Friday 15 September 2017

A letter from you





Assalamualaikum. Geng lamanya aku tak update blog geng. Aku ni agak agak memang mudah melupakan jasa kot. Yela dulu time aku baru nak up up dulu benda ni la yang aku hadap hari hari. Kalau boleh nak update tiap minggu. Ala, orang kata baru nak hidup. Aku rasa nak hina diri sendiri bila tengok betapa bataknya aku melayari kehidupan lampau aku tau. Sekarang ni dah matang sikit la. Sikit je pun. Yang lebih tu melagho, cari pasal orang. ZzzZz macam takde life.

So kemana menghilangnya halili? Allahu geng, sis ada sentiasa di sebelah anda. Tak caya kan? Cuba tiup lilin* -keluar ost goblin*

Jangan percayala sebab karut je kot aku. Aku rasa life aku ni makin mengarut. Haha. Aku memang buusy gils hadap spm ni. Dulu kecik kecik aku selalu anggap exam ni gampang, kau cuma tinggal get through je. Kau berusaha- kau berjaya la. Usaha tangga kejayaan la. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan la. Yela sebab dulu upsr jela zaman kegemilangan aku. Lepas masuk menengah, Ideologi ideologi macamni nak pupus dah dalam otak aku.

Memang betul okai usaha tangga kejayaan. (Kang nanti ada orang tuduh aku bawak ideologi merosakkan anak anak muda pulak) Cuma cara kau nak hadapi usaha kau tu ada beribuu cara. Lain orang lain cara.

1. Ada yang start usaha dari awal, sebab nak cari momentum katanya.
2.Ada yang start tengah jalan, ni jenis pecutan di dalam perjalan menuju kejayaan.
3.Ada pulak yang rilek gils, berserah kat Tuhan, rilek hidup ni panjang lagi, rilek la bukan spm ni pengakhiran hidup kau.


Golongan ketiga ni aku ok je sebab level dia berserah kat Tuhan tu macam W0wW AmAZinG. Tapi rasa tak okay, bila ada golongan yang belajar rilek gila, study pun centu centu je. Sekali result, power gils. Aku selalu rasa tak adil. Tapi aku pun tak lupa, Allah Maha adil. RiLEks sis RiLEKSS.

Spm is just around the corner. Aku baru je habis trial minggu ni. Allahuakbar masa jawab paper tu memang yakin. Yakin aku punya masa depan gelap kalau aku tak prepare dalam baki baki hari sebelum menunggu hari keramat.



Masa trial tu sumpah la aku stuggle gils, tido tiap hari 4jam selama 3 minggu. I cried a lottt like srsly a lot. Sebab apa? Sebab study last minute. Cuti seminggu pun macam tk berguna gak sebab macam biasa la aku melagho. Pastu tinggal beberapa hari nak exam tu baru la nak bukak buku.

Dalam beberapa haritu pulak aku dapat la rasa kena puji jadi budak budak level pandai . Yela makan pegang buku, tengah jalan kaki pegang buku, picinic pegang buku, tido pegang buku, balik raya pegang buku. Pastu aku seronok jela acik acik aku puji, sebab rajin. Geng geng yang baca ni, jangan pecahkan rahsia aku pulak okai? Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut taw.

So sis ada pesanan kepada adik adik yang baru nak up tu.(sis dah up ok, tinggi 164 pulak, gaya gaya model dah ni kahkah) Cuba la study last minute. Try time upsr ke pt3 ke. Boleh la lihat masa depan adik tu. Cerah seindah cahaya hidayah Allah nak turunkan dekat adik. Kalau tak dapat hidayah juga, pergila bertaubat dik. Adik kecik lagi dosa pun tak banyak. Jangan try time spm. Kalau try jugak, salahkan la diri sendiri sebab akak dah penat pesan.


*maka akak akak dan abang abang yang bergelar siswazah pun menjeling,sambil berkata;

-kau baru umur setahun jagung darah setampuk pinang, nak acah acah buat pesanan.

ME:
Bang akak semua lek, sis tengah mengejar akak abang semua. Lek je lek je. Jangan gelabah okay?


Putus asa bukan pilihan aku dan sepatutnya bukan pilihan semua orang. Memang sekali tu kau rasa down, tak nak hidup, nak mati, taknk buat, dah penat. Tapi at last kau tk putus asa pun. Kau try even harder. Sebab kau nak tunjukkan yang kau tak selemah tu kan?

 Apa apa pun dalam dunia ni semua Allah dah tentukan. Usaha dulu pape hal, kejayaan kegagalan semua Allah dah tentukan. Jangan pulak kau lupa janji Allah ;

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا 
So, Verily, With Every Difficulty, There is Relief.






Baru baru ni kita dikejutkan dengan berita yang menyesakkan dada semua rakyat Malaysia(aku dapat hidu bau bau karangan bm kat sini) . Aku balik sekolah bukak phone terus terkejut betul. Aku dahla baru habis jawab bio. Korg faham tak perasaan aku? Sayu betul bila tengok. Lagi lagi bila tengok surat ni. Mulia hati budak ni. Kecik kecik dah ada cita cita besar. Cita cita bukan calang pulak, bagi parents dia syurga. Mampu tak kita jadi macam dia? Tepuk dada, tanya iman. Nak bagi parents result gempak pun susah. Hm.



Semua yang terjadi mesti ada hikmah kan? Mati itu pasti. Mereka ahli syurga, kita pulak suatu hari nanti menyusul. Semoga kita dapat akhiri life kita dengan husnul khotimah. Ikut mereka. InsyaAllah amiin. Assalamualaikum





إنَّا للـهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أجُرْنِي فِي مُصِيْبَتي، وأخْلِفْ لِي خَيْراً مِنْهَا

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma ajurni fi mushibati wa akhlif li khairan minha
(Sungguh kami hanya milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya