Saturday 18 August 2018

Best ke jadi Tamhidian? TAMHIDI 2018/19






Assalamualaikum. Hye geng. Dah lama aku tak menaip tau, rasa macam kaku sekejap tangan nak menaip sebab sebelum ni kalau bab menaip pakai keyboard ceh bukan nak takabbur tapi kalau menaip aku pakai celah gigi je tau. Tak main la type satu huruf toleh keyboard, dua huruf toleh dua kali. Aku type, apa yang keluar kat kepala aku terus zasss type tau. ha apa orang kata Zasss zass gitue. Tapi kali ni macam menggagau sikit. Sebab aku asyik pegang buku je. Macam dalam gamba. Pegang je. lol.

Best ke jadi Tamhidian? 

Ramai tanya kat aku soalan ni tau. Rasa nak tanya balik kat korang, korang memang tengah buat quiz ke. Eh. Oklahoklah, aku jawap. Jawapan dia best dan tak best. Best sebab dekat dengan rumah. Dia punya dekat tu kadang rasa macam nak balik rumah tolong mak aku jemur kain jap bila class tetiba cancel. Suka la, gile tak suka sengsarakan member yang jeles dengan aku balik tiap minggu walhal dorang kena tunggu sebulan lebih baru balik. Okai gais jangan rabak, saya selaluuu pujuk dorang yang jeles dengan makanan makanan mak saya masak dari rumah. haha.

Tak best sebab aku rasa macam dah mungkir janji kat diri sendiri. Ye, aku pernah janjiii duluuuuuu taknak sambung sains lepas habiss  SPM. Janji taknak masuk makmal lagi. Janji taknak buat lab report lagi. Janji taknak baca ubat tidur semulajadi saya( yes its biologyy) Ye,saya jugalah insan yang melupakan segala janji janji manis itu. Sekarang bangga gais tunjuk kad matrik tamhidi sains. peaceyo!

Guess what geng, tahun 2018/2019 adalah sejarah yang tercipta untuk pelajar tamhidi. Sebab selama ni tamhidian akan duduk kolej nilam court, kolej yangggg palingggg jauhhhhh dari USIM. Tapi this year, rezeki kami dapat duduk dalam kolej 1. Switch dengan student degree. Mereka pulak duduk luar. Alhamdulillah rejeki rejeki. Senang hidup, masjid dekat, kafe dekat cuma fakulti tamhidi tu jauh sikit tapi tkpe ada bas. no worries.


Eh aku cerita cerita ni korang tau tak tamhidi ni apa. Kalau tak tau, tamhidi = asasi dalam bahasa arab. Istilah tamhidi ni cuma digunakan di USIM sahaja. sama je tamhidi ni dengan asasi lain cuma rasa special sikit sebab kami satu satunya uni yang guna istilah tamhidi. Rasa macam uwow arab nya korang gitue.

Yes, tamhidi kelayakan dia mesti ada Arab, Quran Sunnah dan Syariah masa SPM. Kalau takde tapi nak sambung uni yang islamic islamic gitue boleh try UIA sebab kelayakan UIA tak ada 3 subjek tu pun tak pe, yang penting lulus test. Ha apa yang aku tau lah. Pape hal korang boleh rujuk pakar la eh.

Dengan syarat kelayakan macamni memang aku rasa Usim ni bagi peluang lebih la dekat kami student KAA, student sekolah agama. Wainott kan. Pastu korang kena tau la fuction syarat kelayakan dia macam tu sebab apa. Yye ye tepat sekali tekaaan anda. Student USIM kena amik subjek arab dan quran sunnah(depends on sem).

Arab dia yang kita belajar kat sekolah tu tapi lagi mendalam. Aku memang banyak krik krik dia,  dari paham sebab muka aku ni memang muka krik krik kalau kelas barab dari sekolah rendah. Sambung lagi kat uni. Allahu bertambah tambah lepunya. Tapi aku tetap bersyukur sebab masih diberi peluang belajar bahasa syurga ni 18 years and still counting. alhamdulillah. (hm ayat sedapkan hati ahaks)

Quran Sunnah aku belajar masa sem 1 je tau. Quran Sunnah ni pun belajar dalam arab full, so sapa future tamhidian cekalkan minda anda, lapangkan hati anda sebab biasanya kelas quran sunnah aku akan manfaatkan dengan tidur yang lena dan mimpi yang indah.

For first semester aku belajar segala subjek yang macam kat bawah ni. Ye, macam SPM kan. Selamat pulang ke zaman SPM. saje nak cakap.
  • Chemistry I*
  • Biology I*
  • Physics I*
  • Mathematics I*
  • Bahasa Arab
  • Quran Sunnah
  • English (MUET)*

Chemist, biology, pyhsics of cos kami kena buat report. Every week lab session kami akan bergilir tau. For example: 1st week kami ada chemist and pyhsics. 2nd week baru biology. Every lab session akan dihadiahkan dengan lab report yang perlu disubmit keesokkan harinya. gg. Sedarlah wahai anak anak lab report sangat menyeksakan, kena tidoq lewat bincang dengan patner. hm.

