Tuesday 27 November 2018

Awak nak jadi doktor ke?

 Assalamualaikum.

Wow aku ni memang attention seeker kan. Tajuk tu huhu. Nope, saya tak mampu la nak jadi doctor. Pernah orang tanya soalan cani kat aku dulu (yes, sebab aku cetuskan kontroversi kat ig, post kat feed caption nak jadi doc bagai).

Issa bigggg lie ever kalau kau dulu kecik  tak cakap kat cikgu korang, yang korang nak jadi doctor. Tak jadi doctor, jadi cikgu. Cliche. Aku la salah satu insan yang mencetuskan cliche itu. Hewhew.

Disebabkan aku ni pelajar tamhidi sains teknologi, aku sentiasa meraikan semua benda. Lect bagii stethoscope, kau lanjan jela pakai buat ootd pastu post kat ig, tunggu orang like pic zasssss. *one attention seeker detected* Lagipun stethoscope ni mahal okeii. Dulu aku ingat lagi, kat sekolah, kemain cikgu aku tak bagi pegang pun sebab takut rosak. Aku tak tau la sekolah korang cane. Tapi kat tamhidi, berlambak. Nikmat apa yang aku nak dustakan?

insert prove*


Walaupun kerjaya seorang doktor menjadi impian setiap insan sewaktu zaman tiada dosa, tapi back to normal life la sis. Nak jadi doctor bukan senang. Hang kena fight seluruh jiwa raga. Biology tamhidi je aku baru selak 5minit, dah tertidur 30minit. Kalau tak caya, boleh tanya member aku ke rumet aku. Kena insert bukti tau sebab korang ni kenkadang bukan nak percaya sangat kata kata aku. Aku ni jujur kot. Jadi, aku isytiharkan kat korang, biology isn't my thing. Apa kena mengena dengan bio tu umpama ubat tidur aku okay.

Lab partner kesayangan saya


Geng selfie time lab

again with nuha


Power gurl


Of cos, aku enjoy iler each lab sessions from biology, physics, chemistry. Best best. Semua lab sessions aku suka kecuali rat dissection. Tu sumpah aku tinggalkan lab partner aku tergapai sorang. Nak citer aku punya gelabah tu, masa madam tunjuk cara nak handle experiment, aku tutup mata nyorok kat bawah meja. Masa nak buat experiment, aku pejam mata masa pegang pisau pastu end up tak potong pape pun sebab suweeerrrrrr aku lemah lutut.

Aku takleh la, korang tak faham keeeee tikussss tuuuuuu takk berrrsalahhh pastu kauu selambaaaaa jeeeee nak nak potong potong dia. Balik dari lab session tu, aku diam dan terkedu sepanjang hari memikirkan kenapa aku datang haritu, kenapa aku tak ponteng je   diri yang pengecut ini . Hm.

Aku masih berbangga dengan diri sendiri sebab tak muntah/ nangis ke time lab dan bertahan sampai habis session walaupun mulut tu kecoh iler. Mesti orang yang dengar tu rasa nak cili cili jekan  mulut aku. Wahaha. Mulut aku je yang reti bising, tangan tak buat pape. Yang buat experiment semua lab partner aku. Thanks nuha❤️







Oke sebelum aku cerita part ni, korang kena banyak beristighfar dulu. Ya, sudah tentu satu keajaiban untuk insan yang bernama halili join benda yang kena mengena dengan sports. Yeye, saya saya lah die-hard-fan syed saddiq. Yeye tepat sekali, yang menteri belia dan sukan tu. Yeye awak ni haterss saya keeee??


 Halili sangat tak sinonim dengan bersukan, im quite sure you guyss already knowwwww about it. Aku cuma workout, jogging, and cycling je. Itupun sebab nak lose weight bukan untuk perlawanan, whatsoever.  Its my very first time, join event larian begini. Kalau ada member aku sebelum ni cakap; tunggu kiamat la lily nak join sukan. --Salam korang, belum kiamat lagi tau. *Insert certification as a prove*

Aku ada la pasang azam, nak join juga sports bila masuk uni ni. So here we go. Bunch of my classmates join acara ni,  why not kan aku join dorang. Bukan selalu aku nak terpengaruh untuk bersukan ni.

Ok, korang boleh start berzikir dari sini.

Let me expose to you guys(the biggest secret ever, hanya didedahkan di sini jengjeng). Aku sebenarnya tak habiskan pun larian ni. Kahkahkah. Aku bukan penipu okayyy hello helloo ulang balik ayat atas tadi. Aku seorang yang jujur. Korang tarik nafas hembus, dengar cerita aku. 

Masa event ni berlangsung, sedang berlangsung juga hujan yang sangat lebat. Apa orang kata hujan macam anjing dan dan kucing. Srs lebat. Opening tu hujan iler punya lebat sampai la terpaksa tangguhkan opening sampai la hujan redho. Hujan pun redho, tunggu korang redho pulak.

Okey sambung. Aku berlari la macam atlet sepanjang acara berlangsung *imagine halili lari macam atlet zasszusszass**insert bunyi angin sebab laju sangat* Lagi beberapa kilometre, im quite sure tinggal lagi sikit nak sampai. Tiba tiba anjing dan kucing datang. Eh. Salah. Hujan turun tersangat lebat. 

Again im afraid of hujan sebab hujan sekarang ni berbahaya, banyak acid (Eh salahkan hujan pulak).  Taklah, aku ni puteri hujan, kena hujan sikit senduuu terus demam.

Dalam keadaan yang berpeluh peluh + angin sejuk tu, aku ngan member aku sorang ni, amelia, membuat keputusan untuk berteduh. Teduh punya teduh hujan makin lebat. Tetiba ada akak sorang ni perasan kami terdampar kat tepi tu. Dia kesian, dia tumpangkan la naik kete yang berhawa dingin tau, bawa kami pulang ke pangkal jalan dan tamatkan larian. Wahaha.

Pastu sampai pusat sukan, acah berlari dekat pintu gerbang. Maka dapatlah tersarung medal di leher aku. Yehe.

Kalau korang ada yang tak puas hati tu, ingatlah peluh yang aku dah buangkan separuh jalan semasa larian itu. Korang berzikir kan tadi? Boleh rilek kan?




with Miss Faeza

Madam Hakimah

Madam Husna


Sir Afif  okey bukan Sir Ariffin


Inilah kuliah aku KTS1. Kuliah sains teknologi 1. Lecturer kuliah kami semua zass zuss zasss baik gile. They are superrr nice. Ajar teliti gile sampai kadang aku rasa rasa aku ke yang slow sangat tak paham paham. Kadang dalam mengajar mereka pun mereka tak lupa nak nasihat kami. Kata kata mereka kadang srsly penguat kami semua. Selalu pesan;  mana pun hebat kita, back to Allah back to Allah. Somehow aku selalu sedar balik dengan kata kata mereka. Singkat tapi menusuk. Zass.

Sebenarnya banyak lagi lecturer yang ajar kami, tapi tak sempat ambil gambar sebab wahai anak anak, kami tiada study week tau. Melepuh lect nak kejar syllabus, kau berangan pulak nak bergambar ye.

KTS1 zero stress right? Dejavu? Suprise meeee. *chak*
*tuktuktuk ketuk whiteboard* 

Ampun sir dan madam. Saya bergurau tauuu.
Destroy the evidence!




A big thanks to all lecturers. Semoga result sem1 saya cerah.  Amiinn. Berharap dapat lect sama untuk sem2. Mari berdoa dari sekarang gais.

 Continue life! Next page.

A37

Kalau korang tak terhantuk mana mana dinding, korang tak lupa la kot kami semua ni adalah roomate. Jumpa dorang bertiga ni aku boleh cakap, they are one of the best part of my life. Jarang nak jumpa roomate yang sekepala (ceh macam dah pernah masuk asrama je).

Sem2 nanti tukar rumet, aku tak yakin akan sehebat dorang.  Kalau pape pasal drama melayu boleh roger anis. Sebab anis ni ber drama orangnya. HA HELLO. Selalu geng aku melahap makanan, anis la yang aku cari. Suwer aku rasa kami duo makan paling power. Portion makan sama, makan mesti 3x sehari, takleh kurang. Lebih boleh. Mana nak cari perempuan caniiii lagi kat dunia yang mana semua orang nak kurus?

