Jadi apa perkembangan tahun baru korang sepanjang 28 hari 2020 berlansung? Aku ni bukan peramal masa depan orang, bahkan masa depan aku pun tak tau gane. Dapat 4 flat ke, dapat handphone baru ke, dah tak single ke. eh. Tapi takpe, aku yakin masa depan kita Allah dah susun semart dah. Jadi aku harap, di 2020  tak wujud dah insan insan yang mengganti kerja Tuhan, kita buat kerja kita je okai? Dah masuk dekad baru, takkan la otak kita yang lapuk itu masih tidak ditukar tukar dari dekad sebelumnya. All things in this world need to be upgraded kan. Iphone pun nak kena tukar setiap generation, takkan la perangai yang dikatakan menggambarkan diri sendiri tidak mahu ditukar tukar. Tak ke gitu.



20 year old of halili tapi dah pakai baju grad. Korang ada?

Gambar ni sebenarnya abang aku grad haritu. Biasala aku ni adik yang baik. Abang dia rilek je nak grad tapi adik dia yang gelabah nak amik gambar pre convo la apa la. Pastu hari kejadiannya, abang aku malu nak amik gambar depan orang ramai. Hm nasib la tahap aku untuk malu sebab benda kecik cani almost takde. Listen gais, benda tak salah whats the point kita nak malu? ok, oleh dah jadi pakar motivasi.

Malu nak cakap sebenarnya, tapi kalau ikut tahun, aku dah berusia 20 tahun ni. Iler laju masa berlalu macam haritu aku baru amik result spm tau tau dah 2 dekad aku hidup. Alhamdulillah sepanjang 2 dekad ni terlalu banyak nikmat aku dapat, kadang kalau rasa macam nak hitung balikla, apa je yang aku dapat sepanjang aku hidup ni tapi macam aik nak start kira dari mana ek. Allah punya nikmat tu fuh melampau lampau. Walaupun mungkin biasa di mata orang lain, tapi sentiasa jadi luar biasa buat aku sendiri.



Berdiri aku kat sini (ye ye ye kat dalam gambar duduk, nak kena cubit ke ha) selepas 20 tahun aku tempuhi hidup dengan berbekalkan nikmat manusia sekeliling aku maka terbentuklah halili yang harini. gitue. Aku takleh define how good myself are rn but for sure im trying my best to be a better person. Dan sudah semestinya dengan bantuan manusia sekeliling aku yang Allah hantar ni semoga a better version of halili will be build day by day. InsyaAllah. Amin kan bersama gais. Anyway semekom korang okay tak, chen dah nak jadi bapak? Dikesempatan ini aku nak ucap tahniah gais nak dapat anak buah baru. (ytjt)

Okay kalau kita telusuri semula bagaimana halili membesar, walaupun memang dari kecik dah gergasi. Dulu makcik makcik aku akan culture shock dengan aku sebab aku dari kecik dah tembam, orang tua kata semangat atau bahasa saintifiknya obesiti. Macam macam bahasa ada nak menggambarkan appearance aku. Bila sekarang dah kurus sikit (sikit ulang lagi sekali sikit), orang complain aku tinggi sangat pulak. Aik. Aku rilek je tau, orang lain yang buat aku tak rilek selalunya. ceit.


2005: dulu dipeluk

2020: sekarang memeluk
oh ye, siapa terlintas di fikiran oh ingatkan peluk insan tersayang dah . Meh sini meh aku tepuk pala hang bagi pebetul. hormat sikit.





 2015 : dulu amik gambar asal background plain baru nampak semart agitchuw

 2020: aku baru sedar walaupun 5 tahun berlalu, semua gambar semart. Aku memang dilahirkan untuk menjadi semart. Kat mana mana amik gambar lawa. Ada yang nak bantah ke, jom buka langkah. (takpe aku tak reti silat pun)






2017 : berbangga di hadapan universiti orang


 2020: berbangga di universiti sendiri. Usim berjanji pada ibunda! Takbir!






Despite all people saying about my appearance, dari kecik orang mengata aku gemuk la, tak sihat la apa la (all the list goes down btw) Aku sentiasa avoid the negativeness, macam ha lantak kau la nak kata apa, haters gonna hate. Yang penting aku suka diri sendiri, i know myself a lot way more better than others. Kita hidup kat dunia ni bukan nak cari erti kesempurnaan dari insan yang bernama manusia pun kan? Oh ye takde pun gambar time aku kiutmiut dulu kat sini, tapi siapa yang kenal aku taula kan ehe.

Korang boleh agak la kot betapa self love nya aku untuk entry kali ni kan. 98% content entry kali ni adalah gambar sendiri. Takpelah 2020 aku nak tambahkan lagi kecintaan aku kat diri sendiri. Who's gonna love yourself more than ourselves right? So pupuk diri korang sekarang untuk suka diri sendiri then nobody can hurt you okai. 

Anayway, baru baru ni ada banyak kes yang melanda dunia. Somehow kita pun terkesan dengan benda benda yang merisaukan ni. Stay save everyone! Jaga kesihatan korang leklok. Kalau kita tak boleh bantu doktor di mana mana cawangan hospital berdekatan, apatah lagi di hospital sg, buloh. Jangan lah kita menyebarkan berita palsu yang boleh triggered masyarakat. Kita bertenang je okay, benda Allah boleh settlekan. Kita tawakkal jelah lepas kuarintin di rumah dan tidak merayau, keluar 2, 3pagi sesukahati. Ada hikmah apa. Semoga Allah lindungi kita daripada sebarang penyakit, dikurniakan kesihatan berpanjangan, panjangkan umur kita, sempat bertaubat. Allahumma amin!

Doa yang kita boleh amalkan bersama.

Assalamualaikum. bye.