Saturday 3 December 2016

Last Day School of 2k16


Assalamualaikum! Hye awaks. Like srsly dah lama gilo aku tak update blog. Cikgu aku selalu pesan: kita ni hidup mesti buat apa yang kita cenderung. Maksudnya , kalau kau nak jadi doktor, bersabarlah tengok darah memancut mancut. Nak jadi mekanik, rajin kan lah pegang spanar. Nak jadi pilot, cuba pegang buku lama lama sikit sebab yela kalau pegang buku tak boleh, macam mana nak pegang stereng kapal terbang lama lama. 

Kalau aku pulak kecenderungan; seharian layan drama. Aku rasa kecenderungan aku ke arah menjadi pelakon. Kau rasa oky tak? Aku tak harapkan apa apa selain sinar harapan daripada kau. Sebab aku ni stok stok manusia yang tiada kelihatan harapannya.

Semalam last day sekolah. Macam biasa, aku ni muka pelajar bermasalah. Mampu datang sekolah bila dah nak penutup, minggu sebelum-sebelum tu memang kejap ghaib kejap termuncul. Percayalah, kalau termuncul kat sekolah tu mungkin ada seruan dari malaikat ma u t. Kau imagine la eh, sekolah kitaorang tahun ni sangat advance. Exam sebulan setengah, sebab aku amik 12subjek. Lepas kau ber mati matian baca buku, kau ada lagi 3 weeks untuk menunggu hari yang dinamakan hari terakhir persekolahan. Kalau datang buat muka toya je takpe tau. Ni kitaorang kena hadap paper PAT. Paper PAT yang penuh kenagan pahit. 

Aku sentiasa percaya istilah sejarah lama jangan dikenang, tapi berita sesi persekolahan berbaki lagi 3 minggu menidakkan segalanya! 

Kesimpulan yang aku boleh buat: datang sekolah + hadap kenangan pahit + kena marah dengan cikgu + merayu markah naik gred + cikgu tak bagi + cuba bertahan dengan kehidupan +  buat pembetulan daripada kenangan pahit yang telah terlakar 


Adakah anda fikir 3 minggu yang kami lalui ini semudah yang anda sangka?


Setelah selasai mengenang kisah yang lama, kami kena belajar syllabus form5.  Trust me, aku rasa moving foward gila belajar awal daripada member sekolah lain. Kalau hidung aku ni dah mancung tak ada la pipi tersorong sorong macam sekarang ni. Eh.

Walaupun kau sedar hakikat hidup kau untuk 3minggu ; tidur dalam kelas + rehat + makan + sambung tidur + eh dah balik?

Percayalah cakap aku, hari terakhir ni merupakan hari penantian kami. Orang yang kata form4 honeymoon year tu boleh la solat taubat ke hajat ke tahajjud ke. Hidayah kan Allah bagi. Jangan risau, dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil.




Our class next year! Ok, saja nak cakap kelas 4KAA sebelah kelas 5KAA. Biasala kami special sikit, kelas pun mesti asing dengan kelas lain. Tinggal tunggu cikgu sebaris kan kelas KAA ni dari form 1 sampai form 5. Kami sangat sangat diberi kasih sayang secukupnya oleh semua guru. Terima kasih kerana menyayangi kami. lebiu cikgu. ikhlas tau ni.


Ternampak crush lalu kat bawah be like;

Tiba tiba tertangkap dengan cikgu. Phew hancur harapan.


Selain diberi kasih sayang melimpah ruah, kelas kami juga  diletakkan di ceruk sekolah. Ala bahasa simplenya, kalau dunia dipanggil ; hujung dunia. Kalau sekolah dipanggil ; hujung sekolah. Simple kan bahasa aku? Populasi manusia kat kawasan kelas 4KAA juga sangat sedikit. Jadi, aku yang sentiasa positif ni menganggap , cikgu sangat mengasihi kami. Mereka mahu kami focus 100% untuk menghadapi SPM.

Pernah sekali tu, ada latihan kebakaran kat sekolah. Cikgu dah maklumkan awal awal kat perhimpunan pagi cuma cikgu nak surprise katanya, so tak inform specific time. Kitaorang pun dah bersedia dengan jayanya. Weh, dapat skip belajar gilo tak best. Harapan aku setiap cikgu sub masuk tu bilaaaaa loceng nak berdering. Harapan aku tinggi.........

Guess what? Dah nak habis waktu persekolahan aku jadi sakit hati bila tak dengar lagi dengar bunyi loceng. Cikgu sub pun tertanya tanya. Bila ada member check, NICE kawasan sek dah bersih. Wahaaha gelabah kitaorang keluar kelas pergi padang. Sampai padang, SEMUA buat muka tak puas hati. Aku syak diorang tuduh aku pekak. Yang pelik tu , satu kelas dengan cikgu cikgu sekali pekak.

Adakah mereka mengetahui, bahawa kami ditindas?





Nak cerita, gambar yang diambil ni sangat berharga. Sebab nak amik gambar ni memang berbekalkan motivasi yang kuat bagi mulut tu diam sebab blok sebelah betul betul exam SPM sedang berjalan. Suara kitaorang ni dahlah species beruk. Kang terjerit mahu kena kecam dengan cikgu.  3 weeks sesi persekolahan ni memang nampak la senior senior kami menjalani SPM. Boleh imagine tau nanti next year aku pulak yang ambil SPM. Pergh bayang je dah cukup menyeramkan.



Ok, masuk dalam kelas baru boleh buat bising. Last day normal la cikgu takde. Banyak event last day tu so pew lagi kemain la semua. 








 Sebagaimana yang aku janji, sesiapa yang menawarkan diri untuk bergambar, akan dimasukkan wajah nya ke dalam blog aku. Aku sangat bersyukur muka farwizah tak ada dalam gambar ni. Sebab biasanya farwizah mendominasi gambar dalam blog. Allahuakbar, Allah sangat pengasih Alhamdulillah!





Sempena last day persekolahan dan meraikan kejayaan kami bersekolah selama 3 minggu disamping meraikan pembukaan domino baru di kawasan baru kami, kami berpakat menghabiskan saki baki duit belanja sekolah dengan membeli domino. Alhamdulillah konyang la juga. ( padahal balik rumah makan nasi lagi)

Terima kasih kepada farah, penolong kehormat and ulfah yang dah menawarkan diri untuk membeli makanan. Selain ketinggalan untuk bergambar semasa kami berpesta, mereka juga telah membazirkan peluh mereka untuk membeli makanan untuk kami yang merupakan mangsa kelaparan.



 Lapar ni, tapi kita ni hidup kena chill je.



Maafkan aisyah, aisyah lapar lagi. Tu la muka tak puas hati lagi tu.



Our new member of KAA's family. Omg sangat diperlukan bila panas. Disamping menyejukkan badan, ia juga dapat menyejukkan mata. Subhanallah!


Aisyah chill syah, nak baca surah yaaasin tak. Untuk awak semua boleh.



This is hawa. Student baru lagi ni tapi percayalah, dia ni dah macam dengan kitaorang sepuluh tahun lamanya. Teruskan mengecohkan kelas, kerana aku sebagai pelajar mithali tidak mampu membuat kerja yang tidak dianggap releven sebegitu. Come on gurl!



Memang jarang ni dapat bergambar depan kawasan pejabat, tapak perhimpunan, bilik guru ni. Memandangkan aku pengawas yang sangat berkaliber, selamat phone semua aku rampas. Tapi takpe la last day sekolah bagi chance la! 

Tak rasa ke dari tadi aku puji diri sendiri. Ke aku sorang je yang perasan? 










 Favourite duo in class.








Harapan aku next year, ukhuwah kami terus kekal utuh dan masyarakat 5KAA tahun hadapan masyarkat yang harmoni dan diterima masyarakat setempat. Harapan aku tak banyak la, minta semua  matang dan jangan fikir ikut kepala sendiri je sebab orang lain pun ada kepala. What you give you get back. Harini kita baik kat orang, berganda ganda Allah balas. Yakin pada Allah, Allah yang bagi kau peluang bernafas lagi.

Guru kelas kami, cikgu Faizal Redza dah tak ajar kami lagi next year. Sebab kalau ikut kebiasaannya cikgu akan jadi guru kelas untuk 2 tahun berturut turut. Tapi, bingo tahun ni tak boleh. Walaupun dah macam confirm, harapan aku masih nak cikgu jadi guru kelas kami next year dan ajar fizik dengan cara paling cool. Macam aku cakap, dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil. Kalau bernasib baik, why not en?




Apa yang  boleh cakap, 2016 yang aku lalui ni paling power la selama aku hidup ni. Selain susah nak cekalkan hati study and prepare exam next year, macam macam juga benda jadi 2016. Susah mana pun hidup ni, hebat mana pun hidup ni, jangan lupa yang Maha Esa. Allah bagi nikmat melimpah ruah kat kita. Mungkin nikmat tu kau tak nampak sekarang, Merungut sana sini, memberontak tak puas hati, hasad kat orang lain. Tunggu sampai satu saat nanti kau baru perasan. Perasan bila nikmat tu dah hilang. WAH rupanya aku dalam nikmat.

Assalamualaikum. Thank you. Bbye.
-AUNI HALILI-

Friday 29 July 2016

Viral: Cermin mata semurah RM65 inc lens



Last week aku buat spec baru. Dah 2thn tak tukar. Jadi satu kepastian bagi mereka yang dilahirkan untuk bercermin mata buat spec baru. (Kami tidak minta dilahirkan begini) Spec aku yang lama masih boleh dipakai, tapi kalau kau nak tahulah, spec max boleh pakai 2thn. Lebih still boleh pakai, tapi kanta mesti dah calar balar, bingkai dah berterabur. Ada yang senget 30 darjah, 50 darjah. 90 darjah belum jumpa lagi. Kalau terjumpa bisikkan lah kata kata kekuatan padanya. Benda ni hampir mustahil la oky, in case kalau dia main ragbi angkut spec. Bagi member member yang main ragbi pakai spec ni, pastu spec dia jahanam, boleh la salahkan diri sendiri. Kerana kekuatan pemain ragbi bukan terletak pada ototnya, tetapi terletak pada kepintaran nya. Tak, aku tak cakap bod oh. 

Before start promote kedai spec, sebaik nya aku promote diri sendiri. Leklek. Aku dah bersama cermin mata since umur aku 6thn. Muda en. Sekarang umur aku dah 16 thn jadi kalau ikut pengiraan aku dah sedekad hubungan kami selama ini. Lol. Yes power mata aku memang boleh la kalahkan boboiboy, superman, batman, spiderman, hulk, ironman, bahkan ongbak turut dicantas. Memang power berganda ganda, terkejut berganda ganda. Nak salahkan aku, sebab tengok benda terang je mmg tak boleh tau. Sebab aku mmg tak membesar dengan tablet ke, phone ke, ade tv boleh beli ke. Memang takdo. Tapi ayah aku memang suapkan aku dengan buku. Buku cerita kanak kanak, buku cerita khayalan dunia impian. Ko tanya la kartun zaman zaman aku membesar dulu. Memang tiada dalam ingatan. Tapi cuba kau tanya buku cerita apa yang ada dalam malaysia ni. Nampak tapak tangan aku, semua aku mampatkan sekali. Hah tinggal tanya je. Nak riak punya pasal. Lolll. Bila dah besar, pegang buku pun dah tak reti. Halili seorang yang bijak. Jadilah seperti halili. *Proud of myself*



Okay, dah habis promote diri sendiri. Kedai cermin mata yang viral kat fb ni sangat menarik minat aku tau. Macam impossible gilo. Weh rm65 sapa nak bagi harga semurah begini? Jadi , nak sahihkan berita yang macam tak logik, so kita terjah!*mata ada emas keceng keceng*  Ewah.


Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
G FLOOR 


Memandangkan haritu jalan jalan KL sekali lah ajak famili aku pergi situ. Dekat jalan bukit bintang dalam Plaza Sungei Wang. Plaza ni area lowyat, lot10, pavi. Pandai pandai la cari kalau org yg merantau macam aku ni. Kalau korang masuk plaza tu, kedai tu berada di G floor. Masuk je tangga terus je jalan nak gi tandas. Belah kiri tu ada sederet kedai cermin mata. Kalau direction aku salah, pandai pandai la korang tanya orang lain. Sebab mall tu sikit punya besar, manusia pun ramai.

haaa sederet ni semua kedai cermin mata

So, this kedai yang paling murah rm65 jee

Kedai sebaris ni memang semua gila. Harga gila semua berlawan nak paling murah. Tapi, aku tak buat kat sini. Sebab kedai dia agak kecil pastu ramai gila kat kedai tu. Design pula semua cam dah tak lawa sebab RAMAI SANGAT MANUSIA. So we decided pergi kedai yang less people walaupun harga tak semurah tu. Murah jugakla RM80. Kalau tak silap, sederet ni ada 4 kedai yang jual spec RM65-RM80. Yang lain pun ada tapi harga tak sepower 4kedai ni la bro.

Ha aku buat dekat sini, also cheap guys

ni kalau orang yang masih tak caye, SEMUA LA SEMUA


Spec yang dorang jual ni agaknya kalau hilang pun tak perasan sebab kemain la dia bentang semua cermin. Yang nak beli tu ramai sangat pastu dah test spec pakai letak merata ikut suka dorang. 

nice, spec bulat. kalau bawak gi sek ni, elok elok orang pandang atas bawah, tukar jadi kiri kanan. sambil cakap ishish




Almost style spec semua bulat macamni. Pengaruh kpop dan pastinya bukan pengaruh QuPuteh. Muahs. Abang aku buat dekat kedai lain. Tapi still dekat sederet kedai yang sama. Harga pun sama. All nice. Kan aku dah cakap, korang dah dapat masuk deretan kedai cermin mata ni, selamat dah. Tinggal masuk je mana mana kedai, sebab harga semua lebih kurang sama.


Terkinja bila dah siap


my spec punya bekas


Spec bro punya, pun nice lew

Normal okay kalau power kau lebih tinggi tambah sikit duit. Sebab duit lebih untuk nipiskan kanta. Kalau tak cermin mata tu boleh la samakan dengan cermin kat rumah kau buat belek muka. Kalau kedai biasa , aku buat spec harga mesti lebih daripada RM500. RM500 la paling murah untuk lens+ spec+nipiskan. Kat sini RM140 inc lens, spec dan nipiskan. Perfect, so cheap! Spec baru aku gambar intro tu. Lawa en?


Ready in 1 hour 
Satu lagi benda perfect, diaorang siapkan dalam 1jam je. Perfect gilo en, kau takyah balik rumah yg omg jauh gila, then 2 3 hari datang balik. Omg omg gila, baik buat depan rumah kau je. Jimat minyak dan tenaga. Aku pergi haritu macam dah nak maghrib so aku minta nak cpat sikit. Guess what? Siap dalam setengah jam je! Tapi kalau korang ada masa berlambak, satu jam tu mungkin cepat sangat sebab dalam mall tu semua ada. Dari kedai buruk sampai kedai hipster, janji aku pada kauorang, memang tiada istilah mereput di sini. Kau jadi tingkap shopping pun boleh.




Well, spec baru kita kena over sikit. Bye. Assalamualaikum. 


*UPDATE 2018*

Salam guys, aku baru je tukar spec baru. Finally, selepas 2 tahun lebih. Ramai yang comment, pm dan sebagainya tentang kualiti cermin mata semurah ini. Sepanjang 2 tahun lebih aku pakai spec ni Alhamdlillah memang oke. Takde problem macam orang lain expect. Tak ada masalah patah dua ke, cermin tercabut ke, power spec tak oke ke. Alhamdulillah sepanjang aku pakai, memang tak muncul sebarang masalah. Mungkin orang lain lain kan? Masalah cermin pakai selalu longgar tu memang ada, sebab normal spec pakai bertahun tahun memang dia akan slip. Aku memang alaminya kot, dari kecik aku pakai spec ni. Aku membesar dengan spec. Kedai spec yang paling mahal, sampai yang paling murah, memang semua longgar kalau pakai dah lama.

Apa yang aku inform korang adalah honest review. Geng, buang masa aku nak promote benda yang aku tak dapat untung pun gais. Niat aku nak inform benda ni sebab aku sebagai insan yang pakai spec sejak kecik, memang nakk sangat cari spec yang murah. Lebih lebih lagi power tinggi macam aku. Pilihan di tangan korang, sama ada nak beli ataupun tak ok geng? Jadilah pengguna yang bijak.



p/s : Spec baru ni aku tak beli kat kedai ni sebab jauh sangat dari tempat aku. memang tak menyempat nak pergi. Of cos, harga dia berganda.  Kenapa perlu tanya lagi?




Wednesday 1 June 2016

Keturunan Matahari

Assalamualaikum

Lekluleklu jangan gelaabah opah. Aku tak bawa ajaran sesat. Biasala manusia sekarang ni memang suka menghukum. Aku rasa kalau ikut pengiraan aku, kalau ada duapuloh orang, seorang je tak tengok kdrama ni. Well, aku tak cakap satu orang yang tak tengok tu malang. Cuma dia kurang bertuah sikit tak dapat satu fakta besar. Apa dia? Orang berperang zaman millenium ni memang dilahirkan untuk kau tak tidur malam. Good looking dia masyaAllah tabarakallah. Tajuk kat atas memang saja aku nak kekalkan identiti kemelayuan. Susah nak cari insan menghargai macamni. Tsk.



Alamak oppa handsome lalu

eh awak  puji ke


EHEH puji sikit boleh, takmo banyak banyak tau. itew maluw.


Wahaahaaha. Tak sangka drama power cani boleh tukar benda kelako pulak. lews. Anyway, aku takmo buat review. Cerita ni takperlukan review. Sebab drama ni bukan drama biasa, tapi aku panggil karya anugerah terindah. Hewhewhew. Kalau terasa gedik, silalah kecam diri sendiri. Sape suruh kau baca entry aku?

Dah lama en rasanya tak update blog. Dia selalu kalau nak update ni kena seru. Dah lama seruan tu tidak kedengaran.Ceh. Bulan lepas rasa macam cepat masa berlalu tau. Haaa biasa la susah memang perlu ditempuhi sebelum kesenangan menghampiri. Macam kes aku, kena exam dulu baru dapat cuti. Dulu kalau form3, exam seminggu. Sekarang, semakin lanjut usia, exam kena sebulan. Tak dela banyak mana, ada la 28 paper. Tak banyak en? Rasa tahap tulang kena kerat dengan kejam dan jiwa terseksa. Adilkah dunia inii?

Hentikan drama ini. Exam kali ni boleh la dikatakan zaman keruntuhan dan kegelapan aku. Eh dah rasa teraba raba cari cahaya dah ni. Rasa macam apa yang aku baca semua nya tak terkeluar. Kesian kat aku terkapai kapai cari nur. Apa yang boleh aku simpulkan, mental dan fizikal yang utuh perlu dipersiapkan bagi menghadapi sesi berus memberus lepas cuti. Aku boleh imagine ah cikgu aku berus aku pakai berus dawai yang pejal tu. Baling kat anjing, boleh la mati. Tapi kalau kat anjing la. 

Time exam tu juga aku belajar lagu lagu cinta baru. Yang pastinya, lagu putus cinta ah. Sambil jalan kaki balik sekolah, lanje la lagu (putus) cinta dengan member. Selalu aku terfikir juga, kami sama sama putus cinta, ataupun aku sorang je yang merasakan kesakitan, ceh. Putus cinta dengan exam ni memang sakitnya tuh disini. Fuh, selama ni aku bercinta dengan exam je tak pernah dengan makhluk lain. Status sekarang ini sukar dikenal pasti. SAD LIFE.



BBye . Assalamualaikum.