Monday 15 September 2014

sokey la

Assalamualaikum.

Amboi amoi hw dah buat ke belum sampai nak buat entri baru ni? Gaya macam dah lama buat kan. Study? Study macamne. Gaya macam dah hapal semua malah sudah cukup ilmu didada dan sudah sedia meletakkan kelengkapan peperiksaan  pen,pemadam, dan seantero dengan nya. Ewah.

--padahal satu titik dakwat pun belum bertapak di atas kertas, harapkan baca buku. Hanya titik noktah secara berpanjangan aku mampu hidangkan.......................................................

Iye? Baru aku tahu betapa hodoh nya perangai kau. Pemalas eheheh? Sokey la. Sekali sekala je tau aku pemalas. Esok lusa insyaAllah dengan izin Tuhan aku rajin sikit. Sikit la. Kehkehkeh.

Erm. Menyesal, insaf, rasa dah taubat nasoha. Terima kasih wahai kawan tegur aku. Well, aku ni memang kasar bahasa-- semua tahu. Kadang tak pernah cuba kawal perasaan, semua pakai hambur. Melulu. Panas baran. yaaaa, aku fikir nak delete entry tu tapi sayang sebab ada gambar jerami. Heheeh. So, just cutcutcut. Betul la orang kata terlajak perahu boleh undur, terlajak kata? 

Mohon ampun akibat kelancangan mulut sendiri. Moga diri mampu kawal panas di hati. Terima kasih kerana menegur hamba. Sokey la, aku ni takde sampai orang tegur, komen terus isytihar WAR. 
Sakit hati sekejap je, sebab otak masih fikir cara rasional. Fikir apa salah diri. Muhasabah diri. Pastu baru sedar tahap kebodo han  diri. ISH. Lain kali tunjuk la lagi bodoh diri, ye lili, halili, auni halili. Hamek ko.
buat lagi ye lily ye


Assalamualaikum. 
Moga lili start buat hw esok. 
BBye. Salam alaik.

Sunday 14 September 2014

Dear Jerami,,,,


Bagitahu satu dunia; aku sangat suka gambar ni sebab ada jerami walau berganda ganda kebencian aku terhadap muka sendiri(pahal tudung tu macam dah takde rupa tudung?) 

One week aku duduk sensorg kesepian. Ish. Sebaik cuti minggu ni ko tau? Dear chuna, pls get well soon. Sakit hati masih terkesan ada orang buat kau macamtu. Rasa nak bagi high kick semua. Kau buat kat orang macam hidup ni kau punya kan? Tapi tak pela semua benda kat dunia ni mesti ade hikmah. Percaya tak percaya tu ketetapan diri masing masing.

Btw, dear jerami pulih cecepat, takde sapa nak pinjamkan aku pen biru(dorg kejam) Tangan aku ni pun dah gatal nak usikusik kau. keh. muah la jerami!