Saturday 19 September 2015

Holiday with books

Assalamualaikum. So,bila rasanya last aku update blog agak agaknya ye? Dah berdebu. Ni bukan tahap tiup tiup comei debu lagi, ni dah sampai tahap kau tiup pun menyesal sebab habuk dia tu menusuk hidung (ok lawak hambar) Jadi disebabkan aku taknak jadikan blog aku ni lagi hambar, sis try la cuba meniupkan kembali nyawa kehirangan blog ini. Susah tu nak tiup tiup ni lepas berabad tak update blog. Idea tu macam tipis tipis je datang.

"Kemana kau menghilang?"

Haaaa tertangkap rindu aku. Takpayah tanya la sebab periksa pt3 aku lagi 22hari. Ditambah dengan trial yang 'tersangat membanggakan'. Banyak rasa yang aku kena rasa. Sedih ada gembira ada kecewa ada dihina ada. Life must go on kan beb, hadapi dengan tabah sebab Allah ada. Seribu satu syukur aku ungkapkan sebab aku dapat tahu baiknya Allah, kenal Allah semenjak aku dah besar ni(kay selama ni kau kecik,kay). Jadi tiada lagi kebencian, tiada lagi istilah tidak terima takdir, tiada lagi kata tidak bersyukur. Fuh redha redha.

Cuti dah start harini. Maka sedarlah aku bahawa cuti ini bakal dihiasi indah bersama buku buku tebal. Takpe takpe, hidup tak ada yang makin senang, semua makin susah. Baru kau layak dipanggil orang lebih tua. Kalau kau nak senang aje, kembali lah kau ke tadika dan semoga diberkati. Ceh nak doa juga.

Sorry for a very short entry. Next time, habis exam, aku bagi panjanggggg punya sampai satu saat kau menyampah nak melawat blog ni lagi.
Bukan lagi kanak kanak