Thursday 10 September 2020

Jom Jalan: Pengalaman naik Mossy Forest, Cameron Highlands 2020


Assalamualaikum. Hye teman teman. Kembali kita dalam entry jom jalan? Awal tahun 2020 aku pergi pulang ke kampung halaman lagi sekali. Eh tibeh kampung. Disebabkan kekerapan aku holiday CH ni melampau lampau, aku rasa macam dah tak tau dah nak pergi mana bila ke sini.

"Eh senah, tak tau ka ada mossy forest ni?"


"Tau je diknon ui cuma selalu tak berani sebab orang kata kena hiking hiking?"

Aku tak sure korang ada dengar tak gossip gossip begini. Tapi inilah yang berlaku bila korang tak rajin membaca. Disebabkan kali ni aku macam nak jadi bijak sikit, aku search la tentang mossy forest dan terhasillah entry ini wuho!




Harini aku buat Q&A jela. Ye inilah soalan yang aku cipta sendiri, aku jawab sendiri. Korang ada?
Takpe, senang sikit untuk orang orang yang malas membaca (ye macam  aku, siapa lagi) Jom start!

Q: Betul ke kena hiking untuk naik mossy forest?

A: Tidak sama sekali ye (correct me if im wrong). Berdasarkan research aku, cuma ada dua option je untuk naik.



Option 1: Naik dengan tour operator naik 4WD. Biasanya korang boleh book awal awal, cari la kat online ke ataupun jalan jalan sekitar CH tu banyak nau iklan. Dorang boleh pickup dari hotel atapun dekat area BOH tu.

Option 2: Naik sendiri. Salam takziah kalau nak berdikari sendiri, naik kereta mercedes bersinar sinar korang tu. 


NOTE: jalan naik atas tu dah macam belacan. teruk sangat sangat tau. so aku sangat sangat sarankan korang guna option 1. sayangilah kereta anda, walaupun terpaksa mengorbankan sedikit wang.

   

Q: Betul betul la ni takde hiking?




A: Nak naik mossy forest tu tak perlu hiking. Biasanya traveller naik mossy forest untuk hiking Gunung Irau. Aku tak naik pun gunung irau sebab datang sini pakai seluar slack, kasut converse tapak kopak diknon ui. Memang takde niat pun nak hiking, pakai baju pun rilek rilek nak berjalan bukan nak memanjat. Next time boleh repeat hiking Gunung Irau!


Q: Nak masuk kena bayar ke? Berapa tu entrance fee masuk Mossy Forest?


Masuk masuk lagi dah ada pondok ni. Nak buat buat tak faham letew.



A: Okay aku sempat snap harga nak masuk. Bayar la ye teman teman. Masuk rumah orang jangan buat macam rumah sendiri okai.


Q: Ada apa je kat situ, kalau taknak hiking Gunug Irau? Nak buat apa je?

A: Mesti korang terfikir kan, kenapa nak naik Mossy Forest kalau taknak hiking? Baik shopping strawberry, tangkap rama-rama ke, petik daun teh ke. Jangan risau, kat situ ada boardwalk yang mostly sangat cantik dan well - maintained. InsyaAllah nak berjalan tu selamat la takde la kopak kopak ke apa. Ambil gambar pun lawaaa sangat ui rasa taknak balik tau.

Boardwalk tu panjang dan aku personally taktau penghujung kat mana. Cam bengap sikit padahal ada je peta. Yang paling penting aku puas bergambar dan menghayati keidahan Allah bagi. Agak agak rasa penat berjalan sambil bergambar tu, aku patah balik la hohi.






Entrance Mossy Forest



Boardwalk yang bertangga tangga tangga seperti tiada penghujung.





Sesi bergambar adalah sesi yang memenatkan lagi sesia kalau tak reti ambil gambar semart semart.




Kawasan area luar boardwalk ni biasanya akan ada warning macamni. So korang jangann nak mengada pijak dengan alasan nak ambil gambar eh. Masuk rumah orang ni tau, cubit kang.




The view fuh. 



Smol little flower


Tak sentuh tak sentuh. Kita imagine je sentuh.



Korang boleh jugak scan QR code ni, kalau nak kenal dengan tumbuhan tumbuhan kat sini. Sambil melawat, sambil menambah ilmu gitue.









Kat sini pun ada tower yang korang boleh panjat sampai ke atas. View dia Subhanallah lawa banget.





Bapak aku sampai besila sila kat lantai sebab nervous tinggi nau. Aku tak sure keadaan time cuti sekolah. Mesti ramai sampai tak leh naik tower ni kan?

 View dari atas tower tadi.





Okay, tujela entry aku untuk kali ni. Overall, aku sangat recommend korang naik Mossy Forest ni sebab uncle yang bawak kitaorang kata, ramai Malaysian sendiri tak tertarik pun nak naik sini. Mostly yang naik sini, semua foreigner. Berbanggalah dengan khazanah alam yang kita ada tau. Memang berbaloi sangat datang sini.

 

balik tu sempat singgah BOH lepak lepak sambil minum teh gitu