Tuesday 27 May 2014

yeayy dah habis dah.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah hari ni Israk Mikraj. Sejuk aje hari ni tau. Aku rasakan ketenangan. Alhamdulillah sempat lagi rasa menyambut israk mikraj.

Oky oky how about your exam guys? i bet you were very happy. Haha. Of course your result will + + + + all A's. And me? Hahahahah. Baru nak fefeling freedom cikgu sua markah sej hahahahahaahahahahaa 74%. Eh tu bukan A ke? Huih. Sebelum cuti sek sahaja aku dah kumpul nilai mata B dengan BANGGANYA.

Soalan: bangganya ke bangangnya?
Dah takyah jawab. Rasa nak nyorok muka kat bawah meja pastu letak gam gajah sikit biar tak gerak.

Kalau periksa ni memang aku tk reti nak keluar bilik, aku dok atas katil pastu  pegang buku berjam jam lamanya, pastu tido. Hahah. Ko tengok efektif tak efektif cara aku belajaar. Azam kuat tapi tak kene.
Lepastu kalau belajar mesti pegang something. Kalau pegang pen ke pencil ke tak ape la kan, tapi aku mesti pegang makanan. Ye, chocolate.  Mak oiii. Naseb aku tk suka cadbury kalau tk mahu nyesal aku tk makan chocolate seumur hidup. Kitkat tetap menjadi pujaan hati ku. Hhahaha. Aku tk sanggup nak timbang kalau periksa. Ko afdhal kan ajela. Nanti excersice balik okay la tu. Haishhh.

Kalau periksa ni lah aku rasa time untuk aku nak teliti apa cacat dan cela nya kelas aku tu. Masa tula baru sedar kata kata hikmah lekat cute cute kat dinding, warna dinding class aku, apa bende lekat dekat meja. Bahkan kata kata yang terselit sekecil kecil alam aku try nak baca. Sampai senget senget kepala aku cuba hadam pebende budak ni tulis. Pastu baru sedar 'berseni betul budak ni buat ayat jiwang'. Aku fikir org zaman tok kaduk dulu aje yang hantar surat kat makwe pastu buat ayat hiperbola habis. Rupanya di zaman yang tak yah citer ah pesat dia cemna, pun ade buat ayat hiperbola, gelibola, jijikbola. Geli tau otak aku.

Kadang kadang sambil tunggu masa berlalu, aku cakap sesorg. Selalu kalau aku cakap sesorg ni aku tengah complain la, 'pebende cikgu ni buat soalan, ni gaya nak buat aku heartattack usia awal awal cemni'  'ni kerusi ke batu? rasa macam nak renyuk dah tulang aku duduk dekat kerusi ni' .
--ko kene paham satu paper 2JAM
Sumpah sakit badan aku 2 minggu ni. Almaklumlah beg selama ni jadi penyokong badan nak sandar tak ade, ditambah enaknya bila kerusi tu kerusi kayu. Memang orang kata UMMMPHHH la.

Apa pun aku masih berharap subjek lain A. Amin. Insya Allah. Bismillahitawakkaltuala Allah. Assalamualaikum. Semoga ketemu lagi yaa!

Abaikan muka overdose happy aku ni.


Friday 23 May 2014

woi periksa la.

Assalamualaikum.


Haih. Busy tau semenjak dua tiga menjak ni. Memang 24 hours risau tentang PPT. Ya, Peperiksaan Pertengahan Tahun. Ni la manusia, bila nak periksa baru fefeling nak berkawan baik ngan buku. Selama ni tak nak pula cari buku buat bestie dunia akhirat kau. Pastu buku tak nak bestie dengan kau, sebab bila susah kau baru nak cari buku. OH INILAH KAWANNN. Kan. Hampeh. Berganda ganda stress nya bila cikgu kata "Semua paper subjective okay murid murid" OH INILAH CIKGU. Hahaha. Cikgu pun jadi mangsa. Cikgu bagitau last minute, yang semua subjek i mean semua 9 subjek adalah subjektif. Satu paper 2jam. Hhahahah. Ko boleh bayang kan tak betapa BANYAK nya soalan sampai 2JAM.

Tu la lily, lain kali -- SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN. Sekarang kau yang tak tido malam nak baca buku. PADAN MUKA.

Next week paper math, sej, sn and geo. Hope boleh score. Pray for me. Pray for me.

Kita sudah berusaha maka bertawakkal lah. Sesungguhnya, Allah suka orang yang berserah kepada-Nya.
Insha Allah Auni Halili Zamburi A all subject. Amin. Insha Allah dengan izin-Nya.