Friday 20 December 2019

2019: DEGREE VER


Yo wassap gais harini kita nak buat entry sebab dah rasa lama gile tak update blog. Rasa last buat bulan 6 haritu. Okay jom congak dah berapa bulan tak update incase kalau korang rasa otak korang tak fx secara normal. Rasa macam artis kan padahal ada pulak orang yang kisah pasal engko. Agitchuw. 

Tak sangka dah 6 bulan tak update blog, last update blog masih bergelar pelajar tamhidi/matrik. Tuptup lepas 6 bulan zasss terus jadi pelajar degree. Rasa macam naik darjat kejap. Aik. Anyway aku sebenarnya tengah study week ni ha. Ada yang mengatakan; jangan sekali kali menyamakan study week dengan cuti sem. Tapi aku tak kesah pun dengan metodalogi yahudi begini. Biasanya aku bertenang, aku kemas beg, kumpul baju kotor, pulang ke kampung halaman. Simple kan hidup aku? Korang pulak macam mana? Aha.




Setulusnya, aku sekarang adalah pelajar sains komputer. Tak tahu juga kenapa aku tersesat dalam kos ni tapi yang pasti aku bukanlah pelajar medic ataupun dentist seperti yang selalu diriak-riakkan dalam
entry sebelumnya. Siapa yang baca je tahu, tak baca senyap je. Korang bukan fan aku, menjauh wahai manusia!

 Aha. Aku tengah buat lompatan paradigma dalam kehidupan aku. Kenapa tak nampak pun macam budak sains komputer? Jap nanti aku bawa komputer merata rata baru aku dapat mudahkan penafsiran korang eh. Rilek la member, kalau nak mudahkan ideologi korang , budak engineer tak bawak engine merata rata, budak akauntan pun tak bawak buku log hari hari (eh korang pakai buku log ke, sukahati aku je kan) 




Okaylah aku selitkan sedikit gambar time orientasi. Trust me, time orientasi ni mengambalikan aku ke era era penyucian dosa. Korang ada ke dari pagi sampai malam berbaju dan tudung semua putih. Rasa macam dilahirkan semula tau. Apa? Tak tahu? Okay jom masuk usim!*done promote uni sendiri


Never say no kepada dua manusia ini. Dari tamhidi tau sama. Sebaik ada  geng masuk course loncatan paradigma ini. Kalau tak boleh jadi aku recap perasaan miserable aku sewaktu tamhidi. Loner sebab tak berapa suka bergaul.




Also im a proud mom. Maya dengan qis dapat masuk jadi ahli teater usim. Pastu dorang baru buat show 2 minggu lepas. Penat nak pesan kat diri sendiri yang dorang sebenarnya tengah berlakon. Watak tu tiru diorang ke, dorang ikut watak. Aik pelik.


ISAGILITY 15

Meet my new family gais. Batch ISA yang ke 15.  Nama batch kitaorang isagility tau jangan salah sebut, nanti aku cubit. Ko tengok la aku emosi ni.


Ayda jebat ah ah

Manusia manusia yang ditakdirkan aku untuk sekumpulan sewaktu family day. Ada je senior kat situ tapi wah aku dah rude ye dah panggil panggilan begitu. Okay sebenarnya kitaorang ada family day antara batch ISA. Nak biar kami yang picisan ini mengenal akak akan abang abang atau bahasa mudahnya, para sunbae ISA. Tapi tulah aku malas nak detail kan tentang FD ni. Aku pun ada kerja lain jugak. Eh tetiba emo.



Ni group aku untuk menyelesaikan segala project(ceit macam banyak sangat je project). Ni la manusia manusia  function tau. Aku tak yakin group lain se-fx ni. So next sem boleh la pilih di antara kami masuk group korang. eh.





One with Dr. Juana lecturer database. Korang mesti takleh detect kan mana satu lecturer. booo korang yang  noob. Kitaorang muka muda jugak okay jangan salahkan kitaorang takmo okay.



MSC1 with Dr. Juana yang cute. Aku dah bagi hint besar ni.Bawak la diri sendiri pergi pakar optometry kalau tak boleh detect jugak,  Takut melarat pulak mata korang.



Madam Baiin ajar kami english. See our lecturer's level. Hard to be detected and seen everywhere. Okay kalini aku taknak bagi hint. Boo hidup la korang dalam ke-noob-an.


Ustazah hafizah ajar kami arab. Rock teruk ustazah kami.sebab apa?sebab student semua species yang rock la kut. Ajar i'rab tak reti reti, benda dari sekolah menengah dah belajar pun takleh brain lagi.



Okay ni geng marhaban aku setiap pagi. Walaupun berbeza suara, nada malah intonasi tapi kami tetap bersama sama menuju cita yang satu iaitu menjadi kurang siuman berjemaah.


And last but not least, aku juga daftar koku kelab fotografi. Ada orang kata ciri ciri budak sains komputer adalah seorang yang mahir guna dslr, AI, AP Lr dan sebagainya. Walaupun sebagainya tu tak jelas kesahihannya tapi wah saya suka metodologi ini, sebab tak bersukan. Aha sebaik peluh aku terjaga. 

Gambar kat atas ni gambar kitaorang time FYP dekat pusat gelandangan KL. Saje nak cakap, aku yang bagi idea pergi sini tau. Pastu lecturer aku suka pulak idea ni. Ngam, boleh claim sampai anak cucu aku.



Meet my groupmate nak bergambar setiap kali koku. Sesiapa yang nak daftar koku usim, daftar la fotografi. Best best sebab bergambar je, pastu submit. Settle. Cuma test last tu pedih uit. Semoga halili dapat A. Ayuh amin kan bersama.



Aku sebagai vid director yang acah cute. So kalau korang tengok ada post video lakonan ke apa, aku la yang shoot tu(tapi bukan aku yang edit). Nak claim kali ke1000 sebab ni blog aku kut, korang kalau ka claim diri sendiri, pergi buat blog.



Aku rasa tujela aku nak bebel harini. Walaupun sekarang zaman youtube, orang bervlog, main tiktok entah apa yang merasukimu, ataupun buat cover nyanyi lagu kaypop, aku masih di sini, setiap pada yang satu. Jiwa aku suka merepek sambil menulis pastu selit selit gambar diri sendiri.

Apa pun aku doakan korang yang tengah meghadapi break study week tu kekal bertenang dan dikurniakan oleh Allah kerajinan yang melampau dan kesedaran yang kukuh untuk terus study. All the best for final gais. Semoga Allah mudahkan kita semua jawab final nanti. Amiinn.

Assalamualaikum.