Friday 29 July 2016

Viral: Cermin mata semurah RM65 inc lens



Last week aku buat spec baru. Dah 2thn tak tukar. Jadi satu kepastian bagi mereka yang dilahirkan untuk bercermin mata buat spec baru. (Kami tidak minta dilahirkan begini) Spec aku yang lama masih boleh dipakai, tapi kalau kau nak tahulah, spec max boleh pakai 2thn. Lebih still boleh pakai, tapi kanta mesti dah calar balar, bingkai dah berterabur. Ada yang senget 30 darjah, 50 darjah. 90 darjah belum jumpa lagi. Kalau terjumpa bisikkan lah kata kata kekuatan padanya. Benda ni hampir mustahil la oky, in case kalau dia main ragbi angkut spec. Bagi member member yang main ragbi pakai spec ni, pastu spec dia jahanam, boleh la salahkan diri sendiri. Kerana kekuatan pemain ragbi bukan terletak pada ototnya, tetapi terletak pada kepintaran nya. Tak, aku tak cakap bod oh. 

Before start promote kedai spec, sebaik nya aku promote diri sendiri. Leklek. Aku dah bersama cermin mata since umur aku 6thn. Muda en. Sekarang umur aku dah 16 thn jadi kalau ikut pengiraan aku dah sedekad hubungan kami selama ini. Lol. Yes power mata aku memang boleh la kalahkan boboiboy, superman, batman, spiderman, hulk, ironman, bahkan ongbak turut dicantas. Memang power berganda ganda, terkejut berganda ganda. Nak salahkan aku, sebab tengok benda terang je mmg tak boleh tau. Sebab aku mmg tak membesar dengan tablet ke, phone ke, ade tv boleh beli ke. Memang takdo. Tapi ayah aku memang suapkan aku dengan buku. Buku cerita kanak kanak, buku cerita khayalan dunia impian. Ko tanya la kartun zaman zaman aku membesar dulu. Memang tiada dalam ingatan. Tapi cuba kau tanya buku cerita apa yang ada dalam malaysia ni. Nampak tapak tangan aku, semua aku mampatkan sekali. Hah tinggal tanya je. Nak riak punya pasal. Lolll. Bila dah besar, pegang buku pun dah tak reti. Halili seorang yang bijak. Jadilah seperti halili. *Proud of myself*



Okay, dah habis promote diri sendiri. Kedai cermin mata yang viral kat fb ni sangat menarik minat aku tau. Macam impossible gilo. Weh rm65 sapa nak bagi harga semurah begini? Jadi , nak sahihkan berita yang macam tak logik, so kita terjah!*mata ada emas keceng keceng*  Ewah.


Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
G FLOOR 


Memandangkan haritu jalan jalan KL sekali lah ajak famili aku pergi situ. Dekat jalan bukit bintang dalam Plaza Sungei Wang. Plaza ni area lowyat, lot10, pavi. Pandai pandai la cari kalau org yg merantau macam aku ni. Kalau korang masuk plaza tu, kedai tu berada di G floor. Masuk je tangga terus je jalan nak gi tandas. Belah kiri tu ada sederet kedai cermin mata. Kalau direction aku salah, pandai pandai la korang tanya orang lain. Sebab mall tu sikit punya besar, manusia pun ramai.

haaa sederet ni semua kedai cermin mata

So, this kedai yang paling murah rm65 jee

Kedai sebaris ni memang semua gila. Harga gila semua berlawan nak paling murah. Tapi, aku tak buat kat sini. Sebab kedai dia agak kecil pastu ramai gila kat kedai tu. Design pula semua cam dah tak lawa sebab RAMAI SANGAT MANUSIA. So we decided pergi kedai yang less people walaupun harga tak semurah tu. Murah jugakla RM80. Kalau tak silap, sederet ni ada 4 kedai yang jual spec RM65-RM80. Yang lain pun ada tapi harga tak sepower 4kedai ni la bro.

Ha aku buat dekat sini, also cheap guys

ni kalau orang yang masih tak caye, SEMUA LA SEMUA


Spec yang dorang jual ni agaknya kalau hilang pun tak perasan sebab kemain la dia bentang semua cermin. Yang nak beli tu ramai sangat pastu dah test spec pakai letak merata ikut suka dorang. 

nice, spec bulat. kalau bawak gi sek ni, elok elok orang pandang atas bawah, tukar jadi kiri kanan. sambil cakap ishish




Almost style spec semua bulat macamni. Pengaruh kpop dan pastinya bukan pengaruh QuPuteh. Muahs. Abang aku buat dekat kedai lain. Tapi still dekat sederet kedai yang sama. Harga pun sama. All nice. Kan aku dah cakap, korang dah dapat masuk deretan kedai cermin mata ni, selamat dah. Tinggal masuk je mana mana kedai, sebab harga semua lebih kurang sama.


Terkinja bila dah siap


my spec punya bekas


Spec bro punya, pun nice lew

Normal okay kalau power kau lebih tinggi tambah sikit duit. Sebab duit lebih untuk nipiskan kanta. Kalau tak cermin mata tu boleh la samakan dengan cermin kat rumah kau buat belek muka. Kalau kedai biasa , aku buat spec harga mesti lebih daripada RM500. RM500 la paling murah untuk lens+ spec+nipiskan. Kat sini RM140 inc lens, spec dan nipiskan. Perfect, so cheap! Spec baru aku gambar intro tu. Lawa en?


Ready in 1 hour 
Satu lagi benda perfect, diaorang siapkan dalam 1jam je. Perfect gilo en, kau takyah balik rumah yg omg jauh gila, then 2 3 hari datang balik. Omg omg gila, baik buat depan rumah kau je. Jimat minyak dan tenaga. Aku pergi haritu macam dah nak maghrib so aku minta nak cpat sikit. Guess what? Siap dalam setengah jam je! Tapi kalau korang ada masa berlambak, satu jam tu mungkin cepat sangat sebab dalam mall tu semua ada. Dari kedai buruk sampai kedai hipster, janji aku pada kauorang, memang tiada istilah mereput di sini. Kau jadi tingkap shopping pun boleh.




Well, spec baru kita kena over sikit. Bye. Assalamualaikum. 


*UPDATE 2018*

Salam guys, aku baru je tukar spec baru. Finally, selepas 2 tahun lebih. Ramai yang comment, pm dan sebagainya tentang kualiti cermin mata semurah ini. Sepanjang 2 tahun lebih aku pakai spec ni Alhamdlillah memang oke. Takde problem macam orang lain expect. Tak ada masalah patah dua ke, cermin tercabut ke, power spec tak oke ke. Alhamdulillah sepanjang aku pakai, memang tak muncul sebarang masalah. Mungkin orang lain lain kan? Masalah cermin pakai selalu longgar tu memang ada, sebab normal spec pakai bertahun tahun memang dia akan slip. Aku memang alaminya kot, dari kecik aku pakai spec ni. Aku membesar dengan spec. Kedai spec yang paling mahal, sampai yang paling murah, memang semua longgar kalau pakai dah lama.

Apa yang aku inform korang adalah honest review. Geng, buang masa aku nak promote benda yang aku tak dapat untung pun gais. Niat aku nak inform benda ni sebab aku sebagai insan yang pakai spec sejak kecik, memang nakk sangat cari spec yang murah. Lebih lebih lagi power tinggi macam aku. Pilihan di tangan korang, sama ada nak beli ataupun tak ok geng? Jadilah pengguna yang bijak.



p/s : Spec baru ni aku tak beli kat kedai ni sebab jauh sangat dari tempat aku. memang tak menyempat nak pergi. Of cos, harga dia berganda.  Kenapa perlu tanya lagi?




14 comments:

  1. igt lg tak, kat kedai tu ada pegawai optometrist tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 3 kedai yang jual harga range macamni, yang saya pergi tu ada. tak tau la kedai yang lain ada ke tak

      Delete
  2. quality dia okay tak? i search google ada yang kata frame senang patah lah, dorang tak bawak masuk dark room for more power details lah,

    ReplyDelete
  3. Saya pakai spec since 6 years old, pergi kedai mahal macmana pun kalau tak reti jaga mmg boleh go spec tu. Saya dah pakai spec ni almost two years, Allhamdulillah okay. Bro saya punya pun okay lagi. Saya masuk je dark room tu. Depends rasanya ikut orang nak check ur power in details or not

    ReplyDelete
  4. Hye sis..nk tnya power u berapa.. kalau power 500+ kiri n kanan agk2x kene berapa ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. 700+ for both eyes. Tula saya kata jimat sbb kalau kedai cermin mata biasa, mesti dpt harga paling murah pun RM500+,tapi kat sini dpt RM140 tepat. Kalau power kurang 400 harga RM90je

      Delete
  5. sblm korang melonjak nafsu nak buat spek kat kedai sungei wang ni sila pergi baca dulu review2 yg teruk kat fb dorang agar xnyesal kemudian hari https://www.facebook.com/pg/Eyesmartvision/reviews/

    HATI HATI!
    HATI HATI!
    HATI HATI!

    BACA REVIEWS PARA PELANGGAN KAT FB KEDAI TU DLU SBLM BUAT KEPUTUSAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu kita kena sentiasa berhati hati sebelum membeli. saya maklumkan apa yang saya alami sahaja dengan jujur ye

      Delete
  6. dah 5 kali buat spec kat sini, semua okay je. buat baru sebab salah saya sendiri x reti jaga hahaha. cth terduduklah, terpijak and etc

    ReplyDelete
  7. ada syarat ke ..kadang ada kedai kena kan syarat, klu power rabun bwh 200 br dapat harga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya pergi (2017) boleh dapat harga rm90 je

      Delete
  8. 1. Skrg ni msh de lg x kedai tu..(2018)
    2. Selain tu .. tau x mana tpt kedai cermin mata sederet spt sg wg plaza

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. insyaAllah ada lagi, awak boleh google hihi
      2. dekat area situ jugak hehe

      Delete