Monday 27 January 2020

second decade : love yourself



Assalamualaikum gais! Harini 28 haribulan. Walaupun dah lambat, bulan satu hampir menutupi tirai tapi aku tak kira nak wish jugak. SELAMAT MENEMPUHI DEKAD BARU & HAPPY NEW YEAR guys!

Jadi apa perkembangan tahun baru korang sepanjang 28 hari 2020 berlansung? Aku ni bukan peramal masa depan orang, bahkan masa depan aku pun tak tau gane. Dapat 4 flat ke, dapat handphone baru ke, dah tak single ke. eh. Tapi takpe, aku yakin masa depan kita Allah dah susun semart dah. Jadi aku harap, di 2020  tak wujud dah insan insan yang mengganti kerja Tuhan, kita buat kerja kita je okai? Dah masuk dekad baru, takkan la otak kita yang lapuk itu masih tidak ditukar tukar dari dekad sebelumnya. All things in this world need to be upgraded kan. Iphone pun nak kena tukar setiap generation, takkan la perangai yang dikatakan menggambarkan diri sendiri tidak mahu ditukar tukar. Tak ke gitu.



20 year old of halili tapi dah pakai baju grad. Korang ada?

Gambar ni sebenarnya abang aku grad haritu. Biasala aku ni adik yang baik. Abang dia rilek je nak grad tapi adik dia yang gelabah nak amik gambar pre convo la apa la. Pastu hari kejadiannya, abang aku malu nak amik gambar depan orang ramai. Hm nasib la tahap aku untuk malu sebab benda kecik cani almost takde. Listen gais, benda tak salah whats the point kita nak malu? ok, oleh dah jadi pakar motivasi.

Malu nak cakap sebenarnya, tapi kalau ikut tahun, aku dah berusia 20 tahun ni. Iler laju masa berlalu macam haritu aku baru amik result spm tau tau dah 2 dekad aku hidup. Alhamdulillah sepanjang 2 dekad ni terlalu banyak nikmat aku dapat, kadang kalau rasa macam nak hitung balikla, apa je yang aku dapat sepanjang aku hidup ni tapi macam aik nak start kira dari mana ek. Allah punya nikmat tu fuh melampau lampau. Walaupun mungkin biasa di mata orang lain, tapi sentiasa jadi luar biasa buat aku sendiri.



Berdiri aku kat sini (ye ye ye kat dalam gambar duduk, nak kena cubit ke ha) selepas 20 tahun aku tempuhi hidup dengan berbekalkan nikmat manusia sekeliling aku maka terbentuklah halili yang harini. gitue. Aku takleh define how good myself are rn but for sure im trying my best to be a better person. Dan sudah semestinya dengan bantuan manusia sekeliling aku yang Allah hantar ni semoga a better version of halili will be build day by day. InsyaAllah. Amin kan bersama gais. Anyway semekom korang okay tak, chen dah nak jadi bapak? Dikesempatan ini aku nak ucap tahniah gais nak dapat anak buah baru. (ytjt)

Okay kalau kita telusuri semula bagaimana halili membesar, walaupun memang dari kecik dah gergasi. Dulu makcik makcik aku akan culture shock dengan aku sebab aku dari kecik dah tembam, orang tua kata semangat atau bahasa saintifiknya obesiti. Macam macam bahasa ada nak menggambarkan appearance aku. Bila sekarang dah kurus sikit (sikit ulang lagi sekali sikit), orang complain aku tinggi sangat pulak. Aik. Aku rilek je tau, orang lain yang buat aku tak rilek selalunya. ceit.


2005: dulu dipeluk

2020: sekarang memeluk
oh ye, siapa terlintas di fikiran oh ingatkan peluk insan tersayang dah . Meh sini meh aku tepuk pala hang bagi pebetul. hormat sikit.





 2015 : dulu amik gambar asal background plain baru nampak semart agitchuw

 2020: aku baru sedar walaupun 5 tahun berlalu, semua gambar semart. Aku memang dilahirkan untuk menjadi semart. Kat mana mana amik gambar lawa. Ada yang nak bantah ke, jom buka langkah. (takpe aku tak reti silat pun)






2017 : berbangga di hadapan universiti orang


 2020: berbangga di universiti sendiri. Usim berjanji pada ibunda! Takbir!






Despite all people saying about my appearance, dari kecik orang mengata aku gemuk la, tak sihat la apa la (all the list goes down btw) Aku sentiasa avoid the negativeness, macam ha lantak kau la nak kata apa, haters gonna hate. Yang penting aku suka diri sendiri, i know myself a lot way more better than others. Kita hidup kat dunia ni bukan nak cari erti kesempurnaan dari insan yang bernama manusia pun kan? Oh ye takde pun gambar time aku kiutmiut dulu kat sini, tapi siapa yang kenal aku taula kan ehe.

Korang boleh agak la kot betapa self love nya aku untuk entry kali ni kan. 98% content entry kali ni adalah gambar sendiri. Takpelah 2020 aku nak tambahkan lagi kecintaan aku kat diri sendiri. Who's gonna love yourself more than ourselves right? So pupuk diri korang sekarang untuk suka diri sendiri then nobody can hurt you okai. 

Anayway, baru baru ni ada banyak kes yang melanda dunia. Somehow kita pun terkesan dengan benda benda yang merisaukan ni. Stay save everyone! Jaga kesihatan korang leklok. Kalau kita tak boleh bantu doktor di mana mana cawangan hospital berdekatan, apatah lagi di hospital sg, buloh. Jangan lah kita menyebarkan berita palsu yang boleh triggered masyarakat. Kita bertenang je okay, benda Allah boleh settlekan. Kita tawakkal jelah lepas kuarintin di rumah dan tidak merayau, keluar 2, 3pagi sesukahati. Ada hikmah apa. Semoga Allah lindungi kita daripada sebarang penyakit, dikurniakan kesihatan berpanjangan, panjangkan umur kita, sempat bertaubat. Allahumma amin!

Doa yang kita boleh amalkan bersama.

Assalamualaikum. bye.