Monday 28 May 2018

HONEST REVIEW JUJUR: MAGGI PEDAS GILER DI BULAN PUASA

Assalamualaikum.


Baru baru ni memang viral kan makanan yang dipangil Maggi Pedas Giler . Kalau boleh memang merata rata la orang buat review tentang produk terbaru daripada Maggi ni. Honestly, aku memang dikenali sebagai  bukan-seorang-yang-mencuba . Lagi lagi makan pedas. Tapi disebabkan bulan barakah, bulan ramadhan ini semua benda rasa nak bernafsu tau. Dekat youtube, ciapan(?)*im sorreh but twitter is way too mainstream*, facebook semuaaaaa berkisarkan tentang maggi pedas giler ni. Rasa macammmm sedaapppppppp sangaaatttttttt. Sampai rasa berdosa besar kalau tak try. Korang pernah rasa tak perasaan begini? Pernah tak? Ke aku sorang je?

Anyway, aku macam tak berapa suka dengan nama dia -- Maggi Pedas Giler. Rasa macam: gilerrr ah kau remptzzz siuts. Wechat ehhhh? *angkat kening*





Basically, pedas giler ni level tertinggi, so kalau zaman dahulu kala dipanggiil level maharaja lah.



dan saya tak habis.........



Here is my honest review:


1. Harga

Oke, harga ni sebenarnya ikut tempat. Biasalah tu. Kenapa kangkung kat pasar malam seikat RM1, tapi kat Jaya Grocer seikat RM3? Korang ada jawapan sendiri kot. 

Biasanya yang aku tengok orang beli dengan harga RM3.30, ada jugak yang RM3.50. Tapi, kalau korang bijak sikit, korang beli dekat Tesco. Sebab aku cari kat Tesco dan terkejuttz dengan harga dia RM 2.49 je gaisssss. Apa lagi, jadilah bijak seperti saya.



2. Perisa

Maggi Pedas Giler ada 3 perisa, iaitu 
  1. Ayam Bakar
  2. Tom Yummz
  3. Seafood Berapi
Aku jujur la kan, nak cari Maggi Pedas Giler dekat kedai area rumah aku memang susah, biasanya out of stock. Haritu sebab shopping area Klang , terjumpa Maggi Pedas Giler terus zaaazss aku ambik. Yang tinggal kat situ pun cuma perisa ayam bakar. Yang lain zaasss takde, bersih. Laris betul kan benda ni. Puasa, puasa pun menjadi eh korang? Apa bazzar tu dah habis makanan ke apa sampai korang kena berbuka dengan benda ni.



3. SEDAP KE? PEDAS KE?

Aku tekankan sekali lagi, aku try perisa ayam bakar tu tau. Aku tak rasa yang lain lagi (takkan repeat lagi kot lepasni) Mungkin ada variasi kepedasan untuk perisa yang berlainan. Siapa tahu? Mungkin tiada siapa tahu kerana produk ini sentiasa out of stock.

Aku rasa deria rasa korang rosak, kalau korang kata benda ni beshe beshe je pedas dia. Lepas ni pergi jumpa doktor, suruh dia bakar lidah korang kotkot, lidah korang multipurpose. Tak mampu rasa pedas, tapi boleh rasa pahitnya kehidupan setelah dikhianati. zassz.

Sumpah laaa pedas dia tu menyengat kat mulut kau pastu transfer dekat kerongkong kau, pastu dia pi zass terbang kat perut pastu automatik hidung kau berair + mata kau rabak. Pedih bulu hati pun ada jugak . Pedas dia  * kcing kcing **pedang samurai berlaga* . Bagi  yang tak makan pedas, benda ni memang buat insan lemah seperti kita ni rabak dengan teruk.  

Kalau rate kepedasan per sepuluh, aku bagi full mark.

Rasa dia? Aku jujur untuk kali seribu. Yes, sedapp. Sedap gilerr. First bite, kau akan rasa Malaysian kick tau. Memang tetiba rasa jadi orang Melayu tulen gitue. Aku dapat hidu la ke-malaysia-an nyaSecond bite, rasa nak bunuh diri. eh gurau. 

Aku personally, suka Maggi Pedas Giler ni sebab dia datang dalam bentuk mi goreng pastu rasa dia memang power namatey. Kalau berair@ berkuah tu macam sedeh sikit la weh. Sebelum ni aku sendiri assume kalau Maggi je mesti maggi kari, ayam, asam laksa yang berkuah tu. Kalau nak mi goreng, baik pilih indomie je. Tapi aku rasa sekarang Maggi tengah buat satu pembaharuan untuk brand diorang sendiri, which is so nice. (Takde version mi goreng tak pedas ayam bakar yang tak pedas kew?)

4. NAK REPEAT TAK?
NO-NO-NO
Kalau ada version yang tak pedas, aku akan pertimbangkan balik kata kata aku ni sebab rasa dia sumpah nice.



5. KORANG KENA BELI KE?

Aku recommend untuk orang yang suka pedas. Kalau yang tak makan pedas tapi bernafsu macam aku, beli la sekali untuk try. Kalau rasa menyesal lepastu jangan beli dah. Simpan duit tu buat kawen je. Apa orang kata, sikit sikit lama lama jadi bukit?





CONCLUSION

Conclusion yang aku boleh buat, Maggi Pedas Giler di bulan puasa adalah salah satu percaturan yang sememangnya salah. GILE KE KAU PUASA MAKAN PEDAS PEDAS, RASA MACAM KENA HUMBAN NERAKA....(TAPI PINTU NERAKA TUTUP.)




Assalamualaikum.
(rehat untuk ke tandas kali keseribuu )