Thursday 28 May 2020

Norma baru, PKP: Raya aidilfitri versi 2020







Assalamualaikum. Wah rasa macam tengah memberi salam dalam keadaan yang penuh keayuan dan ketatasusilaan. Walaupun biasanya aku manusia yang tidak dikenali sebagai seorang yang sopan, tapi percayalah saat bersukan ataupun dipaksa bersukan, aku lah manusia yang paling baik dan menolak dengan sopan ajakan sahabat saya. Random kan aku ni tiba tiba bangkitkan isu bersukan. Manusia mungkin tertanya ;apakah relationnya di antara entry kali ini dengan bersukan? 

Okay jom straight to the point, sebenarnya aku hampir 3 bulan mereput di rumah. Ye betul, korang jangan pandang aku hina. Aku tahu, aku adalah mangsa pereputan di rumah kalau cuti yang panjang. Tapi at least, sekurang kurangnya, aku masih keluar berjalan jalan menghabiskan duit abang aku dengan gembira. Sekarang ni isu dia kau kena kurung, suruh duduk elok elok kat rumah. Penantian yang panjang,  untuk keadaan menjadi normal. Nak jumpa kawan pun kena guna whatsapp. Ngam ngam pulak aku tak berapa minat nak vidcall manusia manusia. *ottoke ottoke qosingelaquesingel motto detected* Siapa genk, angkat ketiak sekarang! 

Boleh imagine kan betapa aku rasa duduk dalam gua, seakan bergema tapi tidak terlihat suaranya. Gitchueww. euw. aku pulak geli dengan diri sendiri. Oh ye aku jumpa hari hari parents aku, abang aku dan seekor kucing:) Alhamdulillah nikmat jugak hiuhiu. 



Ni sebenarnya first time pergi keluar pergi supermarket. Rasa macam terkejut betul kena beratur macam ni panjang panjang (saya bukan seorang yang mampu menunggu sebegini ye). Dekat 45 min tunggu turn nak masuk padahal dah pergi awal sangat dah rasanya. Rasa sesak nafas berdiri lama lama begitu. Dah dapat masuk SOP kena follow jugak tau, setiap kedai kadang up to 3 people je boleh masuk kalau dah lebih, kena tunggu turn lagi. Berasap rasap spec, sama macam aku yang berasap kepanasan. Elok aku berkobar kobar nak keluar rumah terus jadi; takpela baik aku sambung sesi pereputan. Itula kali pertama dan terakhir aku berkobar nak keluar pergi supermarket.


To be frank, aku takpernah lagi puasa selain di tempat yang bernama rumah. Dari dulu takpernah duduk asrama dan masa asasi pulak masuk ngam ngam lepas raya. Ye akulah anak paling manja, dikasihi, disayangi ha apa lagi. Nak dengki pun aku tak kesah wek. Rasa sedih jugak mengenang tahun ni tahun pertama kali aku tak puasa dengan famili. Alhamdulillah tak jadi sendu tahun ni ehek. Saya diberi nikmat sekali lagi berpuasa bersama famili. Daripada sibuk pandang apa yang kita ada, baik kita pandang apa yang kita ada kan?

Aku boleh consider 2020 tahun berpuasa paling banyak benda baru yang aku nak buat untuk improve diri aku. Mungkin baiki hubungan dengan pencipta, people around me and also for the sake of myself. diri aku. Tahun ni kami satu famili dapat tadarus sama sama, alhamdulillah khatam malam 25 pulak. Solat terawih tak lobang lobang, solat berjemaah paling kerap aku buat, sebelum puasa lagi(itupun lepas kena ceramah). Tidak dilupakan sesi memasak menu menu baru, baking, membaiki apa yang boleh dibaiki, bersihkan rumah selagi boleh. Rasa macam nak tukar cita cita jadi housewife berjaya. 

 Alhamdulillah. Aku pulak dapat khatam untuk diri aku sendiri right before ramadhan ends. Aku sebenarnya selaluuuu gila berangan nak khatam sendiri setiap kali ramadhan bermula, tapi biasala selalu kecundang. But this time alhamdulillah dah umur duapuloh baru impian tercapai hoho. Mungkin nampak ez bagi sebahagian manusia, tapi bagi aku sendiri, it is one of my biggest achievement tau. Alhamdulillah semoga next year Allah bagi peluang lagi. Amminn.




ft meow
Kalau kanak kanak selalu buat onar ketika solat. Aku punya kes kucing aku ni dok memanjat telekung je time solat. Rasa macam kena serang tau tak. Emosi je kalau solat, kucing aku ni tengah mengganas. Dia fikir dia sorang je ke ada mood halamak. Lepas kena marah buat muka gitu. Apa dia fikir dia cute ke. gr.






Selepas sebulan berpuasa, maka bermulalah sesi raya aidilfitri. Seperti yang digembar-gemburkan, kita kena biasakan norma baru dalam kehidupan walaupun sewaktu raya. Nak merentas negeri tidak dibenarkan, raya boleh satu hari je (walhal baju raya aku berpasang pasang), raya kena pakai mask, tidak dibenarkan bersalaman, harus social distancing, satu rumah max 20 orang! Otak aku ni sampai dah terngiang ngiang suara dorang membebel kat tv tau.

Nikmat selanjutnya, nenek atok aku dua dua belah duduk selangor. Ihiks. Sepupu sepapat semua pun majoriti duduk selangor, ramai satu daerah pulak. Thats why you shouldnt take granted mom's advice to find someone from selangor. Rasa nanti nak puji nenek aku lepas ni sebab semua anak anaknya mendengar nasihat dengan taat sekali. Raya aku berjalan dengan baik walaupun ada SOP yang harus dipatuhi. Contohnya, beraya kalini macam tengah buat marathon sebab kena pergi dua dua kampung dalam sehari. Kalau cengkelat sikit sikit takpe hehe.



gen ketinggian kami hahaa semua 170 plus okeh

Selalu kitaorang shooting tepi pantai. Well, only cucu cucu laut can do that. Tahun ni definitely not a good idea la kau nak berposing kat situ. Dah la polis area kampung aku selalu buat gerak gempur mengganas, pakai drone zass zass je saman orang. Untuk masa depan yang lebih terjamin, kitaorang redo je la posing kat tepi kebun kelapa sawit. Well, only cucu cucu kelapa sawit can do that. tibeh.



Rasa kehilangan tahun ni sebab first raya, atok sebelah bapak aku dah takde. Sayu je bila fikir aku tak dapat spend time beraya dengan arwah lagi tahun seterusnya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Apapun moga korang spend time sedekahkan al- fatihah untuk atok aku.

 laut takde takpe tepi lebuhraya kebanggaan kebun baru pun takpe yang penting nampak swag

Maka, gambar aku mengepak ngepak kan sebelah tangan secara sopan ini menunjukkan pengakhiran kepada entry kalini. Selamat hari raya maaf zahir batin gais. Semoga kita diberikan peluang lagi di tahun tahun seterusnya menikmati keindahan ramadan dan hari raya aidilfitri bersama orang tersayang.  

p/s: Kelas online aku start 1 jun ni. Doakan aku dan rakan-rakan biar cekap dan cekal sikit otak belajar tanpa bersua ni tau.