 Farija @ G pulak one of my fav singer. Selaluu nyanyiii untuk akuuuu. Suka sangattt. G ni suka bawak makanan daripada sabah, dan kami la yang kekenyangan selalu. Yang paling best tu, bila aku tanya, apa nama kuih yang dia bawak. Dia jawap entah sebab dia pun tak tau. Hm rasa nak pukul kan? G ni bajau, tapi kami suka nyanyi lagu Sumandak Sabah untuk G sebab Sumandak pun boleh consider Sabah kan? Korang kenaa dengar lagu ni sebab sedap srs. Sumandak Sabah

Huda pulak dah takde next sem, sebab dia dah pindah UITM huhu. Someone yang buat aku selalu fikir kenapa mengapa, sebab Huda ni selalu utarakan curiosity dia kat kami bertiga. Pastu aku la yang selalu termanggu, terfikir balik soalan dia. Out of box tho. Huda dah takde dah next sem takleh dah nak buat aku terfikir fikir lagi. Papehal, kami bertiga sentiasa support hang kejar cita cita hang okei. Gudluck bbgurl.


ft hadirah and pipah



Siapa sangka saya ada kawan kelantan yang tersangat ramai. Siapa sangka juga aku masuk geng dorang. Aku jarang la rasa left out dengan dorang walaupun kadang aku sorang je selangor yang lain kelantan. Nak wat cane, muka muka ni je yang aku hadap kat kk1. Lagipun dorang ni baiik gilos, jarang nak biar aku sorang.  Sejak berkawan dengan dorang, daripada zero, tak faham bahasa kelantan, sekarang boleh la faham sikit sikit. Im a fast learner okai. Lagi lagi kalau yang si tukang cakap tu macam petir lajunya, insyaAllah lama lama hang adapt cepat jeee.

TIPS: kalau korang rasa terpinggir sebab tak faham kawan kelantan korang cakap apa.

--weh cakap KL, aku tak faham lah apa yang ko cakap gile

*maka berbelitlah lidah mereka untuk berkata kata gaya orang KL*





TTS5 , adib, feeqa, darwisyah takde. walaupun jasad takde, roh mereka sentiasa bersama kami. yeks.




with the gurls
MAK LIPA. entah tak tau sape? korang tau ke?



done sem 1


Mereka inilah insan yang banyak bantu aku dalam study. Tanpa dorang siapalah aku. *insert scarlet heart ost* Classmate yang sebenar ni kalau dia masuk air sesama, basah kuyup pun bersama tau. Kalau agak agak perangai tak semenggah tu semua datang dari kelas aku. Kami tak suka show off kepandaian kami sangat kat kuliah. Humble gitue. Simpan untuk final. Tunggu je result kami. Wahaha yakin tu kena ada. InsyaAllah aminnn.

Ha memang takde gambar kelas yang proper sebab biasanya kalau kita enjoy our time together with beloved ones, kita lupa nak bergambar kan? Kukuh tak alasan? hek.






as you can see, we didnt abonded our bottles.:)





Last but not least, geng hangguk aku bersama. 3 orang ni, one of the best person that exist in my life. one ke three? (kesah pulak aku). Selaluuu ada sebelah aku susah senang. Nak tau definisi kawan susah senang memang ada kat 3 orang ni. Baru kenal 6 bulan, tapi macam dah kenal daripada lahir. Kelakar kan? Tapi tula, kalau nak kata lebih, korang taknak caye. Aku penat lah nak kutip kepercayaan korang.

Thankyou sebab wujud, akak bertiga. More years to go with you guys. lot of love.





Korang boleh nampak kan, makin lama makin pendek description aku. Yas entry ni dibuat selama 3 hari. Dan aku dah mula kebosanan dan kepenatan. Entry kali ni boleh tahan panjang jugak wuhu.
Sem 1 dah selesai. Next week, masuk sem 2. Excited + malas nak hadap sem baru.

Sem 1, tamhidi was one of the hardest part in my life (ceh macam lama sangat je hidup). Its all about struggling tho, (sesapa yang rasa sama ngan aku, angkat kaki!). Tapi, the best out of the best, semua kesusahan, tangisan, tu kau dapat get thru sebab ada orang orang yang kau sayang dalam hidup kau. xoxo.

Assalamualaikum.