Friday 25 July 2014

Bosan

Assalamualaikum


Hye, dah lama dah rasanya aku tak buka blog aku ni. Dah berchamsarang mungkin. Btw, petang tadi aku datang sek. Sebab apa? Aku pun tak pasti. Sebab nampak macam bangang datang sekolah last last dah nak raaya. Semua fefeling nak raya, aku boleh terlintas nak pergi sekolah. Walhal aku sudah tahu seluruh classmate aku sudah berkomplot tak mahu datang sekolah. Dan sesungguhnya aku yakin bila aku datang sekolah, pasti aku akan bertapa menuggu sesuatu yang tidak pasti. Dan aku sudah menyediakan seberapa buku novel yang mampu ku angkut untuk persiapan menghadapi kebosanan yang sudah pasti. Walaupun aku rasa bosan harini, aku rasa puas. Puas dapat memohon kemaafan dari cikgu yang telah berjasa dalam diri dan dapat memohon kemaafan sekiranya aku terkasar bahasa, terlanjur kata dan sering mengecewakan nya. Iyalah, orang kata 'bila nak raya je, reti mohon maaf'. Ya, sekiranya ada peluang kita rebut. Dan walau mereka masih belum memaafkan ku, sekurang kurang nya aku sudah cuba. Kan?