Tuesday 5 February 2019

TERSEKAT DALAM LIFT TAMHIDI

Assalamualaikum.


Baru baru ni aku dengan kengkawan aku stuck dekat lift. Takdelah baru sangat. I still remember the specific date (tulis kat diary kot takkan tak ingat en) 16 of January tau. Baru  masuk tahun baru dah buat sejarah, tepek kat dahi. Aku macam tak percaya gak first entry aku 2019, dimulai dengan perkara yang memilukan. uhuk.

Tolong la korang sedar, kalau hari tu adalah hari korang baru kapel first day ke, dapat result flying colors tarikh tu ke, kucing ko baru beranak haritu ke, ingatlah bahawa kami ketika itu, di saat itu, TERSEKAT DI DALAM LIFT. Aku bukan nak korang bersedih jugak, tapi aku cuma nak korang sedar; dalam ada yang gembira, ada juga yang meratapi dan sedang bersedih. *tepuk bahu sendiri*

Aku rasa entry kali ni paling tragik dan tragis tapi aku nak tulis jugak sebab aku rasa nanti kalau aku dah tua bangka, aku boleh baca dan meratapi kesedihan aku balik. Korang apa tahu. hekeleh hekeleh.

Korang kena bertenang dulu tau, aku dah nak start cerita ni. Okay sebelum tu korang kena ingat
  3 janji-janji yang korang kena patuhi sepanjang korang baca kisah sedih ini :

  1. Cerita ni takde kena mengena, nak malukan atau burukkan mana mana pihak. Termasuklah pihak usim ke tamhidi ke pihak lift tu ke. Nope bukan sesiapa, paling paling pun malukan diri sendiri je lol.
  2.  Kalau korang ter-sengih baca entry ni sebab rasa hidup kami menyedihkan adalah berdosa, mungkin boleh buat gaduh (kalau sebab kami lawa oke, aku boleh terima)
  3.  PLS PLS PLS benda ni SERIUS, ANTARA HIDUP DAN MATI. JANGAN GELAK. SENGIH PUN TAKOLEH! KALAU NAMPAK SIS KAT KULIAH BUAT TAK KENAL JE OKAY.


Ini janji antara kita tau. Jangan mungkir janji tau. Okay lets get start it! *pinky promise*




Basically, hari tu hari rabu. Bagi kuliah kami, hari rabu tu hari rasmi lab kami. That week, kami ada lab chemistry je. Lab tu pulak memang terletak kat fakulti tamhidi. Kalau korang tertanya tanya ;kenapa kami tak naik tangga je, asal pemalas sangat nak naik lift bagai. Korang cuba sucikan hati dulu. Lab chemist kat tingkat 6 tau anak anak. Kalau naik tangga tu dia ada dua kemungkinan je:

  1.  Lab korang pukul 830, tapi korang sampai tamhidi pukul 830 sharp. Nak cakap sikit la kan, orang nak naik lift seluruh bangunan tamhidi tu bukan kau sorang je. Kena beratur panjang la kot. Dalam keterdesakkan melampau macamtu better korang mendaki tingkat 6. Baru nanti madam kesian, tak jadi marah datang lambat bila tengok peluh peluh yang menitis dari dahi kau:)
  2. Korang memang masuk tamhidi sebab nak bina abs:) Dipersilakan. hek.
Alasan alasan aku bagi ni cukup kukuh la buat korang percaya kat aku, bahawa keperluan untuk menggunakan lift adalah terlampau mustahak! 


Basically, aku pergi ke lab macam biasa pagi tu dalam pukul 8 aku dah sampai depan pintu lab. Aku paling paling tak suka berebut/beratur untuk something yang aku rasa aku boleh elakkan. Sebab tulah  aku biasanya akan pergi kelas/lab di awal waktu sebab taknak rebut naik bas dan lift. it sucks do nak kena berebut rebut. Rimas gile nak kena berhimpit himpit tempat kecil.

Sebab aku pergi lab awal, takde lah aksi rebut rebutan lif dan bas pagi tu. Semuanya berjalan lancar sebelum habisnya lab chemist. Lecturer aku dah pesan, lepas habis lab terus sambung lecture yang terletak di tingkat satu. Jadi, lepas je habis lab, semua rushing nak pergi lecture sebab sir dah pesan nak sambung chapter baru. Selain itu, kami juga taknak duduk belakang lelaki lelaki galah yang menghalang penglihatan kami ketika kuliah. Thats why la usaha keras perlu dilaksanakan bagi mendapat tempat duduk yang selesa.

Tapi, macam biasa, malang tak berbau.(korang boleh imagine tak kalau berbau? agak agak bau apa eh??) Aku syak bau tiak korang kalau malang tu berbau. eheh gurau okey. Tunggu punya tunggu turn nak naik lift, kami 8 orang kelas tutor aku + 1 orang kelas sebelah akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke dalam lift.

Kalau korang tak lupa lagi cara nak mengira, dalam lift tu ada 9 orang. Kalau korang nak tahu juga, lift kat tamhidi kecik je, tak boleh lebih daripada 8 orang. Tu memang notis yang ditampal kat setiap floor supaya pengguna aware lift tu untuk 8 orang sahaja. 

Lift tu gerak je cam biasa dari tingkat 6. Tapi tiba tiba di stop mendadak kat tingkat 3. Korang boleh bayangkan tak, time tu dahlah dah lambat nak pergi lecture, tuptup lift stuck kat tengah tengah! Aku menaip nak cerita kat korang pun masih dupdapdupdap tau.

Memula lift stuck kat situ, aku dah pandang member aku. Member aku pandang aku balik. Memang cuak terok la kan citer dia. Pastu aku ; okai gaiss rilek, jangan gelabah. sekejap je ni stuck. Sebab aku pernah je, naik lift, dia bukak pintu lift tu delay sikit so sebab tu aku tak sangka la dia memang betul betul akan stuck taknak buka langsung. 

Dah tiga minit berlalu, pintu lift memang takde tanda tanda nak bukak. Kami dah cuak srs. Tapi still takde sape berani tekan loceng kecemasan. Tiba tiba orang dari luar lift ketuk kuat kuat. Tanya ; ada orang ke kat dalam tu? berapa orang eh? jap nak cari bantuan jap. korang boleh bertenang! boleh bernafas lagi kan?????????

Pertanyaan berturut turut ini terus membuatkan semua  ter-sedar yang kitaorang memang betul betul stuck dalam lift tuuuuu. beneran iniiiiiii. Macam dalam kdrama tuuuu. YA ALLAH TAK SANGKA DALAM BANYAK BANYAK SCENE  DALAM DRAMA YANG AKU TENGOK, PART STUCK DALAM LIFT JUGAK YANG BERLAKU REAL DALAM HIDUP AKU. KENAPA???

Yang paling best tu, orang tu siap membebel: ha tula kan dah pesan lift ni boleh muat 8 orang jee.

Okay la, kami bersalah tapi jangan la tambah kan lagi kerisauan kitaorang. Lift tu kecik weh srs kecik, pastu duk berhimpit pulak ber9 orang. Semua pulak bawak beg memasing yang memang taknak kalah berat dan besarnya. 

The lift was just too small for us. Memang tak muat nak kitaorang semua duduk kat situ serentak. Stuck kat lift tu lama pulak, almost 40 minutes nak gagahkan diri untuk berdiri memang srsly susah. Dengan lack of O2 kat dalam tu + the temperature at the lift was hot + penat berdiri + penat nak gemuruh memang intense gileeee. Aku tak tipuuu.

Satu benda yang aku bersyukur, aku stuck kat lift tu dengan classamate aku. Semua aku dah kenal. Dorang memang banyak gile bantu aku tenangkan diri sendiri, tak gelabah(like i always do!), tak nangis! 

how?


we berkemah there:) Nuha and aimy suddenly open their biscuit and ask everyone to eat, and just enjoy the moment. Kahkahkah berkemah sama si nopal, si nopal si nopal anak nya bahenol.
Pastu semua endup keluakan makanan memasing, pastu lupa dah kitaorang tergantung kat tingkat 3 tu. Ala orang kata, tergantung sepi.







Gambar ni time semua dah kekenyangan melantak. Few of us dapat duduk itupun cangkung je tau. Yang lain berdiri. Aku antara insan yang dah goyah, so aku surrender awal awal nak duduk. Thnks kepada yang mengalah dengan kami yang rapuh ini. *insert song;rapuh by opick*



keadaan di tempat kejadian


Penantian tak sia sia:) Akhirnya kami berjaya dikeluarkan setelah hampir 40 minit menanti. Siapa sangka, abang bomba seluruh lori bomba turun menyelamatkan kami dengan menggunakan tangan hanya seorang abang bomba. Aku tak tipuuuu, zasss je dia tarik pintu tu. Dia tarik pintu tu tak pakai alat pun( yang kami perasan la) Zasss gitu je weh. Aku termanggu jap depan pintu tu.


hish apa hal pintu ni agaknya

Aku tak tipu korang kan, satu lori turun

insert more prove

Satu tamhidi kecoh kenapa ada dua lori bomba depan tamhidi. AKU REPEAT, ADA DUA TAU.
Rasa nak jerit dari tingkat 6 : API TAKDELAH GENG, CUMA PINTU LIFT JE TAKOLEH BUKAK!

Siapa sangka kamilah yang menyebabkan bomba mencemarkan duli menyelamatkan kami:) lebiu abang bomba. Muka still tebal lagi ni weh, kau jangan memain eh.



A big thanks to madam ruby. Nak tahu tak, lepas je orang yang ketuk pintu lift tu bertanya dan membebel, dia tinggal kami kat situ tergantung sepi je. Aku memang rasa diabaikan betul lepas tu. Memang takde sapeee keee nak kesah kat kitaorang???

Lepastu tiba tiba datang madam ruby, madam cakap dia tunggu kat luar pintu. Tenang sikit rasa hati ini, at least rasa tak diabaikan la kan? Tenkiu madam for calming us and waiting for us. saranghae madam!

Mangsa mangsa tempat kejadian


Kesimpulan ringkas yang aku boleh buat :  notis kat tepi lift tu memang ada function. Korang cuba imagine, kalau dalam lift tu ada 12 orang. Tiba tiba stuck, mahu go terus semua.



Kitaorang stuck dalam lift tu almost 40 minutes. Sepanjang lift stuck tu aku boleh cakap, ia adalah saat saat yang tergempar aku pernah rasa.ceh. Kau boleh imagine tak kalau, kalau lift tu terhempas kat bawah ke, bomba datang lambat ke, O2 licin habis dalam lift tu. Alhamdulillah alhamdulillah Allah bagi kami peluang untuk bernafas lagi. We couldnt ask for more la kan. Allah gives us too much chances.


p/s: Abang bomba tu mintak i/c kami sebab nak buat report (Alhamdulliah aku tak bawak purse haritu.) Lepas kejadian tu, kami terus masuk lecture (kami kan pelajar yang berintegrasi naqli dan aqli en, mana boleh ponteng) tuptup masuk kena sambut dengan meriah, tepukan gemuruh dalam kuliah. im so blessed! *gelak fake*gez Pastu yang paling best,  bomba pass i/c kat sir. Sir dengan bangganya sebut nama sensorang kat depan kuliah tu. Omg, im just being a grateful person sebab tak bawa i/c. Femes jap mangsa mangsa kejadian.


THE END.


1 comment: