Wednesday 3 June 2015

Love Me Right

Assalamualaikum.

Maaflah tajuk tu macam over je tau. Tapi sedarlah wahai tuan hamba, patik sudah kehabisan idea untuk meletakkan tajuk apa yang terbaik untuk kali ini. Bahkan patik sendiri tidak tahu apa apa mengenai cinta sehingga patik meletakkan tajuk 'Love Me Right'. Atau 'Cinta Saya Elok elohk eh?' Cemtu ke maksudnya? hahah dengar sendiri kat sini. Dah lama en aku tak update blog. Pasti peminat peminat di luar sana sudah lama ternanti nanti entri saya. Lalu seseorang membidas dengan berkata; pasal pa hang riaq betui?

Yes, exam dah HABES tapi itu semua semata mata PPT atau lebih dikenali peperiksaan pertengahan tahun belum REAL punya exam. abaikan. Entri kali ni nak citer tentang holiday haritu. Last week, memang betui betui habis exam, esok nya dah gi holiday tau. Hah lagak tak lagak la aku cakap kat ngko siap dagu aku ni naik 45 darjah tunjuk kat kengkawan aku, dapat ponteng sekola, cuti awal tambah nak gi holiday lagi.

Holiday gi mana?

--Felcra Belimbing Tolak Kuala Nerang, Kedah

(maaf sesiapa yang mengemukakan sebarang pertanyaan ini sekali lagi bakal ditolak masuk sawah padi.)


Cerita dia bermula bila abang sepupu aku kahwin dengan orang kedah. Tu ah aku dari tadi cakap utaraq ja. Jauh tak juah, ada la sekali buat tengkuk aku patah riuk akibat tidur sambil duduk diiringi nganga an sebesar depa gajah. Tak, sebenarnya aku memang hantu tidur, lagi lagi kalau long distance macamni. So please, ayah  tolong beli kan sebuah bas untuk anak mu yang kuat tidur ini.

Rombongan kahwin kali tak berapa ramai sebab for ur information, ramai sangat  sedara mara aku kahwin orang jejauh ni, kelantan, terengganu, perak, johor, nogori, melaka, perlis, penang dalam masa dua tahun ni. Tak, aku tipu je, buat masa ni baru  kedah ngan ganu. Lepas ni negeri lain pulak pls, sabah ke sarawak ke. So acik pakcik aku semua wes kesel dah penat nak hantar anak buah diorang yang jauh baq hang. Tak mengapa, usah risau cukup ah bawak aku je bawak gi kenduri, insyaAllah aku kasi lanjan semua.

Makcik aku yang dah taasabaar nak jumpa bakal menantu pergi awal, hari khamis. So, iman gi holiday lagi awal dari aku. cis ko man. Famili aku dengan famili makcik aku lagi satu gerak jumaat pagi. Nak kata pagi, aku masih belum mengiakan sebab masih 4;30 . Mak aku debik aku sambil membebel kenapa tidur lambat kang dah susah nak bangun. Nama cuti panjang, time tidur tu pagi, tu ah otak sekali mereng time cuti.

Kami tiba di kedah pada jam 2;30 ptg. Kira ah ko sendiri bape jam dah tempuh. Mungkin aku merungut la en jauh cenggitu, tapi permandangan belah utaraq ni memang FUH lawa baq hang. Keliling sawah padi, gunung ganang. Time ni la aku turut mengiakan hakikat jauh perjalanan, luas permandangan . Selama ini, nampak oh kebun belakang rumah semakin panjang bukan, jalan tar semakin tebal, dikelilingi bangunan tinggi lampai, sampai bila last aku tengok sawah padi, gunung ganang pun tak tau. Ni, jadi excited tahap cipan, bila datang negeri yang lawa permandangannya beserta panas. Lalu seorang makcik dari kedah berwajah sinis bertanya ; Dik, duduk bandaq ka?
-- Tak, cik duduk kampung kebun baharu.

Lews. Semua menyampah. Kitaorang kat felcra ni duduk homestay yang disedia khas kat felcra tu. Lagipun, homestay ni jarak tak sampai 500meter pun dari rumah pengantin. Boleh la besar homestay dia. Bentang toto kat ruang tamu tu boleh ah semua buat acara guling guling.

Yang paling best, pakcik aku cerita kat kitaorang dia pergi masjid nak solat subuh,then lepas selesai solat, imam tu borak borak ngan pakcik aku ni. Pungpangpungpang borak then imam tu tanya la menginap kat mana. Homestay depann tu hah - jawab pakcik aku. Homestay tu keras, hati hati lah -balas imam

Jap keras kepala, keras batu, keras hati. Pakcik imam cakap mana satu? Aikerai. Tetiba teringat abang sepupu aku sorang ni acaca kat kitaorang sebelum tidur, dia kata 'pandang syiling', *ok, syiling tu ada yang tak ditutup , 'nanti malam ko cuba imagine ade tangan keluar keluar. pandang tingkap. nanti ada lembaga kat situ. Pastu kat belakang tu kan ade gelongsor nanti tetiba ko terdengar ada budak ketawa riang ria memalam. Ini kan dulu tadika. kekekekeke'.

Imagine je dah mampu buat aku seram. Jadi, pada malam tu semua pakat tidur dalam bilik. Terpengaruh baq hang. Pastu menjadi ah cerita sepupu aku tu bila pakcik aku cerita pasal homestay keras. Anyway, korang jangan ah terkejutzzz sangat kerna ini sekadar cerita semata mata. Takut pada ALLAH tau bukan pada syaiton. (ele cakap gempak boleh ah sebab lepas dengar cerita ti terus balik dah tak tidur kat situ bolehla)


Dah dah jom tengok gambar orang kahwin;










wakmustar dengki je dengan aku


flower girl




halah halah wak mustar
the moment bila dah nak bersanding baru nak bukak youtube macam mana nak buat bunga bunga kat sampin tu










peace

Inilah penghujung entri kali ni. Alalala nangis sebab dah habis. Puh. Anyway, aku sebagai adik sepupu ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat abang oyum ngan kak semah. Eh, nama  cam jemah jemah sebab aku tak tau nama penuh pe. And, sampai sekarang kenapa ucapan mesti 'selamat pengantin baru' kenapa tak 'selamat lah kamu dunnya wal akhirah wahai pengantin baru'. Dah, takpayah layan senang.

Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga ke cucu cicit. Dapat anak yang soleh dan solehah dahtu, biar didik Iman suka kat budak kecik. Dan semoga Iman tak bergaduh dengan ANAK BUAH dia sendiri. WAH LIHATLAH DUNIA. kekekeeke Walaupun bukan abang aku, tapi ye ah terasa ah nanti bila raya, kosong je rumah atok tu sebab dah sambut raya kat kedah en. Kita semakin membesar bukan?

Assalamualaikum. bye.

No comments:

Post a Comment