Susah tak?
Aku masih tak boleh nak conclude since aku belum habis sem1 pun. Tapi buat masa ni (masa ni tau, masa hadapan kita tak tau oke?) tamhidi agak susah. Macam spm, ambil 11 subjek cover 2 years. Asasi/tamhidi subjek sains + arab (almost like spm) tapi kena cover 1year. 

So every week kami kena belajar new chap. Kalau 4 minggu = 4 chapters. Lepas 4 minggu, exam. Remember kita ada 6 subjek oke. Kalau lost satu topic, buat jejak kasih lah korang time exam. 

Tips; jangan lost, kalau lost cari pangkal jalan cepat. Pergi la masjid ke apa(?)

Masa
Aku ada gak tengok jadual kawan asasi yang lain. Aku rasa, macam tamhidi banyak free sikit (sikit je tau)  compare asasi yang lain (in my opinion oke)

Kalau kuliah aku, KST1 always starts our classes at 830, habis 530 petang. Pastu tengah tengah tu ada gap sikit sikit, so kami takdelah rushing nok harom. Sempat la aku tarik nafas hembus tarik nafas hembus gitue. Hari hari start kelas & habis kelas waktu yang sama tau cuma hari isnin je start kelas 930. No more monday blues for me hoho. 

Ada kawan sis yang memang jadual dia start hari hari 830 pastu terus berderet kelas, rehat satu jam je tapi habis kelas dalam 430 ptg/ 300 ptg. Base on your luck la geng.

Food
Ada orang kata makanan ni melambangkan sesebuah tempat. Makanan kat USIM for tamhidian, definitely ada 4 tempat. Cafe KK1, student mall, Cafe fakulti tamhidi, Cafe FPQS. 

Kalau aku, aku suka makan kat student mall masa break. Sebab mee sup dia sumpah padu pastu murah, of cos. Cafe KK1, aku bagi 4 bintang. Sedap tapi pedas lol. Harga pun nais lah, tak mahal sangat. Okeoke je.


Dah la penat asyik membebel je, meh aku serikan hidup korang dengan muka aku.





Ye, inilah dia orang yang acah janji taknak masuk lab lagi dah. Kemain amik gambar kat lab tau. Entahla, sekarang rasa seronok kalau ada lab session. Rasa tak lengkap hidup aku kalau takde lab session dalam seminggu tu zzzz.


desk mate kat kuliah kat tutoriial
Jarang berpisah ni kami berempat. Dia mesti duduk berempat tau.  Kalau meja kat kelas tersusun 3 je, rasa nak marah meja tu kenapa tak letak 4 terus????

geng jalan kaki pulang ke kampung halaman (  i mean kolejjj)  kalau pakcik driver lupa tengok jam nak amik kami

with Nuhaaa
my forever lab partner dan guru bahasa arab saya. power baq ang sis ni punya arab, rasa nak pinjam otak dia sekejap bila kelas barab.


more with these girlssss

with my fav duo kat kelas



Saje nak cakap, kalau dapat duduk dalam uni, korang dapat berootd dekat merata USIM sambil jalan kaki nak balik kolej lepas habis kelas. Dalam menuju ke kolej tu pulak korang boleh singgah masjid sekejap. So orang kata 3 in 1 la. Akhirat dapat, dunia dapat. Cuma pilihan kat tangan korang la. Nak buat pekak time azan berkumandang, terussss pi straight balik ataupun singgah menyembah Esa. Kat situ pun dah boleh tentukan syurga ke neraka. EH saya gurau buat kali ke seribuu.



moreee with classmate


oke time ni jumaat lepas, kami baru habis midterm. Ye saya barai terok dengan quran sunnah sebab terrrrrrrrrrr-tidur pastu tak sempat baca satu hapak pun. ye jangan contohi saya.


Ye, sila sejukkan mata anda dengan memandang wajah suci suci classmate saya pada minggu pertama kami sebegai pelajar tamhidi.



Tula tadi aku suruh sejukkan mata dulu. hahaha ni minggu ketiga, kami bergambar lagi. Tak cukup 1 sesssion amik gambar. Dia kalau boleh kena istiqomah every weeek. lol.

last but not least, my roomate. yeay. kiri sekali tu sabah, sebelahnya terengganu, sebelahnya lagi jawa. last kaler biru tu KL tapi bapa daripada sarawak. so aku boleh buat conclusion, kami dah buat bulatan semenanjung, sabah sarawak dengan hanya kami berempat. zass gitue. 


Okelah geng, sampai disini sahaja pertemuan kita untuk entry kalini. Biasanya aku takkan spend free time aku untuk benda selain daripada study+tidur+drama. Tapi alang alang cuti raya haji, baru habis pulak midterm. Memang nais la gais. Anyway selamat hari raya aidil adha! Assalamualaikum.